Sudah pelbagai usaha 'diet' dilakukan bagi menurunkan berat badan dilakukan termasuk senaman, pengambilan suplemen serta mengurangkan pengambilan makanan. Namun, ia bagaikan sia-sia saja kerana tiada perubahan ketara berlaku. Kenapa ya?
1. Anda kehilangan berat badan - tetapi ia hanya berlaku perlahan Menurut ahli terapi pemakanan di White Plains, New York, terdapat tanggapan palsu bahawa diet yang berjaya akan menyebabkan seseorang turun sebanyak 10 kilogram sebulan. Bagi ksesetengah orang, itu adalah standard yang tidak realistik. Penurunan pada kadar yang perlahan merupakan cara yang selamat untuk memastikan penurunan adalah konsisten.
2. Anda tidak minum air yang mencukupi Michael Jay Nusbaum, Pengarah di Pusat Kawalan Berat Badan Atlantik berkata, anda tidak boleh membakar lemak jika badan anda mengalami dehidrasi. "Proses membakar lemak sangat memerlukan air. Anda perlu minum lebih dari 48 auns cecair setiap hari," ujarnya. 3. Anda tidak cukup tidur Dapatkan tidur yang cukup. Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang sama membakar 400 kalori lebih sedikit apabila mereka tidur selama lima setengah jam berbanding lapan setengah jam. 4. Salah ubatkah? Pakar mengatakan bahawa ubat-ubatan tertentu seperti tekanan darah, kencing manis dan kemurungan bukan sahaja boleh melambatkan penurunan berat badan, tetapi juga dapat meningkatkan berat badan. Namun, itu tidak bererti anda harus mengabaikan pengambilan ubat-ubatan anda. 5. Pengambilan diet sihat tidak menentu Jurulatih gaya hidup dan pengurangan berat badan berkata, "Berikan komitmen sepenuhnya untuk membuat perubahan yang berkekalan, bukan hanya untuk reunion atau majlis perkahwinan, tetapi kemudian makan sesuka hati". 6. Anda mungkin sedang mengalami tekanan perasaan Pengurusan tekanan adalah sama pentingnya dengan mengikuti pelan diet, tetapi berita baik adalah senaman merupakan salah satu cara terbaik untuk memerangi tekanan kronik. 7. Anda mengutamakan senaman berbanding pemakanan Jika anda menghabiskan masa di gym, tetapi jika tidak menjaga pemakanan, anda mungkin tidak mengalami penurunan berat badan yang anda inginkan. Jadi, sudah faham kenapa berat anda tidak turun-turun walaupun sudah berusaha keras? - CARI
|
23
Bagus |
23
Marah |
20
Terkejut |
19
Sedih |
29
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kroit92 replied at 14-11-2018 09:06 PM
pernah cuba diet air kosong ni,
sebulan tu, memang tak minum manis. minum air kosong je, kalau ad ...
chinta89 replied at 15-11-2018 11:57 AM
avatar uols mengancam sesuai ngn thread diet ahahaha..
fushimi replied at 14-11-2018 01:56 PM
dulu ada sorang kawan aku gila gila diet nak kurus
motip nak kurus sebab nak pakai bikini bila be ...
234126 replied at 16-11-2018 10:54 AM
No.7 iol penah senaman hari2 kononnya sebab nak makan apa sahaja hhahaha memang tak turun la beratny ...
mieymiey replied at 16-11-2018 10:59 AM
Sama la chuols. Iols pun kalau makan lebih haritu, senaman akan lebih juga. Tapi rupanya rahsia na ...
234126 replied at 16-11-2018 01:06 PM
Kan. Penat mengah2 kat gym mcm apa bercardio. Sohih salah cara. semata2 nak makan nasi pasta kek b ...
ADVERTISEMENT