CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rugi Kalau Datang Istanbul Tapi Tak Singgah Ke 5 Tempat Ini

18-10-2018 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6204| Komen: 12|Original author: Oleh: faizal

Secara geografinya, Istanbul merupakan sebuah negara yang menarik kerana negara ini terdiri daripada dua buah benua iaitu Asia dan Eropah. Percampuran dua budaya ini menjadikan Istanbul adalah antara negara atau lokasi yang sangat menarik untuk diterokai.


Dahulunya, Turki pernah dipanggil dengan nama Kota Konstantinopel. Tentu sekali ramai yang tahu tentang kejayaan Raja al-Fateh dalam menawan Kota ini dari tangan kerajaan Rom pada suatu ketika dahulu.

Oleh kerana Istanbul terdiri dari dua buah benua dan menyimpan banyak sejarah, tentu sekali banyak tempat-tempat menarik yang ada di sini. Berikut adalah antara tempat menarik yang anda harus singgah jika ke Istanbul.

Masjid Biru

Foto: Google

Masjid Biru adalah mercu tanda di Istanbul. Masjid ini sememangnya menjadi kebanggaan masyarakat Turki. Nama rasmi masjid ini adalah Masjid Sultanahmet, yang terletak di sekitar Sultanahmet Square, Wilayaj Istanbul yang berada di benua Eropah. Daya tarikan di masjid ini ialah enam menaranya yang megah serta rupa bentuk kubahnya yang sangat-sangat menarik.


Dibina pada taun 1609, dinding masjid dihiasi dengan batu ceramik berwarna biru serta berbagai ornamen abstrak yang memiliki nilai seni yang tinggi.

Hagia Sophia

Foto: Google

Hagia Sophia pada mulanya berfungsi sebagai gereja Ortodoks. Dan kemudiannya pada taun 1935, pernah dijadikan sebagai masjid. Dan kini, Hagia Sophia telah dijadikan muzium. Terletak berseberangan dengan Masjid Biru, Hagia Sophia menyimpan sejarah tersendiri terutamanya saat-saat kemenangan tentera Islam mengalahkan tentera Rom untuk menawan kota ini. Sesiapa yang melihat muzium ini sudah pasti akan terpana dengan keindahannya.

Grand Bazaar

Foto: Google

Buat kaki shopping tu, kalau ke Turki jangan lupa untuk singgah di Grand Bazaar. Bazaar ini adalah tempat membeli-belah terbesar yang sudah berusia 500 tahun tetapi tetap menjadi pilihan para pengunjung tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Cuba anda bayangkan, terdapat 5000 kedai yang menjual dan menyediakan pelbagai pilihan barang. Tentu sekali ianya sesuatu yang berbeza kan?

Hippodrome

Foto: Google

Hippodrome ini adalah sebuah dataran yang letaknya bersebelahan dengan Masjid Biru. Sekali pandang, binaan Hippodrome ini umpama binaan di zaman freemason yang terdapat di kota-kota terkenal seperti Dubai, Vatican City, Washington malah Putrajaya.

Miniaturk

Foto: Google

Miniaturk adalah sebuah taman yang menempatkan 105 monumen-monumen kecil senibina dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Othmaniah. Model-model ini termasuklah semua destinasi popular atau tempat menarik di Turki. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM15 iaitu 10 TL.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Turkey yang anda boleh singgah jika bertandah ke sini. Ingat, sebelum datang ke sini buat sedikit kaji selidik kerana Turki adalah sebuah negara yang amat banyak tempat menarik.

Selamat bercuti! - CARI 

3

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-10-2018 11:38 AM
Ramai nama.alfateh neh...

Iols teringin nak.gi.kapadokya...alahai..bestnya tgk pic kapadokya
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 01:08 PM
tengah menabung untuk ke sana..
moga impianku tercapai..
Quote lurve82 18-10-2018 01:57 PM
dlm list jgk...
Quote drivethru 18-10-2018 05:52 PM
Dah sampai sana. Tapi x tahu kenapa x teringin nak repeat ke sana. Tak macam negara lain.
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 08:18 PM
drivethru replied at 18-10-2018 05:52 PM
Dah sampai sana. Tapi x tahu kenapa x teringin nak repeat ke sana. Tak macam negara lain.

kenapa sis? tak best kah?

iols teringin pergi tempat snow-nya..
Quote drivethru 19-10-2018 05:29 PM
EvieWanKenobi replied at 18-10-2018 08:18 PM
kenapa sis? tak best kah?

iols teringin pergi tempat snow-nya..

Best jer.....cuma xde woww factor yg boleh buat aku nak repeat.

Main salji kat uludag pun best.
Quote tukul 19-10-2018 10:22 PM
Alhamdulillah...dah sampai semua tu last year
Quote bungakobis 20-10-2018 07:36 AM
wow beshnya....Istanbul memang dah termasuk dah dalam wishlist nih...terpengaruh sangat dengan citer Istanbul Aku Datang....hihihi...
Quote mohdshahril2000 20-10-2018 06:55 PM
Pendapat saya tidak sah jika ke Istanbul jika tidak melawat 5 tempat:

1. Maqam Sultan Muhammad Al-Fateh - pembuka kota Istanbul (Konstantinopel), Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,
"..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

2. Maqam Abu Ayyub al-Ansari - Sahabat Nabi SAW dan periwayat Hadis. Kata-kata akhir Abu Ayyub berkenaan Istanbul (Konstantinopel) "Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“

3. Wall of Constantinople - Melihat bagaimana Kota yang dikatakan yang sangat kukuh yang tidak pernah ditakluki selama beratus-ratus tahun yang mana temboknya setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki akhir jatuh di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.

4. Panorama 1453 Museum - menelusuri sejarah penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

5. Hagia Sophia - Lambang kekuatan dan kesombongan yang jatuh ke tangan tentera islam. Di pintu Hagia Sophia dipahat hadis Nabi SAW yang disabdakan 880 tahun sebelum penaklukannya. Juga terdapat tempat dimana Sultan Muhammad Al-Fateh bersholat sunat ketika pertama kali memasuki gereja ini setelah menaklukinya.
Quote korokure 12-11-2018 11:14 PM
teringin nak tengok meriam gergasi yang takluk Constantinople tu
Quote nefnefnef 4-4-2019 07:03 PM
Kat Hagia Sofia rasa kagum tengok Christian and Muslim architecture elements dalam satu building. Yelah, sebelum jatuh ke tangan tentera Islam, it was a church. Boleh nampak ukiran angel kat dinding as well as Allah dan Muhammad pada tiap tiang-tiang besar.

And I saw the famous Hagia Sofia cat! Gli nama dia. Tapi tak dapat sentuh. Dia lari. Ramai visitors masa tu. School trip bagai.

It was a memorable trip. Kalau ada rezeki, macam nak repeat pergi
Quote uda 4-4-2019 09:57 PM
nefnefnef replied at 4-4-2019 07:03 PM
Kat Hagia Sofia rasa kagum tengok Christian and Muslim architecture elements dalam satu building. Ye ...

Ha'a, masa I g last week pun, ramai budak2 sekolah rendah. Maybe cuti sekolah kot.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.158031 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top