CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Ada Niat Curi Bang, Nak Rasa Naik Motor Besar Je"

7-11-2018 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5136| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Nota yang ditulis oleh seorang penjenayah kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi selepas melarikan motosikal Yamaha R6 di pangsapuri Flora Damansara menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.


Kredit foto: Twitter
“Saya nak minta maaf sebab dah curi motor abang. Saya tak ada niat nak curi, tapi saya nak ambil pengalaman naik motor besar. Saya betul-betul minta maaf."

Harian Metro melaporkan, sebisan kertas tersebut diselitkan di bahagian tingkap pemandu kereta Ford Fiesta milik mangsa, yang juga dipecah suspek sama.


Pemilik motosikal, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil, 32, berkata, "Nota itu diselitkan di bahagian cermin kereta saya yang pecah dan di bahagian belakangnya tertulis motosikal saya berada di kawasan letak motosikal di kawasan kondominium Empire Damansara.

Kredit foto: Twitter
"Mulanya, saya ingat ada orang mahu mempermainkan saya, tapi bila pergi ke lokasi itu pagi tadi, memang ada motosikal saya di situ dan terus memaklumkan kepada polis."

"Selain hilang motosikal, kereta saya turut dipecah suspek sama yang melarikan beberapa barang berharga seperti cermin mata dan pengimbas SmartTag.

"Jadi, saya syak suspek jumpa kunci pendua motosikal di dalam kereta dan ambil kesempatan melarikannya."

"Saya sayang motosikal itu dan membelinya disebabkan minat motosikal berkuasa tinggi sejak kecil lagi.

"Jadi, bila ia hilang, saya rasa sedih sebab motosikal itu bukan saya gunakan untuk berlumba, sebaliknya lebih kepada minat." 

Khairul berkata dia sudah pun memaafkan perbuatan penjenayah berkenaan.

"Saya sudah maafkan penjenayah itu, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah dan harap polis dapat menahannya untuk tindakan undang-undang.

"Lagipun, saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa penjenayah sama yang melakukan jenayah pecah kenderaan."

Polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek berkenaan. -CARI
28

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ana_una 7-11-2018 12:03 PM
Pencuri berhemah...
Quote mizruncing 7-11-2018 12:12 PM
puihhhhhhh. dh knp teringin plak
Quote Bilissey 7-11-2018 12:12 PM
Kaito? Banyak baca Conan ni
Quote Caranthir 7-11-2018 12:14 PM
no. plate kecik cam lahanat
Quote shernazz 7-11-2018 12:17 PM
Hilang kat flora DAMANSARA okeh..
Kasi tangkap je org tu
Nak.merasa gi test ride kat kedai.moto bang
Quote serinegara 7-11-2018 12:24 PM
Amboii, senangnya nak defend diri sendiri. “Saya nak merasa motor besar, sebab tu saya ‘pinjam’, tak de niat mencuri pun.”

Lepas ni apa? Saya nak merasa dok banglo, sebab tu saya pecah masuk rumah orang, bukan berniat nak terrorize orang pun.

Bullcrap punya alasan.

Dah tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan pula nak menyebabkan kerugian kepada orang lain.

Agaknya masa kecik dulu pun dah biasa mencuri. Bila parents tak mampu sediakan apa yang dia nak, dia pegi curi barang orang lain.


Quote prettyuglybabe 7-11-2018 12:39 PM
elok mampus je manusia gini..
dah la dok pecah kereta orang..
entah berapa ramai yang kena..
Quote haryatie 7-11-2018 12:52 PM
macam2
kempunan sgt yerr
Quote jebatmaspunyer 7-11-2018 01:00 PM
buat pencuri tersebut iolls nak ucapkan "sila meninggal"..  sedar lah diri.. dalam hidup ni x semua benda yang kita teringin, kita dapat rasa & miliki..
Quote lasagnaklcc 7-11-2018 01:07 PM
Bdk umur berapa curik moto ni?
Quote meklalala 7-11-2018 01:28 PM
macam ini pun bole ka? kelakar jugak hihi
Quote renko 7-11-2018 01:31 PM
so xjadi buat report la?
tarik balik?
Quote cmf_premierleag 7-11-2018 01:32 PM
Caranthir replied at 7-11-2018 12:14 PM
no. plate kecik cam lahanat

spesis mcm ni kalo motor dia eksiden pun akak cashkan terus
nampak sgt buat plat no kekecik sbb nak avoid dr kene tangkap sbb kesalahan lalu lintas
Quote moonbug 7-11-2018 01:56 PM
Syukurlah jumpa balik motor tu
Quote tri-max 7-11-2018 01:56 PM
"saya teringin nak berbini so saya bawak larik anak pakcik"
"saya da pulangkan anak pakcik, ada kat parking lot ni ha"

ni statemetn klu aku terajang tak cukup tanah
Quote paz 7-11-2018 02:02 PM
Alasan nak pengalaman. Pandai justification dia.

Boleh plak bende salah kau pusing-pusingkan.
Quote Nurul8001 7-11-2018 02:08 PM
Pencuri ni nak minta belas kasihan je..
Takde maknanya teringin, takutlah tu motor ni dah viral,kan?

Nak jual, penjual takmo beli moto curi..
Nak tunggang sendiri takut kena tangkap..

Tu smart tag tu, takmo pulangkan sekali ke?
Quote serawadurian 7-11-2018 03:33 PM
Creative pencuri ni tp nyusahkan org.
Quote Burong_Hantuk 7-11-2018 03:33 PM
tak lucu....dasar pencurik bebal

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046484 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top