CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

5 Kisah Benar Yang Perlu Diangkat Ke Layar Filem, Pasti Pecah Panggung!

14-11-2018 01:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 40683| Komen: 364|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Tahun ini, beberapa buah filem berdasarkan kisah benar menjadi bualan hangat di Malaysia. Antaranya Dukun, Pulang, Rise: Inikalilah, Lee Chong Wei dan Tangisan Akinabalu. 


Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap filem-filem ini memandangkan agak jarang bagi penggiat filem Malaysia untuk mengangkat kisah benar ke layar filem, entah kerana masalah hak cipta (seperti Dukun) atau kesukaran untuk mengadaptasi cerita tersebut supaya menepati fakta sejarah.


Kredit foto: Carian Google

Sebagai cabaran, berikut adalah lima idea kisah benar yang perlu diangkat oleh penggiat filem ke layar perak. Pasti pecah panggung!


1. Kisah Seorang Biduanita: Azean Irdawaty



Kredit foto: Kosmo!

Seniwati Azean Irdawaty mula mencipta nama dalam dunia perfileman pada akhir tahun 1970-an. selepas membintangi filem arahan Tan Sri Jins Samsudin bertajuk Esok Masih Ada di mana beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia yang pertama (FFM1)  pada tahun 1980. 

Beliau juga menerima anugerah sama pada FFM2 (1982) menerusi filem Langit Petang. Filem-filem lakonannya yang lain termasuklah Layar Lara, Baginda, Bintang Malam, Perempuan dan beliau sangat sinonim dengan watak sedih, tragis dan bernasib malang. Selain popular sebagai pelakon, beliau juga pernah merakamkan lagu.

Sayangnya, kecemerlangan Azean di layar perak tidak seindah kisah hidupnya. Beliau disahkan menghidap penyakit kanser payudara dan akhirnya meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi pada 17 Disember 2013. Beliau meninggalkan suami dan tiga anak, salah seorang daripadanya Khaeryll Benjamin (Benjy), seorang pelakon yang terpalit isu penyalahgunaan dadah.

Life imitates art. Sangat ironi bila seorang aktres yang paling berjaya menghidupkan watak duka-lara ternyata melalui perjalanan yang sama dalam kehidupan sebenar.


2. Tragedi Bumi Berdarah Di Tanduo: Lahad Datu 2013


Kredit foto: Astro Awani

Kisah benar yang menonjolkan keberanian barisan pertahanan negara apabila seramai 235 penceroboh bersenjata dari Filipina telah mendarat di Tanduo, sebuah kampung pesisir pantai di Lahad Datu, Sabah pada 2013. 

Kumpulan yang mendakwa dihantar Sultan Jamalul Kiram III itu menuntut tanah Borneo Utara sebagai sebahagian daripada wilayah mereka.

Detik 1 Mac 2013 menyaksikan bermulanya pertumpahan darah di bumi Lahad Datu apabila penceroboh bersenjata itu telah membunuh dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kejam. Barisan pertahanan Malaysia kemudiannya membalas serangan tersebut setelah rundingan secara aman gagal dan bermulanya perang paling besar di tanah Malaysia pasca kemerdekaan yang menguji kehebatan tentera kita.

Ditambah dengan pelbagai kekejaman penceroboh yang sadis dan tragis, mengungkapkan sejumlah tanda tanya; Adakah mereka di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam? Klimaksnya, pasukan pertahanan kita berjaya mengusir gerombolan penceroboh, walaupun melibatkan kematian di kedua-dua belah pihak.


3. Kupu-kupu Malam: Skandal Artis Kelas Atasan


Kredit foto: The Star

Kisah yang menggemparkan dunia seni pada tahun 2000 apabila empat artis terkenal didakwa menjadi pelacur kelas atasan. Dalangnya? Seorang bekas penerbit rancangan televisyen bernama Haslinda Merican dan seorang bekas perunding kewangan, Mohd Amin Jamadiyang menjadi ibu dan bapa ayam, perantara kepada artis-artis perempuan tersebut dengan pelanggan kelas atasan mereka.

Kes befprofil tinggi itu menjadi buah mulut majalah dan ruangan gossip; Siapakah empat artis tersebut? Ruangan mahkamah penuh sesak setiap kali perbicaraan berlangsung dan gosip serta berita panas sentiasa menjadi bualan peminat seni. Akhirnya, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah mengikut Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000.


