Pelbagai reaksi diterima dari peminat bola sepak apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meraikan trofi Piala Malaysia di celah kangkangnya seperti yang tular di media sosial.
Berita Harian melaporkan, beberapa bekas pemain Perak kesal dengan tindakan tersebut. "Macam tak ada nilai dibuatnya. Bawa piala itu merata dan letak ikut suka sahaja." "Pemain bersusah payah untuk memenanginya tetapi ada pegawai yang seperti tidak menghargai usaha serta memahami perit jerih yang diharungi pemain." "Piala Malaysia ini tidak ternilai. Ia lambang keagungan bola sepak negara. Tidak cukup syarat jika seseorang pemain tidak julang Piala Malaysia." Piala itu sepatutnya disimpan di tempat selamat dan sesuai seperti di pejabat PAFA atau Pejabat Menteri Besar dan bukan diusung merata-rata tanpa sebab. Katanya trofi itu juga sepatutnya dijaga dengan baik kerana akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta diarak ke seluruh negeri selepas ini. "Saya ingat ketika Perak muncul juara pada 1998, mendiang Karl Heinz Weigang ketika itu tidak membenarkan langsung orang ramai menyentuhnya. "Hanya pemain dan pegawai pasukan dibenarkan mengusap piala. Orang ramai boleh tengok sahaja." Susulan itu Hasnul Zulkarnain tampil meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah mencetuskan kontroversi. "Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kekhilafan dan kelemahan diri kerana terlalu teruja selepas Perak berjaya memenangi trofi tersebut. "Saya tiada niat untuk menjatuhkan martabat dan keunggulan trofi bola sepak kebanggaan negara itu dan gambar-gambar tersebar itu pun sebenarnya hanya simpanan peribadi sebelum disebarkan pihak lain tanpa saya sedar. "Itu kelemahan saya sendiri, pertama kali menang Piala Malaysia dan saya teruja lalu terkongsi gambar dalam Status WhatsApp." -CARI
|
36
Bagus |
52
Marah |
68
Terkejut |
35
Sedih |
36
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prizadane replied at 31-10-2018 09:38 AM
masalahnya dia bukan perform pun jadi presiden. team sekarang ni pun naik sebab ex presiden.
ni se ...
prettyuglybabe replied at 31-10-2018 10:02 AM
sapa dia ni?
kesian player main basah lecun piala setaraf celah kangkang beliau jah?
ADVERTISEMENT