Tindakan lelaki melarikan diri dari lokap demi menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman wanita membawa padah apabila dia dihukum penjara lapan bulan bermula dari tarikh tangkap pada 29 Oktober lalu.
Menurut BERNAMA, Pang Hung Boon, 37, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain di Mahkamah Majistret Taiping, semalam. Hukuman itu dijatuhkan kerana alasan tertuduh melarikan diri dari lokap Balai Polis Taiping tidak munasabah selain mencacatkan motif tertuduh ditahan. Hung Boon yang juga pemasang jubin sebelum ini ditahan kerana terbabit kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), kira-kira jam 7.32 malam pada 27 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pang yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan denda kerana dia perlu menjaga bapanya serta teman wanita dan anaknya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan menolak rayuan itu memandangkan tertuduh memiliki empat rekod jenayah lampau pada 2014, 2015 dan 2016. - CARI
|
12
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
25
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT