CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuala Punya Fasal, Penuntut UMS Patah Kaki

7-11-2018 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4372| Komen: 29

Malang menimpa seorang penuntut wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila terjatuh di atas bumbung tingkat tujuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman universiti berkenaan.



Kredit foto: NSTP

Memetik Harian Metro, kejadian yang berlaku semalam menyebabkan mangsa berusia 21 tahun disyaki patah kedua-dua kakinya.

Penuntut tahun ketiga Ijazah Doktor Perubatan itu kini berada di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK), Likas bagi mendapatkan rawatan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan ditemani rakannya menuju ke koridor tingkat 10 untuk mengambil tuala mandi yang tersidai di koridor lif.

“Menurut rakan mangsa, pada masa itu mangsa dikatakan cuba untuk memanjat koridor bagi mengambil tualanya yang berada sedikit ke bawah kerana terjatuh dipercayai ditiup angin.


“Ketika mangsa sedang cuba memanjat, tiba-tiba dia terjatuh dari koridor di tingkat 10 dan terbaring di bumbung bangunan kolej di tingkat tujuh.

“Rakan mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan mangsa dikatakan sedar dan melambai tangannya meminta pertolongan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji.


Kredit foto: Kosmo!

Tambah Habibi, mangsa dibawa ke HWKK, Likas selepas menerima rawatan awal daripada petugas perubatan yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

“Hasil soal siasat, mangsa mengatakan tangannya tergelincir ketika mengambil tuala sebelum terjatuh.

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan mengatakan mangsa disyaki patah kaki kiri dan kanan. Kecederaan lain belum diketahui dan rawatan masih berjalan,” katanya. - CARI
6

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote C1k_J4h 7-11-2018 10:25 AM
dengar berita ni kat hotfm td
alhamdulillah nasib ada bumbung
Quote zulka 7-11-2018 10:31 AM
alahai...kesiannye
Quote moonbug 7-11-2018 10:33 AM
UMS ada medical course ya? Anyway takziah patah dua-dua kaki, tapi mujur jatuh atas bumbung. Semoga cepat sembuh
Quote Muntz 7-11-2018 10:45 AM
Jatuh terbaring, nasib tak patah tulang belakang.
Quote zaziot 7-11-2018 10:48 AM
ya allah..syukur bumbung tu keras...kot la dh reput ke apa
Quote Artemesiaa 7-11-2018 10:49 AM
Nasib hanya cedera tak hilang nyawa moga cepat sembuh
Quote meklalala 7-11-2018 10:49 AM
panjang umur kamu dik..
Quote febreze 7-11-2018 11:39 AM
ensem polis tu {:love
Quote Sang_Pencinta 7-11-2018 11:48 AM
Kesian, setakat tuala sahaja biarkanlah bakal doktor oi
Quote mieymiey 7-11-2018 12:35 PM
Nasib jatuh kat bumbung. Dan nasib hanya patah kaki banding dengan hilang nyawa.
Quote Mary_jane 7-11-2018 12:45 PM
Sakitnya jatuh gedebuk, patah dua kaki. Speedy recovery sister.
Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:53 PM
adoi.. lain kali cari la kayu ke apa ke buat jolok..
kalau takde, let go je la beli tuala lain..
Quote ninja boy 7-11-2018 12:56 PM
Xde batang penyapu jolok ka
Quote fifie_olin 7-11-2018 12:58 PM
pjg lg umo sheolss
Quote 234126 7-11-2018 10:54 PM
3 tingkat je dari 10 ke 7 nasib ada bumbung ya Allah kalau tak dari 10 ke tanah memang maut jawapnya
Quote RatuDunia94 7-11-2018 11:20 PM
Ada gambar lbh dekat abam polis tu x?
Quote dua_chzy 7-11-2018 11:23 PM
Motif nama jah budak medik tapi otak tak KBAT takkeh fikir cara lebih selamat huntok ambik tuala? Ini la budak2 sekarang. Selayaknya jatuh bumbung.
Quote dua_chzy 7-11-2018 11:25 PM
moonbug replied at 7-11-2018 10:33 AM
UMS ada medical course ya? Anyway takziah patah dua-dua kaki, tapi mujur jatuh atas bumbung. Semoga  ...

Dah lama hada.
Quote dani-rox 7-11-2018 11:26 PM
gigeh ko dekk demi sehelai tuala. barangkali ada nilai sentimental

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049675 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top