|
Industri seni dan peminat digemparkan dengan berita terkini pelakon dan pelawak veteran, Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat.
Selain rakan artis, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim turut mengambil kesempatan untuk menziarahi Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang lebih mesra disapa Zaibo di kediamannya di Rengit, Batu Pahat. Difahamkan, Tunku Tun Aminah begitu meminati Zaibo dan sitkom Under One Roof merupakan kegemarannya ketika kecil. "Saya beritahu suami betapa lucunya dia dan menunjukkan video Zaibo kepadanya," kata Tunku Tun Aminah yang sebak ketika meluangkan masa bersama pelakon kegemarannya itu.
Malah, ada suatu ketika Tunku Tun Aminah tidak dapat mengawal perasaannya hingga dilihat mengalirkan air mata. Adinda Tunku Tun Aminah iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim mangkat pada 2015 juga akibat kanser. Mungkin sebab itulah dia merasakan Zaibo begitu dekat dengannya. Orang ramai turut berasa sebak melihat tahap kesihatan terkini Zaibo yang dilihat terlalu kurus dan tidak bermaya. Selain mendoakan kesihatan Zaibo, orang ramai turut berterima kasih kepada Tunku Tun Aminah kerana meluangkan masa bersama Zaibo serta memuji sikapnya yang sopan dan merendah diri. Loading FB Post... Loading FB Post... Semoga Zaibo dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. - CARI
|
|
23
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
13
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

so kind and humble Ku Inah & hubby dtg melawat zaibo..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.