Seorang lelaki tergamak memaksa anak saudaranya berusia 14 tahun memegang kemaluannya dan mengugut bunuh sekiranya mangsa membuat bising. Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Kuala Nerus, pada Isnin lalu kira-kira jam 9.30 malam.
Difahamkan, dalam kejadian gadis itu bersendirian di rumah ketika didatangi suspek berusia 20-an, manakala ahli keluarga yang lain pergi melawat ibu saudara mangsa yang juga isteri suspek. Mangsa membenarkan bapa saudaranya masuk ke rumah kerana suspek memberi alasan kononnya mahu memberi barang kepada ibu mangsa. “Suspek bertindak mengambil sehelai kain dan menutup mulut anak saudaranya itu sebelum menolak mangsa di sofa yang berada di ruang tamu selain mengugut akan membunuh mangsa sekiranya dia membuat bising dan memaksa remaja itu memegang kemaluannya.
“Mangsa enggan menuruti kemahuan bapa saudaranya namun terpaksa akur dan suspek beredar meninggalkan mangsa tidak lama kemudian,” kata sumber. Mangsa yang ketakutan keluar dari rumah dan menceritakan kejadian kepada bapanya selepas meminjam telefon orang awam yang ditemuinya di tepi jalan. Menurut laporan, suspek kini direman tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(B) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - CARI
|
12
Bagus |
21
Marah |
4
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jijigren replied at 9-11-2018 10:35 AM
Ganu lagi..tadi baru baca kes lelaki umo 40 an skodeng anak dara mandi.
Tu lah banyak sangat makan ...
nishikido replied at 10-11-2018 09:27 AM
Bodohnya..ko tak fikir ke budak tu boleh report kat bapak dia lepas ko buat camtu..ko ingat ni drama ...
nishikido replied at 10-11-2018 09:27 AM
Bodohnya..ko tak fikir ke budak tu boleh report kat bapak dia lepas ko buat camtu..ko ingat ni drama ...
xy_daen replied at 10-11-2018 09:30 AM
Ni siapa yang terpengaruh dengan drama tv ni..lol
kemaruk replied at 10-11-2018 12:05 PM
Macam kisah hidup bangkem je ni
ADVERTISEMENT