|
Istana Negeri Sembilan hari ini menarik balik dua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Memetik laporan Malaysiakini, Pendaftar Darjah, Dr. Razali Ab. Malik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan penarikan tersebut berkuat kuasa serta-merta. Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dianugerahkan kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah pada tahun 2006. Anugerah SPNS membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada penerimanya manakala SPTJ membawa gelaran Datuk Seri. Menurut Dr. Razali Ab. Malik yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini.
"Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan." - CARI |
|
6
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
11
![]() Lawak |
15
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.239981 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.