CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kau Kenal Tak Kau Siapa?

23-11-2018 11:10 AM| Diterbitkan: keyrana| Dilihat: 4537| Komen: 13|Original author: Oleh: Keyrana


Dalam slot motivasi pagi di radio IKIM jam 7.30 pagi baru-baru ini, Ustaz Muhammad Safwan Syafiq menyentuh tentang KENALI DIRI.


Dalam mengenali diri kita ni ada beberapa proses yang perlu kita lakukan supaya kita dapat hasil yang terbaik diakhirnya nanti.

Apakah langkah utama untuk berubah menjadi lebih baik? Pertamanya kita haruslah SEDAR DIRI. Kita kena sedar yang diri kita sekarang bukan pada kedudukan terbaik dan kita diberi peluang untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dari hari semalam. 

Foto Carian internet
Nabi SAW telah bersabda "Islam dibangunkan di atas 5 perkara; Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan puasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Maksud hadis tadi jelas menyatakan bukan sekadar perkataan semata-mata kita mengucapkan 2 kalimah syahadah, tetapi dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Jika perkara tunggak ini belum dilaksanakan sebaiknya, jangan nak sembanglah kata, "Aku kenal diri aku."

Jadilah Diri Sendiri. Agaknya prinsip ini betul tak? Yang sebenarnya, kita hidup di atas muka bumi ini kita kena menjadi Apa Allah nak. Bukannya menjadi apa yang kita mahu. Sebab apabila kita menjadi diri sendiri... bukan semuanya kita buat dengan betul. Jadi kita kena kembali buat perkara pokok tadi dan terapkan dalam diri kita.

Insya Allah dengan memahami tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah, ketika itulah kita akan mengenali diri kita, siapakah kita sebenarnya dan mengapakah Allah cipta kita di muka bumi ini.

Foto: Mari Bantu
Kita diciptakan Allah bukanlah untuk suka-suka. Ada tujuannya tertentu, memberi nilai tambah dalam diri sendiri mahupun dengan orang sekeliling. Dengan demikian, barulah kita akan menjadi hamba Allah yang taat.

Dan di saat itulah bermula fasa kita mengenali Siapa Diri Kita yang Sebenarnya. Sentiasa ingat tanggungjawab kita sangat besar dalam menempuh kehidupan seharian. Mudah-mudahan kita dapat mencapai sebagai Muslim sejati sebelum hayat kita berakhir. - CARI 

13

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
22

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 23-11-2018 11:58 AM
selalu juga dengar ceramah, penceramah cakap kita hidup di dunia kena jadi apa yang Allah nak bukan apa yang kita nak..kita hidup di dunia ni sebagai hamba..tempat sebenar kita nun kat sana, syurga..so bila kita kembali nanti kita kena kembali ke tempat asal kita so buatlah apa yang Allah suruh..huhuhu
Quote Genkidesuka 23-11-2018 09:00 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Kenali Allah then baru boleh kenal diri sendiri.  Sebab bila takutkan Allah, otomatik self assessment n self evaluation tu berlaku.  Wallahua'lam.
Quote mbhcsf 23-11-2018 11:01 PM
pengisian yg baik...selamat bermujahadah...
Quote NurAlia14 24-11-2018 11:05 PM
Ok aku nk tnye..aku ni tkutkn Allah balasan Allah tkut nk buat dose etc..sbbnye trend hidup aku kalo buat jht sikit wlupn terdetik kt ht,aku dh kne dpt cash..tp aku dh kawen dgn org yg opposite dgn aku..dan aku ade anak2..aku nk anak2 aku hidup sbg org yg taat pd Allah,tp psgn aku tidak begitu..aku rengsa..ape yg ptt aku buat..hdp dgn die xmembawa aku ke jln lurus,ke jln diredhai Allah..ape sbnrnye perancangan Allah utk aku..ape harus aku lakukan..knowing org yg xtkut dose ni blh goyahkn iman kte
Quote mbhcsf 25-11-2018 01:15 AM
NurAlia14 replied at 24-11-2018 11:05 PM
Ok aku nk tnye..aku ni tkutkn Allah balasan Allah tkut nk buat dose etc..sbbnye trend hidup aku kalo ...

keep on praying , keep on carrying your duty as a wife, companion and lover and mommy.
doa, dan berpesan pesan secara hikmah.

be a winner in this ujian, ok?

doa juga untuk anak anak....semoga dimasukkan iman sentiasa dalam peliharaan Allah, ni doa sampai habis nyawa untuk anak anak.

doa ibu dan redha ibu bapa ini penting.


Quote Genkidesuka 25-11-2018 07:37 AM
NurAlia14 replied at 24-11-2018 11:05 PM
Ok aku nk tnye..aku ni tkutkn Allah balasan Allah tkut nk buat dose etc..sbbnye trend hidup aku kalo ...

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Betul ckp sis mbhcsf tu.  Hanya Allah swt yg boleh ubah segalanya.  Serahkan segalanya kepada Allah, Dia akan tolong kita.  U just do ur part, jadilah isteri yg solehah.  Suami tak boleh bimbing keluarga, u galaslah tanggungjwb itu dan didiklah anak2.  Suami byk buat dosa bukan alasan kita boleh terjebak sama.  Kita ada iman, kita ada akal.  Sebagai isteri, sebagai ibu... we r stronger than we think we are.  Semoga wanita2 di sini kuat dan sentiasa ditunjukkan Allah ke jln yg lurus.


Quote kucing02 26-11-2018 05:28 PM
tq for perkongsian ni..
Quote adila39 27-11-2018 01:06 PM
sebulan ni mcm tak berapa nak kenal....tapi tgh adjust balik...december should be back to normal...boleh ka gitu...
Quote himun_hino 28-11-2018 07:10 PM
NurAlia14 replied at 24-11-2018 11:05 PM
Ok aku nk tnye..aku ni tkutkn Allah balasan Allah tkut nk buat dose etc..sbbnye trend hidup aku kalo ...

good question.
betul kata mbhcsf tu n i pasti ramai yg akan bg pandangan yg sama pd situasi u.
the best way berdoa ketika memasak (terutamanya ketika mencuci beras).


Quote stingerclick 30-11-2018 10:27 AM
himun_hino replied at 28-11-2018 07:10 PM
good question.
betul kata mbhcsf tu n i pasti ramai yg akan bg pandangan yg sama pd situasi u.
...

Yg banyak bercerai pastinya tak amalkan doa ini kheen?

Hukhukhukhuk
Quote stingerclick 30-11-2018 10:29 AM
adila39 replied at 27-11-2018 01:06 PM
sebulan ni mcm tak berapa nak kenal....tapi tgh adjust balik...december should be back to normal...b ...

Ikut kitaran calendar jugak pastinya
Kohkohkohkoh
Quote Missfadh 1-12-2018 09:05 PM
Perkongsian yang baik. Semua yg kita lakukan kerana Allah.
Quote puanbintang 6-12-2018 09:05 AM
tq atas perkongsian ini...semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053235 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top