CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kepentingan Minum Air Dan Sebab Air Kencing Berbau, Anda Yang Mana?

29-10-2018 01:20 PM| Diterbitkan: MN_jarilaju| Dilihat: 5750| Komen: 2|Original author: Oleh: MN_jarilaju

Air sangat penting untuk tubuh kita yang mengandungi 75 peratus air dan 25 peratus lagi adalah pepejal. Kenapa tubuh kita memerlukan air? 



Foto: Lifehack

Air dapat mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, toksik dari buah pinggang dan hati, serta melarutkan vitamin dan mineral. Air juga menghalang tubuh dari kecederaan. 

Semua sistem dalam tubuh manusia memerlukan air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari.


Foto: healthyaddiction24

Air kencing boleh menentukan tahap kesihatan melalui warnanya. Warna dan bau air kencing boleh menjadi petunjuk terbaik untuk tahu tentang tahap penghidratan, tabiat pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan.


Carian Internet

Cuba periksa warna air kencing dengan carta warna air kencing di atas ini. Dari carta itu anda boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam tubuh anda. Adakah anda cukup air atau kurang air?


1. Cukup Air.
2. Masih cukup air.
3. Tanda-tanda awal dehidrasi.
4. Korang mungkin akan mengalami kekejangan dan masalah berkaitan haba.
5. Warning! korang kena minum lebih air.
6. Warning! Tolong minum lebih banyak air.
7. Warning! Tolonglah minum lebih banyak air.


Foto: Dokter Sehat

Bahan buangan dan warna air kencing akan menjadi gelap serta berbau kuat jika tubuh anda kekurangan air. Jadi, anda kena minum lebih banyak air supaya ia kembali normal.

1. Jangkitan saluran kencing/punding kencing
Membuatkan air kencing berbau agak busuk. Jangkitan ini namanya UTI atau radang pundi kencing (cystitis). Kalau dah jadi begini, cepat-cepat berjumpa doktor.

2. Telampau banyak minum kopi/kafein
Kopi ni ada kesan sampingan yang selalunya boleh menghasilkan bau yang sangat kuat pada air kencing. Pernah tak air kencing anda berbau seperti kopi?

3. Banyak makan bawang
Kepada yang suka makan bawang, mesti anda perasan bahawa air kencing, nafas dan peluh akan berbau. Bau bawang mentah lagi kuat dari bawang yang dimasak. Rajin-rajinlah minum air untuk mengurangkan bau tidak menyenangkan itu.

4. Makan asparagus
Sama seperti makan petai dan jering, asparagus juga memberi bau yang kurang menyenangkan pada air kencing. Tapi, tak semua yang makan asparagus akan mengalami keadaan ini. Pelik kan? Sebenarnya, dalam tubuh kita ada satu enzim khas yang memproses asparagus ini. namun, bukan semua manusia ada enzim ni.

5. Diabetis
Kalau anda rasa air kencing berbau manis, cepat-cepatlah ke klinik untuk membuat ujian air kencing. 

6. Kerosakan pada usus
Usus mungkin boleh jadi bocor. Bila perkara ini terjadi, kandungan usus akan bercampur dengan kandungan punci kencing dan menyebabkan air kencing berbau. Pastikan air kencing bersih dan jika ada ternampak benda-benda halus dalam air kencing, itu menunjukkan usus anda telah bocor.

7. Terapi kanser 
Kencing berbau adalah perkara normal untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Jadi, jagalah kesihatan dengan minum air secukupnya selain dari makan dan bersenam dengan baik. Kalau rasa seperti kurang sihat, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. - CARI
30

Bagus
23

Marah
25

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:28 PM
Isu semasa ke ni? Salah port
Quote MN_jarilaju 1-11-2018 12:42 PM

Dah dibetulkan. TQ tuan atas teguran.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061168 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top