CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlepas Penerbangan Akibat Kesesakan Trafik, Sony Terselamat Dari Tragedi Lion Air

30-10-2018 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7630| Komen: 54|Original author: Oleh: Myra Rozi

Terlewat sampai ke lapangan terbang disebabkan kesesakan lalu lintas telah menyelqmatkan nyawa seorang lelaki.

Media tempatan Indonesia melaporkan, Sony Setiawan yang bekerja di Kementerian Kewangan Indonesia sepatutnya menaiki pesawat Lion Air dari Jakarta ke Pangkal Pinang.


Namun kelewatan lelaki ini menyebabkan dia terlepas jaduan penerbangan ternyata mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Foto: Detik News
"Saya biasanya ambil penerbangan JT610, saya dan kawan-kawan saya selalu gunakan penerbangan ini.

"Tapi pada hari kejadian saya tak tahu kenapa trafik begitu sesak sekali.

"Biasanya saya tiba di lapangan terbang pada pukul 3.20 pagi, tapi sebab trafik sesak saya tiba 6.20 dan terlepas penerbangan."


Tambah Sony lagi, dia menangis selepas mendengar khabar tentang tragedi terbabit.

"Keluarga saya terkejut, mak saya menangis. Saya maklumkan yang saya selamat. Saya bersyukur sangat."

Pada pagi Isnin, Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 yang membawa 181 individu dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.- CARI
18

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 29-10-2018 05:13 PM
Alhamdullillah,syukur umurmu masih panjang,gunakanlah sebaik-baiknya
Quote MissVixen 29-10-2018 05:13 PM
Tidak cepat atau lambat sesaat kalau dah ajal.
Bernasib baik betul mamat ni. Kalau ada rasa tak sedap hati bila nak buat sesuatu benda, baik jangan buat. Selalunya ada je benda tak elok nak jadi.
Quote Muntz 29-10-2018 05:16 PM
Dah nasib. Tapi mcm kurang manis pulak kalau cakap bersyukur tak naik flight tu.
Quote leylapple 29-10-2018 05:23 PM
aku teringat 1 of the joke masa mh370. kisah sorang laki nie tipu bini kata ada keja kat china... tapi kapalterbang terhempas...

sedangkan dia sebenarnya pegi tempat lain bersama missus...

Quote prettyuglybabe 29-10-2018 05:43 PM
ajalnya belum sampe pak..
Quote prettyuglybabe 29-10-2018 05:43 PM
leylapple replied at 29-10-2018 05:23 PM
aku teringat 1 of the joke masa mh370. kisah sorang laki nie tipu bini kata ada keja kat china... ta ...

so apa jadi akhirnya?
Quote Bedah.Cun 29-10-2018 05:54 PM
Ai terkesima dgn nama tempat cikampek tue
Quote Orgkgdukobesi 29-10-2018 05:57 PM
Pantang ajal sebelum maut
Quote meklalala 29-10-2018 08:39 PM
alhamdulillah..syukur yang amat..sebaknya semoga peluang kedua ini akan menjadikan dia insan yang lebih dekat dengan Pencipta..
Quote ninja boy 29-10-2018 08:48 PM
Sukur sukur sukur
Quote chazey 29-10-2018 08:54 PM
Death cheater sebegini, if dalam Final Destination, lain jadiknya.

#tetiba
Quote lalabeez 29-10-2018 08:56 PM
At least bapak sedar tentang takdir Allah. Tak ramai orang sedar yang Allah dah bagi peluang yang sangat banyak untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Quote Decaffeinated 29-10-2018 08:59 PM
Muntz replied at 29-10-2018 05:16 PM
Dah nasib. Tapi mcm kurang manis pulak kalau cakap bersyukur tak naik flight tu.

Setuju.

Aku pun rasa macam tu tapi tak tau how best to explain.


Quote orenmango 29-10-2018 09:16 PM
leylapple replied at 29-10-2018 05:23 PM
aku teringat 1 of the joke masa mh370. kisah sorang laki nie tipu bini kata ada keja kat china... ta ...

Bukan missus tu isteri ke?  
Quote moonbug 29-10-2018 09:22 PM
Belum sampai ajal
Quote hyie 29-10-2018 09:24 PM
chazey replied at 29-10-2018 08:54 PM
Death cheater sebegini, if dalam Final Destination, lain jadiknya.

#tetiba

ekceli meols pon terbayangkan begitu matilanakkkk...
Quote eyansss 29-10-2018 10:25 PM

teringat sorang cyclist ni yang dua kalo terselamat dari terhempas... mula2 MH370 pstu MH17...
Quote insulin 29-10-2018 10:35 PM
Bersyukur kepada Tuhan. Pantang ajal sebelum maut.
Quote ~boolean 29-10-2018 10:41 PM
Muntz replied at 29-10-2018 05:16 PM
Dah nasib. Tapi mcm kurang manis pulak kalau cakap bersyukur tak naik flight tu.

Betul, tak berapa manis.

Tapi kalau aku di tempat dia, aku juga akan bersyukur sangat sampai tak terlintas tentang nyawa orang lain yang terkorban.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.192126 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top