CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Bidaah! Kenduri Arwah Ni Untuk Mengenyangkan Tetamu, Merugikan Je Buat"

24-10-2018 02:43 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 12104| Komen: 62|Original author: Oleh: Ain

Di Malaysia, kenduri tahlil merangkumi doa, bacaan al-Quran dan zikir. Malah, jika ada kemampuan akan diadakan jamuan.



Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter baru-baru ini menentang keras kenduri tahlil yang diadakan kerana baginya, ia disifatkan sebagai 'mengenyangkan' tetamu, sekali gus menjadikannya sia-sia dan merugikan.



Entri dimuat naik Ikar itu mendapat perhatian ramai hingga menimbulkan ketegangan di ruangan komen dengan pendapat masing-masing.



Benda menyusahkan



Ramai juga yang kurang setuju dengan pendapat Ikar dan memberi hujah mereka sendiri berhubung perkara itu.


Dah keluarga si mati mampu, kenapa nak bising?




Keadaan menjadi lebih tegang apabila Ikar menyifatkan kenduri tahlil yang diadakan di negara ini sebagai amalan bidaah dan berdosa jika melakukannya.


Bidaah tu sia-sia, berdosa



Ramai pengguna lain menghentam dakwaan Ikar dan menuduhnya menyebarkan ilmu agama hanya dengan berlandaskan rujukan di Internet semata-mata.


Kalau tak mengaji agama, duduk diam-diam

"Twitter bukan medan untuk berhujah ilmu," komen netizen.


Kredit foto: Twitter

Mungkin tujuan Ikar menulis entri ini bertujuan untuk menyindir tetamu yang tidak ikhlas menyedekahkan doa untuk si mati, sebaliknya hanya hadir untuk menjamah makanan disediakan.

Apa pula hujah anda? - CARI





8

Bagus
5

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 24-10-2018 02:58 PM
Mmg betul pun cakap dia. Nak doakan iklaslah. Dah lah datanh lepas tu berebut makan. Siap tapau utk ahli keluarga kat rumah. Ada yg datang tahlil tak.dapat makan. Datang kat kita komplen saya datang tahlil doa tapi saya tak dapat. Bila kita kontrol nak make sure yg datang tu dapat makan, yg berebut tu komplen ahli keluarga dia yg kat rumah tu nak jugak.

Nabi pun tak buat tahlil kan? Apa salahnya sedekah doa ikhlas tanpa harap balasan.
Quote munchkin 24-10-2018 03:03 PM
Bukan merugikan..tapi sebetulnya menyusahkan keluarga yg telah ditimpa musibah. Hari pertama ketiga ke 40 ke 100.

Ada aku baca ni dah ikut ugama apa ntah nanti aku tepek kalau jumpa. Hari2 tertentu tu mcm nak puja roh ke mcm mana ntab
Quote chinta89 24-10-2018 03:05 PM
ape dia ckp tu btl, tp cara dia tulis tu mcm ayat x brape kena. sb tu ramai sentap.
Quote fly_in_d_sky 24-10-2018 03:06 PM
my family tak buat kenduri tahlil
masa tu arwah atuk meninggal ... takde kenduri day 1 ke day 7 etc
memang tak buat ...
masa opah and my mum meninggal pun takde
cuma ... my dad buat sedekah di surau ... dan baca yassin on thursday tak salah
my mom passed away on tuesday night
we just baca yassin after solat ...
and my dad still baca yassin selepas balik dari solat subuh from surau
me .. i do when ever i can ..
Quote noor2 24-10-2018 03:17 PM
Ambil positif ja la. ....anggap memberi makan tu sedekah bagi pihak arwah. ..dan bacaan tahlil tu pun antara Allah dengan kita. ...engkau tak nak buat ..rasa mbazir bagi makan tetamu janganlah buat. ....
Quote chandrahusin 24-10-2018 03:20 PM
baru2 ni kwn aku meninggal
aku tak sempat balik tengok jenazah
jadi sabtu pagi2 cuti tu aku gi ziarah mak arwah
tengok2 ramai org kat rumah arwah
masak2 bergelak ketawa bising2
aku dh agak kenduri tahlil arwah ni
masuk dlm rumah jumpa mak arwah
tgh2 sembang ada plk yg mintak duit dgn mak arwah
nak beli minyak tak cukup nak goreng apa ntah
lps tu mintak lagi duit nak baya yg lain plk
kesian plk aku
sepatutnya nak buat majlis tahlil org lain la yg bantu
makcik tu bukan org berduit pun
org tua yg dh tak mampu nak jalan tegap pun
kecewa betul aku
Quote CardiGans85 24-10-2018 03:25 PM
Kalau keluarga aku, biasanya kami share kos.
Quote makkenits 24-10-2018 03:28 PM
bagi aku, nak buat tahlil ni x salah tapi dengan syarat kenduri tahlil ni patutnya bukan fully provided by keluarga si mati sebaliknya penduduk sekeliling yang tolong sediakan makanan.. tp bagi yg mampu x salah nak masak or panggil katering sbb apa yg dijamu pd org yg datang tu blh dianggap sedekah atas nama si mati.. bg yg x mampu, jgn plak org kampung expect dia buat sbb mmg x wajib pun buat tahlil..
Quote EvieWanKenobi 24-10-2018 03:29 PM
bagi saya, ikut kemampuan masing2..

