CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Rela Mati Kecewa Anak Penagih Dadah

1-11-2018 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2859| Komen: 19

Kecewa anak yang disayangi menjadi penagih dadah dan dicekup dalam Op Cegah di Beaufort, awal pagi semalam, seorang wanita hilang pertimbangan hingga cuba menikam perutnya dengan pisau.



Foto: NSTP

Memetik Harian Metro, operasi di tiga kampung di Beaufort dan Papar itu juga menahan sembilan lagi lelaki disyaki penagih dadah berusia 20 hingga 42 tahun.

Menurut Ketua Operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Erwan Roslan, satu operasi yang dilakukan di sebuah rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 30-an selepas disyaki terbabit dadah.


Katanya, ibu suspek berusia 60-an mengancam untuk membunuh diri sambil meluru ke dapur rumahnya ketika suspek dibawa keluar rumah.

“Ibu suspek kemudian memegang sebilah pisau dan cuba menikam perutnya, namun dihalang suspek lalu meminta ibunya bertenang.

“Pada masa sama, pegawai dan anggota AADK campur tangan dengan merampas pisau dan menenangkan ibu suspek hingga keadaan terkawal.

“Ibu suspek bertindak demikian selepas kecewa anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan mengatakan rela mati kerana kecewa,” katanya.

Tambah Erwan, semua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu dan dua daripada suspek masih dalam tempoh pengawasan AADK.

“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. - CARI
6

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 1-11-2018 11:05 AM
Di sebabkan i juga seorg ibu, i paham perasaan makcik ni. Penat, sakit, tekanan nk membesar melahirkan anak. Ujung2 anak nk hancurkan diri sendiri.
Quote idakamaruddin 1-11-2018 11:21 AM
sian kt mak dah tua ... anak pn xleh pakai
Quote prettyuglybabe 1-11-2018 11:32 AM
kadang mak bapak tau je anak menagih..
sayang anak punya pasal kan..
butakan je la mata..
Quote meklalala 1-11-2018 12:10 PM
mek syak anak dia ni jenis pijak semut tak mati depan mak..
Quote giyomi 1-11-2018 05:06 PM
purcayalah, sekali klu dah terjebak mendadih ni mmg ssh nak insof...dia org klu cakap mengalahkn PU, tyme tgh high
Quote batmana 1-11-2018 07:27 PM
sebenarnya klu anak dh sentuh rokok, tu kegagalan besar sorg ibu /bapa kt rumah tu

psl  99% penagih ni asalnya isap rokok
Quote ninja boy 1-11-2018 07:44 PM
Apsal mak tikam diri baik tikam anak Dan jual buah pinggang jantung hati kaki tangan mata
Quote spankee_fili 1-11-2018 07:48 PM
ninja boy replied at 1-11-2018 07:44 PM
Apsal mak tikam diri baik tikam anak Dan jual buah pinggang jantung hati kaki tangan mata

Haha..dapat jugak hasil kan..
Quote Jorja 6-11-2018 12:52 PM
Betul lah apa Ed Howe kata.. pasangan yg ada anak dan pasangan yg tak ada anak saling kasihan mgasihani ya. Kasihan kt ibu ni.. ada zuriat pun tak guna kalau pnagih dadah kn.. mati tua nanti pun tak tenang ati.. {:cryrun
Quote taikor 6-11-2018 01:03 PM
Penagih kebanyakkan hujung2 pon berakhir dgn tragedi
Quote diss69 6-11-2018 01:12 PM
Hrp2 anknya insaf dh klua lokap nnti.. Itupun kalau ada rasa syng pada mak..
Quote kucing02 26-11-2018 04:53 PM
batmana replied at 1-11-2018 07:27 PM
sebenarnya klu anak dh sentuh rokok, tu kegagalan besar sorg ibu /bapa kt rumah tu

psl  99% penag ...

betul tu.. aku setuju
Quote Redvelvet3 26-11-2018 07:51 PM
Kasih syg sorg ibu..sejahat2 anak ibu jugaklah yg terimanya...darah daging...sedey nasib ibu ini...
Quote melavai 26-11-2018 07:54 PM
anak beranak hampas semua

Quote kibodwatriuh 26-11-2018 07:57 PM
cc karatz Zamani Slam.
Quote exclusive_vvip 26-11-2018 08:04 PM
i rasa mak dia bukan kecewa sbb anak jd penagih, tapi kecewa sbb anak kena tangkap...rasanya la...mustahil lah mak dia taj tahu anak menagih...sbbnya, ada sorang my fren dulu, abang nye penagih..mak dia rela anak tak kene antar ke pusat serenti sebab kesian..ujung2 ayah dia report je polis soh gi tangkap..
Quote MissVixen 26-11-2018 08:12 PM
Yang dah hisap dadah tu, anggap je lah dah mati. Hidup pon serope mayat. Menyusahkan orang.
Quote MissVixen 26-11-2018 08:14 PM
batmana replied at 1-11-2018 07:27 PM
sebenarnya klu anak dh sentuh rokok, tu kegagalan besar sorg ibu /bapa kt rumah tu

psl  99% penag ...

Sama juga dengan ambik ketum. Makin lama , makin tinggi tolenrasi. Tapi bila cakap, kaki ketum mesti bela. Obat2 herba kampung katanya.
Quote belacan_gurl 26-11-2018 08:57 PM
giyomi replied at 1-11-2018 05:06 PM
purcayalah, sekali klu dah terjebak mendadih ni mmg ssh nak insof...dia org klu cakap mengalahkn PU, ...

Yelaaa...kawan I penagih syabu...tiba tang high dia...kalah ustaz dia punya ceramah..serabut pala layan..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068674 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top