CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Anjing Tu Haram, Nanti Restoran Saya Terlibat Dosa!' - Hanya Sebab Minta Sisa Makanan

14-11-2018 12:03 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9002| Komen: 45|Original author: Oleh: Whitney

Memang benar, khinzir dan anjing adalah binatang yang diharamkan bagi umat Islam. Khinzir adalah haiwan yang haram dimakan manakala anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis yang berat dan diharamkan daripada menyentuhnya dengan syarat. Bagaimana pun, umat Islam disuruh agar berbuat baik dan mempunyai belas kasihan dengan semua haiwan yang Allah jadikan. 


Kredit foto: Google
Walaupun anjing adalah binatang yang diharamkan, tidak bermakna ia boleh dipukul, dibiarkan kesakitan dan tidak diberi makanan jika dalam kelaparan. Agak menyedihkan apabila ada individu yang cetek ilmu agama dan membuat hukum mereka sendiri. Ia berkaitan dengan status seorang pengguna twitter ini yang melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap orang Melayu yang beragama Islam yang mana tidak mahu memberikan sisa makanan yang ingin dibuang kepada anjing-anjing atas alasan tidak mahu bersubahat dengan perkara haram.


Tak nak subahat dengan perkara haram!
Dalam perbualan lelaki ini dengan seorang pengusaha makanan di sebuah restoran, dia hanya meminta agar diberikan sisa makanan seperti tulang untuk diberikan kepada anjing-anjing yang kelaparan. Tetapi, jawapan yang diterima amat menyedihkan. Entah mana datangnya hukum haram memberi makan kepada anjing! 

Haram sentuh anjing je, bukan haram bagi makan!
Netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang boleh dianggap jahil tentang hukum agama Islam. Bukankah bersedekah itu sangat dituntut dan dengan itu mungkin perniagaannya akan bertambah maju. Masalahnya, bukannya diminta makanan yang elok, tetapi hanya sisa saki baki makanan dan tulang ayam yang sememangnya hendak dibuang.

Kena pergi kelas agama
Oleh sebab itu, netizen menyuruh pemilik restoran itu pergi belajar tentang ilmu agama dengan memasuki kelas atau mendengar ceramah di masjid-masjid. Netizen juga berpendapat, orang sebegitu perlu diperjelaskan terus tentang hukum yang sebenarnya supaya dia tidak keliru atau sememangnya tidak tahu. Jangan biarkan dia berasa dirinya betul sahaja. 

 Netizen pun kena kutuk sebab beri makan kepada anjing
Hakikatnya, masih ramai orang melayu yang beragama Islam begitu prejudis kepada anjing. Mereka memandang serong dan benci bukan sahaja kepada binatang tersebut sahaja, tetapi pada mereka yang suka memberi makan kepada anjing-anjing. 
Apa-apa pun, berbuat baik dan berihsanlah kepada semua haiwan yang ada dimuka bumi ini dengan memberi makan dan merawat jika tercedera. Selagi ia tidak membahayakan, mencederakan kita atau mendatangkan masalah dalam hidup, jangan pula kita memperlakukan perkara kejahatan kepadanya. Setuju tak? - CARI 

19

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 14-11-2018 12:09 PM
Whaa......tt...




Quote umbut 14-11-2018 12:18 PM
Apa salah anjing tu.pakcik ooooiii...
Quote Orgkgdukobesi 14-11-2018 12:19 PM
Whaaaat???
Quote mzzenma 14-11-2018 12:20 PM
Nak educate mcm mana lagi..spotlight sangat kebodohannya

Moga business dia melingkup
Quote PU-ndan 14-11-2018 12:20 PM
biasalah anjing haram ambik untung beribu persen halal. nak tukar toilet seat jamban restoran setahun sekali pun payah, tisu pun kedekut simpan dalam stor. kat mr diy tu toilet seat rm11 tukar sebulan sekali pun boleh cover kos.  


Quote Artemesiaa 14-11-2018 12:41 PM
Ramai je jenis macam ni sendiri pun tak tahu atau tak faham gigih nak menasihatkan orang lain.
Quote prettyuglybabe 14-11-2018 12:54 PM
apakah kisah hasanah versi pecinta haiwan?
Quote fushimi 14-11-2018 01:09 PM
orang zaman batu baru kuar gua kah

Quote serawadurian 14-11-2018 01:24 PM
Eh geram pulak acik! Kao dah kenapa? Bukan minta makanan pun..minta sisa je. Nak jadi org tu biar la berilmu sikit. Kalao ku dapat ku luku luku pakcik tu.
Quote buapakperut 14-11-2018 01:51 PM
baghal nya pakcik, agama ada tapi ilmu takda
Quote RatuDunia94 14-11-2018 01:55 PM
Anjing tu x minta pon dilahirkan sebagai anjing..
Quote Foxey 14-11-2018 01:58 PM
sisa je pun. bukan bagi ayam atau daging yang masih elok. daripada dibuang, baik buat makan anjing. bagi makan je, bukan suruh pegang ke, jauh sekali suruh bela
Quote paz 14-11-2018 01:59 PM
Paz memang pantang kalau orang memandai aja cakap dosa dosa ni.

Ada orang yang Paz kenal, cakap saya tak makan kedai bukan islam sebab nanti susah nak masuk syurga.

Hey tak paham kena buat komen macam tu.
Quote netto_ 14-11-2018 02:53 PM
Ape ke bodo infiniti pakcik sekor ni. Tuhan lg suruh buat baik dgn binatang la. Lg byk pahala.
Quote cyber_mania 14-11-2018 02:58 PM
Cetek nya pemikiran. Xkan bagi makan utk haiwan yg kelaparan pun jadi haram. Kira racist terhadap binatang, boleh? Rasanya owner restoran ni salah pemikiran antara bagi makan anjing dgn bagi makan babi (yg tujuannya utk diniagakan). Entah lah.
Quote ninjago 14-11-2018 03:01 PM
kesiannya konsep halal haram yg basic pun lum lepas lagi nie.. semoga diberi petunjuk la kat peniaga tu.
Quote saviour_09 14-11-2018 03:10 PM
anjing & babi ni macam taboo dah bagi meleis2 ni
pantang disebut
semua bodoh semua haram

Quote realist_13 14-11-2018 06:30 PM
PU-ndan replied at 14-11-2018 12:20 PM
biasalah anjing haram ambik untung beribu persen halal. nak tukar toilet seat jamban restoran setahu ...

On point sangat

Belum lagi kusi meja berdaki ...
Quote meisapoya 14-11-2018 08:57 PM
Yang haram tu, kalau kau berniaga tak bayar zakat/ tipu cukai

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.242750 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top