CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Patung Terapung Di Laut, Keluarga Tidak Sedar Anak Hilang Ketika Berkhemah

8-11-2018 11:57 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7474| Komen: 54|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Media di New Zealand melaporkan berita tentang seorang nelayan menyelamatkan bayi berumur 18 bulan yang dijumpainya terapung di laut berdekatan Pantai Matata. 


Bayi itu, yang bernama Malachi Whyte bernasib baik kerana masih bernafas dan sempat diselamatkan nelayan berkenaan.


Kredit foto: Ottawacitizen

Malachi ditemui terapung berdekatan pantai Murphy's Holiday Camp yang popular dengan aktiviti perkhemahan. Nelayan itu, Gus Hutt berkata dia ingatkan bayi itu adalah anak patung yang terapung menghampiri perahunya. 


'Wajahnya kelihatan pucat seperti porcelain, saya menyangkakan anak patung tetapi bila saya memegang tangannya bayi itu merengek kecil,' katanya.


Kredit foto: SkyNews

Hutt ketika itu sedang memancing sekitar pukul 7.15 pagi. Dia dan isterinya kemudian memanggil ambulans dan memaklumkan penemuan bayi itu kepada pihak pengurusan Murphy's Holiday Camp yang segera menghubungi ibubapa bayi tersebut.


Ketika dimaklumkan penemuan bayi yang dijumpai terapung, Jesicca Whyte, ibu kepada bayi yang baru menyedari kehilangan anaknya menjerit seperti orang gila dan hampir pengsan.


Kredit foto: Ottawacitizen

Ambulans yang tiba seketika kemudian kemudian membawa bayi itu ke Hospital Whakatane yang berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan. Walaupun kelihatan pucat dan kebiruan, Malachi kemudiannya disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi serius. 


Menurut Jessica, keluarganya sedang berkhemah pada malam kejadian dan Malachi yang terbangun lebih awal pagi itu mungkin telah keluar daripada khemah dan bermain di tepi pantai. Ini kerana pada hari sebelumnya, bayi itu telah cuba berlari ke tepi pantai untuk bermain ombak tetapi sempat dihalang.


Kredit foto: Ottawacitien

Menurut nelayan itu, bayi tersebut bernasib baik kerana pada hari kejadian dia tergerak hati untuk berpindah tempat memancing 100 meter daripada lubuk kebiasaanya. Dipercayai bayi itu bermain hanya 15 meter dari tempat tersebut berdasarkan tapak kakinya.


Ibu bapa Malachi mengucapkan ribuan terima kasih kepada nelayan tersebut dan berharap pengalaman mereka ini akan memberi pengajaran kepada ibu bapa lain untuk memasang zip keselamatan di dalam khemah untuk mengelakkan anak kecil keluar ketika ibu bapa sedang tidur. -CARI

24

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 12:01 PM
Nasib tak lemas
Quote kaoru44 8-11-2018 12:01 PM
Nasib baik hidup lg..
Quote haryatie 8-11-2018 12:05 PM
isshhhh...nasib baikk
Quote buapakperut 8-11-2018 12:07 PM
Edited by buapakperut at 8-11-2018 04:08 AM

jamganla tidur mati.. huhuhu nasib panjang umur anaknya.
Quote Sang_Pencinta 8-11-2018 12:08 PM
buapakperut replied at 8-11-2018 12:07 PM
cemana boleh hanyut? tidur ka maknya. budak 12 tahun pun kita tengok2 ni kan pula bayi

Keluarga tu tidur termasuk mak bapak, awal2 pagi subuh budak ni terbangun dahulu
Quote myakayina 8-11-2018 12:13 PM
panjang umur ko nak..
Quote EncikRhoma 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla..". kalau malaysian yg jadi macam ni mesti ada komen "cash...parent macam ni tau beranak je".."lahanat punya parent tak reti jaga anak"
Quote aHoi83 8-11-2018 12:25 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla ...

Forum CI kan dipenuhi ummah kokosen
Quote adda001 8-11-2018 12:34 PM
Kalau baby memang akan terapung ya walaupun tak pandai berenang
Quote Skuau 8-11-2018 12:37 PM
wa lebih hairan...camner bayi tu boleh TERAPUNG??? Unsur mistik???
Quote hibernation 8-11-2018 12:38 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla ...

kannnn.....nampak sangat
Quote Atata 8-11-2018 12:39 PM
Dah kenapala nak bawak anak umur mcmtu camping
Quote gujiwa 8-11-2018 12:43 PM
bodo nye.. geram plak aku..

tak boleh zip ke khemah kau.. dah tahu ank hari sblm tu dah test nk pi laut..
Quote onexox97 8-11-2018 12:44 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla ...

baru nak komen yg sama
double standed betulla
Quote darkness 8-11-2018 12:45 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla ...

Hadoiii haha...ntah kenapa ya
Quote Hessa 8-11-2018 12:47 PM
Atata replied at 8-11-2018 12:39 PM
Dah kenapala nak bawak anak umur mcmtu camping

kan,berisiko pg tempat2 mcm tu dgn anak kecik..tunggu jelah budak tu dah besar sikit klau ye pun suka sgt aktiviti outdoor mcm tu
yang iya nya mak ayahnya yg tak menyempat2 nk beriadah mcm tu,dh jd mcm ni, haa baru tau kan..elok sgt lah tu pengajaran sgt utk diorg supaya tak selfish
Quote eyansss 8-11-2018 12:56 PM
Sang_Pencinta replied at 8-11-2018 12:08 PM
Keluarga tu tidur termasuk mak bapak, awal2 pagi subuh budak ni terbangun dahulu

ni la kerisauan aku bila nak ajar anak2 camping...  aku takut anak aku yang baby terbangun dulu daripada aku n kot la aku tak tersedar masa tu...  aku ingat nak pasang safety harness je supaya dia takleh gerak jauh dari aku...
Quote eyansss 8-11-2018 01:01 PM
adda001 replied at 8-11-2018 12:34 PM
Kalau baby memang akan terapung ya walaupun tak pandai berenang

tak semestinya...  kalau dapat baby yang panik, memang takkan terapung...  maybe mak dia ada ajar basic kot...
Quote eyansss 8-11-2018 01:06 PM
EncikRhoma replied at 8-11-2018 12:20 PM
kalau kokesen elok je aku tengok forumer komen... "mujur selamat", "panjang umur kau nak...bla...bla ...

tengok situasi kot...  yang kena maki tu memang terang2 tau beranak pastu biarkan je anak2...  hahaha...  tapi aku memang nak kecam gak, awat la tak tido betul2 merintangi pintu khemah tu supaya bila anak nak keluar dia akan panjat badan kita dulu...  masa tu sempat la tersedar sebelum anak keluar...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061156 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top