CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cuba Bunuh Diri, Kelar Empat Anak

19-10-2018 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2436| Komen: 11

Bayi berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dibunuh ibunya berusia lingkungan 30-an yang mengalami tekanan perasaan.

Manakala, tiga lagi adik-beradiknya berusia 8, 7 dan 5 tahun kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kota Belud.



Gambar Hiasan

Memetik mStar Online, mayat bayi berkenaan dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Difahamkan, wanita itu kemudian mengelar leher sendiri sebelum ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah oleh suaminya yang berusia lingkungan 50-an di kuaters mereka sejurus pulang dari kerja.

Memetik mStar Online, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian. - CARI

17

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
27

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 19-10-2018 10:29 AM
dapat berita ni dari member polis mlm tadi, siap dgn gambar sekali...dasyatnye dihiris dgn pisau pemotong sayur leher anak2 nye....tak sanggup nengok
Quote Foxey 19-10-2018 10:39 AM
ya Allah... ibu ni ada sakit mental atau sakit jiwa ke?

sanggup dia kelar anak2 dengan pisau. pastu kelar leher sendiri lak tu. kita kalau terhiris jari masa potong buah pun dah sakit.
Quote zulka 19-10-2018 10:50 AM
Foxey replied at 19-10-2018 10:39 AM
ya Allah... ibu ni ada sakit mental atau sakit jiwa ke?

sanggup dia kelar anak2 dengan pisau. pas ...

takde rekod sakit mental, org kampung kata lepas bersalin anak bongsu jadi mcm tu...kes meroyan la kot
Quote Foxey 19-10-2018 10:52 AM
zulka replied at 19-10-2018 10:50 AM
takde rekod sakit mental, org kampung kata lepas bersalin anak bongsu jadi mcm tu...kes meroyan la ...

haa? ngerinyaaa...
Quote ninjago 19-10-2018 10:56 AM
ya Allah.. kesian anak2 jadi mangsa. kesian jugak kt ibu dia yg meroyan.. mungkin depresi simpan sorg2 tanpa sesiapa peduli nak pulihkan.

pentingnya awareness and ilmu pasal sakit2 mental/ meroyan dsb zaman2 sekarang nie. nak elak kejadian2 yg camnie
Quote myakayina 19-10-2018 11:04 AM
takkan suami dia tak perasan perubahan isteri klu ada gangguan mental.. sian anak2 jadi mangsa..
Quote zulka 19-10-2018 11:22 AM
tinggal kawasan terpencil,jauh dari bandar, duduk kat pulau Mantanani... ada gambar anak nye kena sembelih dlm hp..sedih tengok
Quote teen_angelJB 19-10-2018 11:25 AM
Tgk berita tadi..murung aku..
Moga dijauhkn dr bisikan syaitn direjam..
Amin
Quote cik-jaja 19-10-2018 01:22 PM
'Isteri dakwa ada syaitan dalam bilik'


KOTA KINABALU: “Sejak dua minggu lalu isteri berkelakuan pelik dengan menjerit dan mengatakan bilik ini ada syaitan.”

Demikian diceritakan Yohanes Kolin, 54, bapa kepada empat kanak-kanak yang dikelar ibu kandung mereka sendiri mengakibatkan seorang daripada mereka maut dalam kejadian di bilik pekerja sebuah resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, semalam.

Yohanes berkata, pagi sebelum kejadian itu, isterinya yang berusia 30 tahun menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik lalu dia menegur supaya berhenti berkelakuan seperti itu.

“Keadaan dia kembali tenang dan dia minta saya meneruskan pekerjaan sambil membawa masuk empat anak ke bilik. Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana isteri amat menyayangi anak-anak, lebih-lebih lagi Jerry.

“Tidak tahu mengapa dia (isteri) bertindak sedemikian kerana anak-anak amat manja dengannya. Malah sebelum kejadian, isteri menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anak,” katanya ditemui di luar bangunan Unit Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, anak bongsu Yohanes berusia lapan bulan, Jerry, mati di lokasi kejadian akibat dikelar di leher, manakala Jihan, 2, dan kakaknya Melati, 5, kritikal, dan Nurul Hanisah, 7, parah dan semuanya dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Isteri Yohanes, Erina Jimmy, 30, turut kritikal selepas dilaporkan mengelar lehernya sendiri namun dihalang oleh Yohanes dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini.

Difahamkan, Yohanes bekerja sebagai tukang kebun di sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani, manakala isterinya suri rumah.

Menceritakan detik menyayat hati itu, Yohanes berkata, dia baru pulang ke rumah sebelum terdengar suara anak-anak meminta tolong dari dalam bilik.

“Saya terus meluru masuk ke bilik dan membuka pinta namun ia terkunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah.

“Lalu saya segera merempuh masuk ke bilik dan lihat isteri sedang mengelar lehernya dengan pisau sebelum menahan tangannya dan merampas pisau yang digunakan itu.

“Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya berlari keluar untuk minta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan,” katanya

Beliau berkata, dia bersama beberapa anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 segera ke lokasi kejadian dan membantu menghantar anak serta isterinya yang parah ke hospital menggunakan bot.
Quote shernazz 19-10-2018 01:29 PM
Hati hati.la.uols kalau bini.br pas bersalin..
Tgk.cara dia..perubahan.dia..
Adek.iols penah.alami.sampai.dia nak.gantung diri...sebab baby nangis x brenti
Mak iols jenguk nak.amek.baby..trus dia azankan.kat adek.iols.tu..hahaha

Dia cm x.sedar tau buat kelaku gitu..cm.terpinga.pinga.pastu...
Maybe akak neh.cenggitu kot...
Quote arm_band 19-10-2018 07:08 PM
post partum depression la ni..

dah perasan bini start perangai pelik2, dok diam jer. bawak la berubat. pawang sabah kan handallll

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.305018 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top