Tahun demi tahun,dilihat semakin pengarah pengarah tempatan semakin aktif membikin filem yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton rakyat Malaysia. Kini ramai rakyat Malaysia sudi melaburkan duit untuk menonton filem filem tempatan, yang ternyata suatu perubahan positif. Filem yang bagus sudah tentu dapat memberi kesan dan impak kepada penonton sama ada keluar wayang mata merah kerana menangis teresak - esak, ataupun terdapat banyak review mengenai filem tersebut di laman sosial. Cara pengiklanan dan promosi juga mempengaruhi jumlah kutipan filem samada membuahkan hasil ataupun 'flop'.
Ini antara senarai filem yang boleh dikatakan 'flop' dalam industri perfileman Malaysia sepanjang tahun 2018. 1. Bidong the Boat People Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini dibintangi oleh Taufik Hanafi dan Irene Wong. Filem seperti projek tahun akhir ini hanya mengutip kutipan tiket sebanyak RM3,536.00, setaraf gaji fresh graduate lepasan kos Jurutera di Malaysia. 2. Qhaliq Filem terbitan Ahmad Idham dan diarahkan oleh ROsli Mohd. Taib ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Azza Elite serta Ahmad Idham. Penulis rasa filem ini patutnya diubah menjadi drama sahaja. Dengan kutipan sebanyak RM 4,196.50, Qhaliq jatuh tempat kedua dalam carta filem paling flop tahun 2018. 3. Enjin No 9 Dibintangi oleh artis yang menyanyikan lagu Sedalam-dalam Rindu, Tajul dan pelakon lawak terkenal Kaza, sejujurnya ramai yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan filem ini. Namun begitu, filem ini berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM7,566.17. Okaylah tu kan? 4. 33 KM from KL Boleh tahan juga kutipan, mungkin cukup untuk bayar kos produksi. Hasil jualan tiket sebanyak RM 18,779.00. 5. This Is Pilah This is Pilah dibintangi bintang hip hop Malaysia iaitu Waghih dan Juzthin. Ternyata ketika nama meningkat naik belum tentu orang nak pergi tengok filem anda di panggung wayang. Kutipan? RM 45,843.90, boleh tahan juga ya. 6. Surf This Love Filem ini agak menarik dan lain dari yang lain. Tapi sayangnya rakyat belum menerima kelainan dalam genre filem yang baru mungkin. Hasil kutipan ialah sebanyak RM47,724.30. 7.Rise Banyak juga komen memberansangkan daripada penonton. Filem sempena pilihan raya baru baru ini yang memberi tema Malaysia baru hanya mengutip kutipan sebanyak RM58,411.50. 8. Hantu Wangan Tak mahu komen lebih, yang pernah menonton boleh komen di ruangan komen. Hasil kutipan sebanyak RM 89,420.70 berjaya diperolehi sepanjang tayangan. 9. Busker Filem ini menarik ditonton di hujung minggu untuk melepaskan tekanan. Filem ala ala 'indie' ini juga mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Hasil kutipan? RM 96,925.75. 10. Badang Memakai tagline Adiwira Sepanjang Zaman, filem Badang ini dikatakan mewakili adiwira Malaysia selepas Cicak-man. Betul ke? terdapat banyak juga kontroversi semasa tayangan filem ini berlangsung seperti pelajar universiti dipaksa beli tiket untuk menonton dan sebagainya. Hasil kutipan yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM 93,496.54. Terdapat dua filem sedang ditayangkan iaitu Operasi X dan Gol & Gincu Vol 2. Harap - harapnya filem tersebut berjaya memperoleh kutipan memberansangkan. -CARI |
15
Bagus |
19
Marah |
28
Terkejut |
17
Sedih |
26
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 9-11-2018 11:47 AM
Ini Kalilah tu film propaganda PH ke?
taji2906 replied at 9-11-2018 11:55 AM
poster no 8 tu rasa nak lempang jek mukanya.. hahaha.. rasa je la..
tp kesian tul kutipan tak balik ...
LadyDiddy replied at 9-11-2018 12:04 PM
Filed badang lagi ramai orang tengok dari busker..hmm
BebeQ replied at 9-11-2018 01:31 PM
Ramai juga yang tonton filem badang rupanya. Mushkil.
ADVERTISEMENT