Seorang rakan penulis pernah merungut kerana sukarnya menyental lantai bilik air yang degil kadar dakinya. Malah ada yang menggunakan pelbagai petua. Misalnya menggunakan cuka dicampur dengan 'baking soda', namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Banyak juga produk pencuci pembersih daki atau kulat untuk lantai tandas terdapat di mana-mana pasaraya. Bukannya tidak berkesan, namun harganya boleh tahan mahalnya. Bagaimanapun rakan penulis telah menemui satu span yang dikenali sebagai span magik dalam menyelesaikan masalahnya.
Span tersebut dikenali sebagai span magik atau malamin span. Hai kenapa magik pula namanya? Mari kita selongkar kenapa span ini dikatakan berkesan menghilangkan kotoran dengan cepat, malah murah.
Span ini berharga sekitar RM2.00 hingga ke RM5.00 , mengikut saiz dan bilangan. Produk ini juga ada dijual secara online contohnya di shopee.com. Rakan penulis mendapatkanya di kedai Eco, namun span ini juga popular di jual di kedai Daiso.
Kenapa dikatakan magik? Span ini dikatakan boleh menanggalkan kotoran tanpa bantuan agen cucian seperti sabun mahupun produk peluntur. Span hanya perlu dibasahkan dengan sedikit air, kemudian pengguna hanya perlu menggosok dan mengesat permukaan yang kotor menggunakan span tersebut. Sama ada kasut putih yang lebam, kusyen kereta yang suram, beg tangan yang sudah pudar warnanya mahupun dinding rumah yang dipenuhi contengan, span ini mampu menghilangkannya secara mudah. Wah hebatkan? Saranan dari rakan penulis, membuatkan nafsu untuk membeli tidak tertahan-tahan lagi. Jom kita sama-sama cari dan mencuba keberkesanannya span ini. - CARI |
17
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 7-11-2018 11:47 AM
Shopee murah.. 100 kpg baru 6.00
Daiso mahal... 1 kpg 5.++
prettyuglybabe replied at 7-11-2018 12:33 PM
kualiti ok tak? share la nama seller..
friedfishsoup replied at 7-11-2018 12:52 PM
Rasanya daiso better
makkenits replied at 7-11-2018 12:39 PM
yg nak beli kat shopee tu, better be careful.. aku dah terkena hokayyyy.. yg dpt tu span biasa wpun ...
whadda replied at 7-11-2018 03:02 PM
hari tu beli kat diy tapi cepat hancur... sebab nampak post kat fb orang tu gosok kasut jadi bersih ...
friedfishsoup replied at 7-11-2018 03:17 PM
Mmg pakai sponge tu berderai. Setiap kali pakai, akan hancur. So kena buang.
Tu pasal kalau mag ...
ADVERTISEMENT