Tak semena-mena sudah menjadi fitnah. Itulah yang berlaku bila gambar sekumpulan lelaki yang dikatakan lelaki lembut mengadakan perjumpaan di pantai Port Dickson menjadi tular di media sosial.
Memetik laporan Sinar Harian, perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed yang berkata ia merupakan kejadian yang berlaku di Pulau Pinang beberapa tahun lalu. "Setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung kejadian itu. "Jadi, orang ramai diminta membuat laporan polis jika berlaku kejadian seumpama itu untuk siasatan lanjut," ujarnya. Katanya lagi, usah tularkan perkara yang tidak benar kerana boleh menyebabkan kesan sampingan di kalangan masyarakat. "Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya gambar itu adalah kejadian yang berlaku di Port Dickson. "Janganlah menggunakan media sosial untuk menularkan perkara tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai," katanya lagi memetik Utusan Malaysia. Sebelum itu, tular gambar sekumpulan lelaki berwatakan lembut dikatakan membuka baju dan seluar dalam ketika beriadah di pantai Port Dickson. - CARI
|
12
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PU-ndan replied at 12-11-2018 05:43 PM
dah 4 org i tanya, sekoq pun tak dengar pasai pesta gay kat evo nih. dahla kawan keje obersea tanya ...
ADVERTISEMENT