CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berlumuran Darah Ditikam, Jiran Enggan Beri Bantuan Dikecam Netizen

18-10-2018 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2409| Komen: 5

Seorang wanita dilaporkan berada dalam keadaan berlumuran darah akibat diserang oleh seorang lelaki dengan pisau di Jalan Terasek, Bangsar kira-kira jam 1.45 pagi semalam.

Kredit foto: www.sinarharian.com.my

Namun yang menyedihkan, situasi cemas yang dialami mangsa itu langsung tidak diambil peduli oleh jirannya dan perkara itu menimbulkan rasa geram rakan mangsa terbabit yang turut bersama ketika kejadian.

Memetik laporan Astro Awani, ketika kejadian mangsa bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum bertembung dengan seorang lelaki bersenjatakan pisau yang dipercayai bersembunyi di belakang kereta. 

Menurut rakan mangsa, suspek mengacukan pisau di leher rakannya dan ugut akan potong jika buat bising. Tapi suspek terus menikam leher mangsa berikutan mangsa menjerit.


“Dengan keadaan berlumuran darah, kawan saya lari sambil jerit minta tolong beberapa kali. Lelaki terbabit kemudian tahan saya nak minta telefon bimbit serta wang tunai namun disebabkan saya tak ada apa-apa dia kemudian hilangkan diri dalam tempoh dua minit,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya yang mengalami pendarahan serius terus meminta bantuan di unit rumah kawasan berhampiran.

“Kami rasa takut untuk terus pulang ke rumah sendiri. Yang sedihnya jiran kawasan itu keluar jenguk namun tutup pintu dan suruh kami ke rumah lain."

“Ada juga yang tanya kenapa buang masa dan suruh kami lari ke rumah sendiri. Lihatlah! betapa teruknya dia cedera. Bagaimana kami perlunya bantuan anda,” katanya.

Geram dengan sikap jiran yang berhati keras, rakan mangsa tersebut memuat naik gambar mangsa berlumuran darah di Facebook menarik perhatian para pengguna alam maya.

Status dan gambar yang mendapat ratusan perkongsian itu menerima pelbagai komen dan rata-rata netizen mengecam sikap kejiranan kerana enggan menghulurkan bantuan.- CARI
16

Bagus
18

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-10-2018 01:20 PM
Mcm bahasa kelly ng jahh.. anyway dr terharu trrus tergelak dgn bhs yg pprt..
Quote spankee_fili 18-10-2018 02:24 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... 6orderby%3Ddateline

cc @Modngengade
Quote Modngengade 18-10-2018 02:48 PM
spankee_fili replied at 18-10-2018 02:24 PM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1128873&extra=page%3D2%26filter%3Dauthor%26 ...

akak tak boleh nak close tered yg dibuka oleh wartawan CI iya....darjat mereka lebih tinggi...antara dua darjat giteww


harap maklum


Quote spankee_fili 18-10-2018 02:54 PM
Modngengade replied at 18-10-2018 02:48 PM
akak tak boleh nak close tered yg dibuka oleh wartawan CI iya....darjat mereka lebih tinggi...anta ...

ahhh gitu...
bertabahlah akak kalau kena tag lagi..saja nak tinggal jejak..
Quote chicozinn 18-10-2018 02:54 PM
ayat dia cam amik paper karangan BM..yg jiran pun sama penat minah ni minta tolong..seb bek kawan dia xmati dek ilang darah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051298 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top