Seorang bayi lelaki berusia empat bulan terpaksa menanggung derita apabila kaki kirinya bengkak dan menggelembung semasa menjalani rawatan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown.
Muhammad Zain Al Fateh Muhammad Faizal Amri menjalani rawatan tersebut selepas dilaporkan mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan hernia. Harian Metro melaporkan, bapanya, Muhammad Faizal Amri Abdul Ghani, 26, berkata anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) itu terpaksa dipindahkan ke HPP selepas dikenal pasti menghidap penyakit hernia.
Malangnya pemindahan darah terpaksa dilakukan apabila bayi tersebut mengalami tekanan darah rendah. “Anak saya pernah menjalani beberapa kali pemindahan darah sebelum ini ketika dirawat di HSJ dan tiada apa-apa berlaku sepanjang proses berkenaan dijalankan. “Bagaimanapun, kali ini doktor memaklumkan pihak jururawat tersalah memasukkan jarum ke saluran pembuluh darah, sekali gus menyebabkan kaki anak saya membengkak dan menggelembung dengan perkara ini dimaklumkan kepada saya pada 12 tengah malam tadi. “Lebih menyedihkan apabila pihak doktor dan jururawat saling menyalahkan antara satu sama lain. Doktor kata jururawat yang masukkan darah, manakala jururawat pula mendakwa sebaliknya dengan pertengkaran itu berlaku di hadapan saya.” Kisah tersebut tular selepas datuknya, Abdul Ghani Abdul Wahid memuat naik status berhubung keadaan terbabit di Facebook. Muhammad Faizal Amri menambah, “Pihak hospital mendakwa kejadian itu berpunca akibat pergerakan bayi. Bagaimanapun, ketika proses pemindahan itu dilakukan dia masih dalam pengaruh bius selepas menjalani pembedahan hernia. “Anak saya kini masih dalam kawalan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit ekoran beberapa pembedahan dijalaninya. “Bagaimanapun, saya khuatir kesan bius terlalu banyak akan menjejaskan pertumbuhan bayi. “Pihak hospital ada memaklumkan saman boleh dikemukakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Justeru, sebentar lagi saya akan membuat laporan polis dan bercadang untuk mengemukakan tindakan undang-undang ke atas HPP atas kecuaian yang berlaku ke atas anak saya.” Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Wan Mansor Hamzah, menyatakan, “Perjumpaan bersama waris bayi untuk memberi penjelasan mengenai keadaan pesakit sudah dijalankan, hari ini. Waris boleh berhubung secara terus dengan pihak jabatan atau pengurusan HPP sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.” -CARI
|
21
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Atata replied at 14-11-2018 01:29 PM
aku paling menyampah org yg kerja satu team tp depan client salah menyalah satu sama lain. Ingatkan ...
Foxey replied at 14-11-2018 01:42 PM
kesian baby ni. tengok je pun dah rasa sakit. ni kan dia yang merasa nya
ADVERTISEMENT