Akibat terlampau sibuk berkerja, pelakon, pengacara serta usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa meluahkan perasaan kesal dan sedihnya kerana tidak dapat meluangkan masa bersama datuknya yang kini sedang dirawat di hospital.
Wanita jelita itu yang memuat naik video keadaan datuknya, Haji Noor Mohamed menerusi Instastory di Instagram miliknya meminta semua pihak untuk sama-sama mendoakan datuknya sambil memberitahu akan melawatnya dalam masa terdekat. "I'll see you soon, Abah (panggilan Neelofa kepada datuknya)," tulis Neelofa. Neelofa turut mengakui yang dia mampu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang datang menimpa namun, keadaan kesihatan datuknya yang terlantar di hospital merupakan satu ujian yang amat berat bagi dirinya. Tambahan pula dengan kesibukan kerja membuatkan Neelofa tidak berkesempatan untuk datang melawat dan menemani insan kesayangannya itu. "Not being able to be there for him and the family would be the greatest challange and its killing me inside," tambahnya lagi. Mengakhiri bicaranya, Neelofa sempat menitipkan pesan kepada semua pengikutnya untuk selalu meluangkan masa bersama insan tersayang sementara mereka masih lagi hidup. Apa pun sama-sama kita doakan semoga datuk Neelofa segera sembuh dan semoga ahli keluarga mereka diberikan kekuatan. -CARI |
11
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT