Sekiranya anda mudah berasa tertekan ataupun mudah dilanda keresahan yang sukar dikawal, mungkin permainan Tetris boleh membantu mengawal perasaan tersebut.
Saranan ini bukan cakap kosong. Memetik Ars Technica, seawal tahun 2009, sebuah kajian mendedahkan bahawa apabila seseorang individu bermain permainan Tetris, aktiviti otaknya menjadi lebih efisyen. Ia berlaku apabila kadar glukosa yang diperlukan untuk memacu daya kognitif pemain semakin berkurangan apabila pemain semakin menguasai permainan tersebut. The Tetris Effect Pada tahun yang sama juga, sekumpulan penyelidik dari Universiti Oxford mendapati bahawa bermain Tetris boleh mengurangkan kesan apabila melihat babak-babak yang meninggalkan trauma atau memori yang menyakitkan. Selain itu, permainan Tetris amat berkesan dalam mengalihkan perhatian sehingga ia berupaya membantu mengurangkan ketagihan terhadap makanan dan dadah. Kesan ini digelar, "The Tetris Effect".
Bukan itu sahaja, kajian terkini pula mendedahkan bahawa permainan Tetris amat bermanfaat dalam mengurangkan perasaan resah dan tertekan. Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University California dan diketuai oleh seorang ahli psikologi, Kate Sweeny. Menggunakan pelajar-pelajar universiti sebagai subjek, mereka diarahkan untuk bermain permainan Tetris untuk seketika sebelum memasuki fasa-fasa bertekanan tinggi dalam pengajian, seperti peperiksaan akhir tahun dan penentuan kerjaya.
Penemuan terbaru ini adalah hasil dari dua pemerhatian dan sebuah eksperimen. Memetik Bustle, pemerhatian yang pertama dijalankan ke atas 125 orang graduan undang-undang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Bar. Pemerhatian kedua dijalankan ke atas pelajar-pelajar pascasiswazah yang berada di dalam pasaran kerja akademik, manakala eksperimen terakhir melibatkan 300 mahasiswa yang sedang melalui situasi di mana mereka sedang melalui penilaian paras rupa oleh rakan-rakan mereka sendiri. Hasilnya, tahap keresahan dan stres dalam subjek kajian menurun, manakala tahap emosi positif pula meningkat. Ia menunjukkan bahawa permainan Tetris memiliki kesan menakjubkan ke atas kesihatan dan keupayaan mental seseorang. "Flow adalah keadaan di mana seseorang individu memberikan penghayatan yang penuh terhadap suatu aktiviti," ujar Sweeny. Tahap ini memerlukan seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti mencabar namun tidak keterlaluan, mempunyai matlamat yang jelas dan boleh dicapai serta menyediakan maklumbalas berkenaan prestasi individu tersebut dari masa ke semasa. Permainan Tetris mampu membuatkan pemainnya mengalami Flow. Ini kerana Tetris menawarkan keseimbangan dalam dua perkara: cabaran dan kebolehcapaian. Ia memiliki tahap cabaran yang mampu mengekalkan perhatian pemain. Dalam masa yang sama, ia membuatkan pemain berasa tenang ketika menyelesaikan cabaran. Pencipta permainan Tetris sewajarnya diberikan penghargaan kerana menghasilkan sebuah permainan yang memiliki begitu banyak manfaat. Jika anda bakal melalui situasi yang meresahkan, jangan lupa bawa sekali permainan Tetris bersama ya! - CARI
|
manehnya replied at 21-11-2018 12:07 PM
aku baca main testis tadi
PristineOne replied at 21-11-2018 12:15 PM
Sekali imbas baca.... Bila tertekan ...main testis..Pelik gak knpa bila stress kena pegang telo... R ...
ADVERTISEMENT