Seorang lelaki tergamak merogol teman wanitanya yang baru berusia 14 tahun gara-gara cintanya tidak direstui keluarga si gadis.
Tindakan suspek berusia 42 tahun yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu membawa padah apabila dia ditahan polis dalam Ops Lejang. Harian Metro melaporkan, remaja berkenaan turut ada bersama suspek sebelum dia diserahkan semula kepada keluarganya, Suspek ditahan di tepi Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, selepas bapa mangsa dari Kota Bharu, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang dipercayai lari mengikut teman lelaki. “Tindakan suspek adalah satu kesalahan kerana membawa lari remaja bawah umur. “Ia menyebabkan bapa mangsa yang bimbang keselamatan anaknya membuat laporan polis sehingga suspek berjaya ditahan. “Malah, bapa mangsa turut mengesyaki anaknya bukan sahaja dilarikan, tetapi juga menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan." Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol bawah umur. -CARI
|
17
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 26-10-2018 08:00 AM
Macam mana la budak ni boleh ada rasa sayang cinta dengan lelaki setua tu? Tak hensem pun orang tua ...
saviour_09 replied at 26-10-2018 08:21 AM
pedo ni
bukan cinta ni
nafsu semata2 pedo bangsat nokharom ni
ADVERTISEMENT