Seorang pengamal perubatan Islam berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik status tentang rawatan ruqyah yang dilakukannya ke atas seorang pesakit wanita.
Dalam kejadian di Pahang itu, Norazri Medzlan, 35, yang biasanya memakai sarung tangan ketika melakukan rawatan terkejut apabila sarung berkenaan dipenuhi dengan kesan foundation pesakit tersebut. Status Facebooknya menyatakan, "Ruqyahkan (mengubati) pesakit wanita tadi, sambil tu pegang dahi dia. "Sekali tengok dekat sarung tangan, 'ambik' kau. Foundation (bedak asas) selori tempek di muka. Nak buang jin ke nak mengorat aku ni?"
mStar Online melaporkan, gambar tersebut mendapat beribu tanda likes dan share. Menurut bapa kepada empat orang anak itu lagi, pesakit wanita yang datang ke Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur miliknya itu memang selalu memakai solekan namun pesakit wanita yang identitinya dirahsiakan itu mungkin memakai solekan yang lebih tebal. "Pesakit-pesakit yang datang ni biasanya memang pakailah benda macam tu (solekan), tapi tiadalah tebal sangat. "Mungkin mereka nak pergi ke pusat beli-belah selepas itu, tapi tak sedap badan dan datang ke sini untuk dirawat." Pada hari tersebut, dia memegang ubun-ubun pesakit wanita tersebut sebelum memegang dah sambil mengalunkan bacaan ruqyah. Ketika bacaan Surah al-Baqarah ayat 102 dibacakan, pesakit mula berasa panas dan berpeluh sehingga menyebabkan solekan pada wajahnya juga melekat pada sarung tangan yang dipakai pengamal perubatan tersebut. "Selepas dah selesai tu, saya terkejut tengok kesan pada sarung tangan dan meminta izin daripada pesakit untuk dikongsikan di Facebook. "Dia pun tergelak tengok sarung tangan tu dan dia benarkan saya untuk muat naik gambar." Namun ada pula segelintir netizen yang menganggap dia telah mengaibkan wanita tersebut. "Saya memang selalu bergurau di Facebook, tak mahu Facebook ni jadi tempat untuk serius sahaja. "Jika saya memuat naik gambar atau video pesakit sebelum ini pun, saya akan pastikan identitinya dilindungi." -CARI
|
16
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 2-11-2018 03:43 AM
perasannya lobai kepam nih..ni mesti spesis lobai cepat perasantgk gambo pun dah tahu
acah2 candid ...
cmf_premierleag: perasannya lobai kepam nih..ni mesti spesis lobai cepat perasantgk gambo pun dah tahuacah2 candid pakai self timerjijik sangattt
kemaruk replied at 2-11-2018 11:52 AM
Tak pernah pon bangkem dengan doktor kat hospital cerita apa2 pasal pesakit
axl_bach replied at 2-11-2018 04:26 AM
Byk jer bangkem.....kalo kat fb aku ramai giler doktor junior dok wat karangan hassanah setiap kal ...
famri7 replied at 2-11-2018 01:03 PM
Soster masa awal2 pembabitan mesti ads merempan juga sipi2 kan.
famri7 replied at 2-11-2018 01:03 PM
Soster masa awal2 pembabitan mesti ads merempan juga sipi2 kan.
axl_bach replied at 2-11-2018 12:26 PM
Byk jer bangkem.....kalo kat fb aku ramai giler doktor junior dok wat karangan hassanah setiap kal ...
ADVERTISEMENT