Nampaknya setiap kali penyanyi Justin Timberlake mengeluarkan produk baru, beliau akan menggunakan kisah cerita cinta lamanya dengan Britney Spears untuk memanipulasi publisiti murahan. Terbaru, peminat mengecam Justin kerana masih bercerita tentang Britney dalam buku autobiografinya yang akan dipasarkan mulai minggu ini walaupun kisah mereka sudah 16 tahun berlalu dan Justin sudah bercinta dengan berpuluh-puluh wanita lain selepas Britney malahan sudah berkahwin dan beranak pinak dengan pelakon Jesicca Biel! Dalam buku autobiograf terbarunya bertajuk Hindsight: And All The Things I Can't See in Front Of Me, Justin menceritakan tentang panjang lebar bagaimana lagu popularnya Cry Me A River dicipta selepas dicurangi. 'Saya dikecewakan teman wanita saya (Britney Spears) yang curang dengan lelaki lain, jadi saya duduk bersedih dan main piano selama dua jam, akhirnya lagu ini terhasil' katanya. Justin Timberlake kemudiannya menggunakan seorang model wanita yang mirip Britney dalam video klip untuk lagu tersebut. Peminat Britney kelihatannya tidak senang dengan perkara ini. Mereka beramai-ramai mengecam Justin di Twitter kerana masih memburuk-burukkan nama Britney dalam setiap promosi album dan bukunya walaupun sudah 16 tahun perkara itu berlalu. Seorang peminat Britney mengatakan Justin selalu menjatuhkan wanita untuk menaikkan dirinya sendiri. 'Saya gembira Britney kini seorang yang tidak kisahkan cerita negati mengenainya, beliau seorang wanita yang kuat, Justin pula loser' kata peminat bernama Cody Spearz. Walau bagaimanapun, terdapat juga peminat Justin yang membelanya. Mereka mengatakan Justin berhak untuk menceritakan kisah silamnya kerana itu adalah kisah hidupnya sendiri dan perkara itu berlaku kepadanya. 'Ini buku autobiografi, semestinya Justin berhak menulis semua perkara penting yang pernah berlaku kepadanya' kata peminat Justin lagi.
|
5
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...
sheqim replied at 21-12-2018 03:22 PM
sori gais... can i know britney buatpe je skang.... lama tak nampak di mana-mana... ke dah tak menya ...
dua_chzy replied at 21-12-2018 07:48 PM
Ko kata dia dah tak nyanyi sedangkan @Ferr_Remy baru attend konsert dia kat Bangkok tawun neh!
sheqim replied at 22-12-2018 12:24 AM
Kaka, sorilah meols tak follow perkembangan dia.. main komen jeeee hahaha
ADVERTISEMENT