Travel menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang mengujakan. Almaklumlah, bukan selalu dapat naik kapat terbang kan? Dan dalam rasa teruja itu, sudah pasti perkara yang paling tak seronok tentunya nak packing barang.
Bagi yang pertama kali hendak menaiki kapal terbang, sudah pasti anda tertanya-tanya apakah barang yang perlu dibawa di dalam hand-carry bag dan boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Bukan sebarang barang boleh dibawa menaiki kapal terbang ya! Jom ikuti list barang-barang asas yang patut anda bawa di dalam hand-carry bag anda.
1. Passport. Ini merupakan dokumen yang paling penting yang anda perlu pastikan sentiasa ada dengan anda di dalam beg hand-carry anda kerana tanpa pasport, anda tidak akan dapat ke mana-mana. 2. Beg duit, wang tunai dan kad kredit. Ini adalah benda paling penting. Seeloknya bawa wang lebih untuk kecemasan. Selain cash, anda juga digalakkan untuk menggunakan kad ATM atau kad kredit. Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu menukar dan membawa wang tunai banyak-banyak apabila melancong. Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara bagi kad anda. 3. Itenari, dokumen perjalanan, hotel dan lain-lain dokumen tempahan. 4. Pen. Bawalah sekali sekurang-kurangnya sebatang pen kerana anda akan memerlukannya untuk mengisi beberapa borang saat anda tiba di sesuatu negara. 5. Eye drops, lip balm dan pelembap. Di dalam kabin kapal terbang adalah ber-aircond. Bagi perjalanan yang memakan masa yang lama, anda digalakkan untuk membawa barang-barang ini supaya kulit anda tidak kekeringan sepanjang perjalanan. Tetapi harus diingat, jangan bawa dalam kuantiti yang banyak. Jika melebihi had, pemeriksa di kaunter akan membuangnya pula. 6. Telefon bimbit. Jangan lupa bawa telefon bimbit anda. Selain sebagai alat komunikasi, anda boleh juga menyimpan dokumen-dokumen anda di dalam bentuk digital. Lebih mudah dan kemas kan. |
18
Bagus |
23
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
serawadurian: Botol kosong juga perlu juga kalao pergi negara yg xde paip air dlm toilet.
NekNgah replied at 7-11-2018 03:13 PM
Jangan lupa basic toiletries and sepersalinan pakaian, sebab selalu aje terjadi, destinasi passenger ...
ADVERTISEMENT