Tidak berperikemanusiaan! Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dirogol lima lelaki termasuk kaki tangan hospital. Menurut laporan Sky News seperti dipetik Mirror, kejadian berlaku ketika mangsa dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Uttar Pradesh, India, kerana dipatuk ular.
Jurucakap polis Mahesh Srivastava berkata, mangsa mengadu kepada neneknya bahawa dia dirogol pembantu hospital dan empat lelaki lain pada malam Sabtu. Difahamkan, salah seorang daripada suspek sudah ditahan, manakala empat yang lain masih diburu.
Media tempatan melaporkan, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan cuba mengenal pasti mengapa kanak-kanak itu dibiarkan bersendirian di unit berkenaan. Sejak kebelakangan ini, India sering digemparkan dengan berita serangan seksual termasuk kes rogol dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012. Awal tahun ini, kerajaan India membenarkan hukuman mati dijatuhkan terhadap pelaku yang disabitkan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. - CARI
|
10
Bagus |
6
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
23
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Awal tahun ini, kerajaan India membenarkan hukuman mati dijatuhkan terhadap pelaku yang disabitkan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
ADVERTISEMENT