kalau buat kenduri tahlil, Insyallah dapat
pahala bersedekah..

nak buat tahlil anak beranak pun takpe..
janji doa untuk simati sampai..
Quote nipskacang 24-10-2018 03:50 PM
Up to you je,  rse rugi xyah buat.  Family aku buat dlm klngan keluarga je tahlil,  masing2 bwk makanan dr rumah berkumpul kat rumah atok nenek @ sdare yg meninggal tu.. Mostly to console the family yg sedih tu je,  solat,  bace yassin same2..  
Quote haryatie 24-10-2018 04:01 PM
ahli keluarga aku ramai yg da meninggal
tp kita org xde la buat ikut bilangan hari
cuma ikut kelapangan masa dn kemampuan dgn niat utk bersedekah
sekali buat tahlil
samada jemput org surau atau pun budak2 sekolah tahfiz
apa lah sia2 nya
Quote monolog 24-10-2018 04:08 PM
bagi yang tak mampu ...tak buat pun takpe, tak wajib pun.

bagi yang mampu...confirm niatnya baik. Kalau niat tak baik, itu antara dia dengan yang maha mengetahui.

Kita yang lihat atau dijemput, tak perlu mempersoalkannya.
Quote buapakperut 24-10-2018 04:10 PM
munchkin: Mmg betul pun cakap dia. Nak doakan iklaslah. Dah lah datanh lepas tu berebut makan. Siap tapau utk ahli keluarga kat rumah. Ada yg datang tahlil tak. ...

betul, i second you. ada ramai orang kampung (even my in law) yang jadikan makanan tu upah untuk orang doakan arwah2. siap listkan nama orang yang nak di doakan. pada iols lebih eloklah makanan tu bagi sebagai sedekah saja,n doa tu biarlah ikhlas.apatah lagi ipar duai dan famili in law iols sangat besar dan ramai. apa salahnya anak2 sendiri doakan ayah mereka? kenapa nak upah jemaah masjid. just my 2 cent. pasal kenduri tahlil ni pulak kadang kesian keluarga simati dahla berduka lara,kadang sen pun takde, lagi nak cekau duit bagi tetamu makan. kadang tetamu datang dari jauh tak malu minta makan nasi hidang lauk kampung bagai. pengalaman sendiri jugak
Quote armin 24-10-2018 04:24 PM
noor2: Ambil positif ja la. ....anggap memberi makan tu sedekah bagi pihak arwah. ..dan bacaan tahlil tu pun antara Allah dengan kita. ...engkau tak nak buat ...

Bln pasal membazir tp bidaah ni hukumnya apa bila buat? Buat benda yg takde dlm ajaran nabi. Cipta sendiri hukum. Kalau mcm tu semua org blh reka benda dlm islam yg nabi tak buat.
Quote RatuDunia94 24-10-2018 04:28 PM
Sebenarnya ada pro n cons juga.. pro nya keluarga si mati x lah sunyi especially yg mati isteri or suami. At least 3 hari pertama tu riuh juga rumah n alih attention balu utk terlalu sedih.. ini bg yg mampu la.. tp pd yg x mampu tu mmg agak menyusahkan juga.. tp sebenanya berbalik pd niat. Kalo kat kampung iols tahlil hidang roti cicah kari kosong pon org x kisah.. infact jiran2 dtg tolong masak.
Quote gerbera.memopad 24-10-2018 04:28 PM
monolog replied at 24-10-2018 04:08 PM
bagi yang tak mampu ...tak buat pun takpe, tak wajib pun.

bagi yang mampu...confirm niatnya baik. ...

Setuju. I second you. Kalau semua benda pun nak ajak argue, payahlah sebab semua orang tak live under the same circumstances. Jangan la expect semua orang ikut cara kita atau sebaliknya. Selagi tak memudaratkan diri kita & tak ditentang agama, biarlah orang lain dengan cara mereka.
Quote Potpouri 24-10-2018 04:32 PM
mcm kebuluran plk org surau n sejid nak makan ye.. nasib baikla org surau tmpt aku tak mcm tu. kalau tak bg makan pun depa ok je. Tapi biasanya kita sediakan. Tak mampu sangat bagi jela yang simple2.. kuih muih ke, nasi lemak bungkus ke.. tak payah beria sgt
Quote gerbera.memopad 24-10-2018 04:35 PM
My families & org yg aku kenal, buat kenduri ni sebab tetamu/jiran2/family member yg datang menziarah mostly memang beri sedekah duit. So waris2 si mati ni memang sepakat guna duit tu utk buat kenduri termasuk la kalau ada duit khairat kematian. Kebanyakan waris memang tak mahu ambik duit tu utk pakai guna ke lain kecuali jika si mati berhutang.
Quote noor2 24-10-2018 04:43 PM
armin replied at 24-10-2018 04:24 PM
Bln pasal membazir tp bidaah ni hukumnya apa bila buat? Buat benda yg takde dlm ajaran nabi. Cipta ...

Bidaah tak bidaah tu Allah yang terima atau tidak. ..ada Allah berfirman bagitau Dia tak terima ke?...sedangkan tahlil tu pun jemput orang surau dan imam baca doa. ..bukannya Haram pun bacaan yassin untuk arwah. Engkau rasa?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045530 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top