|
MANJUNG – Bagi mengatasi masalah kepupusan populasi penyu, Malakoff Corporation Berhad dengan kerjasama Jabatan Perikanan melepaskan penyu bersatelit pertama di negeri ini. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, pemasangan satelit tersebut bertujuan mengumpul data dan maklumat mengenai penghijrahan penyu. Menurutnya, projek penyu bersatelit yang pertama dimulakan pada 1991 di Rantau Abang. “Satelit berkenaan boleh dikesan selama setahun dan kita dapat mengetahui pergerakan penyu. “Ini akan memudahkan kita untuk mengumpul maklumat yang diperlukan,” katanya ketika ditemui sempena program Kenali Penyu, Sayangi Penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari, di sini. Ahamad Sabki (tiga, kanan) melepaskan penyu bersatelit untuk tujuan pengumpulan maklumat bagi memulihara spesis hidupan laut itu. Hadir sama, Pengurus Loji Jana kuasa Lumut, Malakoff Corporation, Abdul Rahman Hussin dan Pengarah Perikanan Perak, Sani Mat Isa. Beliau berkata, berdasarkan rekod jabatan, jumlah pendaratan penyu di Segari setiap tahun adalah dalam lingkungan 90. Katanya, bagaimanapun terdapat perbezaan besar antara jumlah pendaratan penyu pada 2011 iaitu 93 berbanding 57 tahun lalu. “Melalui program ini kita harap masyarakat dapat menjaga spesis ini,” katanya.
|
|
14
![]() Bagus |
18
![]() Marah |
12
![]() Terkejut |
4
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.233412 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.