4. Anwar Ibrahim: The Untold and The Unknown 


Kredit foto: The Australian

Dari lantai penjara dan kini bakal menjadi orang nombor satu dalam pentadbiran negara, kisah hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya penuh dengan dugaan dan tragedi. Dari seorang pemimpin pelajar, beliau menjadi pemimpin politik, dan ketika berada di kerusi nombor dua negara, beliau terpalit skandal demi skandal yang akhirnya melahirkan sebuah parti politik yang terpaksa dipimpin sementara oleh isterinya ketika beliau meringkuk dalam penjara. 

Lebih 10 tahun kemudian, beliau kembali dengan bergaya. Memenangi pilihanraya kecil yang dibubarkan khas buatnya, beliau layak bertanding selepas mendapat pengampunan diraja.

Persoalan bagi semua pihak adalah; adakah beliau akan menjadi pemimpin yang sama seperti dahulu sebelum ditahan atau adakah gaya kepimpinannya akan berubah kelak selepas menjadi Perdana Menteri (PM)? Juga di benak fikiran para skeptikal, adakah tuduhan dan skandal beliau selama ini benar?

 
5. Rosmah Mansor:  The Politician's Wife


Kredit foto: Says

Sekitar tahun 1960-an dan 1980-an, Ferdianand Marcos adalah pemimpin terulung di Filipina. Ketika beliau mula-mula dilantik menjadi Presiden, Filipina adalah negara membangun dengan ekonomi yang tumbuh pesat. 

Tapi, dalam 20 tahun pemerintahan Marcos, apa yang berlaku adalah kemiskinan, kehilangan nyawa, konflik ketenteraan dan krisis ekonomi. Watak sampingan dalam kisah Marcos adalah isterinya Imelda Marcos yang hidup dalam kemewahan di saat rakyatnya menderita. 

Persis kisah pasangan Marcos, isteri kepada bekas PM Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa hidup serba mewah dengan gaya dandanan rambutnya khas, dikatakan mengumpul sejumlah kekayaan luar biasa. 

Sejurus kekalahan Najib dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mata rakyat jelata terbeliak apabila rampasan di kediaman mereka mendedahkan lebih RM1 billion dalam bentuk beg tangan berjenama, wang tunai, jam tangan dan barang kemas.

Jika kisah-kisah ini diangkat ke layar perak, siapakah cadangan anda untuk watak Azean, DS Rosmah, Haslinda Merican dan DS Anwar Ibrahim? Siapakah pula yang sesuai untuk membawa watak hero-hero Tanduo? - CARI
22

Bagus
22

Marah
25

Terkejut
24

Sedih
26

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (142 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:24 PM

Rosnah Mat Aris =  Rosmah Mansor
Quote sigur/ros 14-11-2018 01:24 PM
watak Rosmah tu Zila Bakarin.

lain-lain nnt iolsss pikir.
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:25 PM


Remy Ishak = Anwar Ibrahim
Quote RatuDunia94 14-11-2018 01:26 PM
Terkejut mula ingatkan nk suruh Arwah Kak Yan lakonkan watak Kak Mah.. ye lah sbb muka seiras. Ampunnn..
Quote babydoll 14-11-2018 01:26 PM
klo yg no.2 tu buat movie, mesti i nangis2 kalau tgk. baca news dlu pun i dah nangis. tak leh la..sedih sgt apa jadi kt mereka yg kena bunuh tu
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:26 PM


Umie Aida = Haslinda Merican
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:27 PM

Lisa Surihani = Azean
Quote September14 14-11-2018 01:27 PM
Sang_Pencinta replied at 14-11-2018 01:26 PM
Umie Aida = Haslinda Merican

Klu pkai rmbut kembang ada iras kakmah umi ni...
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:28 PM
RatuDunia94 replied at 14-11-2018 01:26 PM
Terkejut mula ingatkan nk suruh Arwah Kak Yan lakonkan watak Kak Mah.. ye lah sbb muka seiras. Ampun ...

Kalau Kak Yan masih hidup, pasti hidup watak Kak Mah tu kan??
Quote Iris. 14-11-2018 01:35 PM
rosmah selayaknya untuk zila bakarin je
mesti menjadi 99%
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:39 PM
Sesuai ke Zila dengan Kak Mah??
Quote lasagna 14-11-2018 01:44 PM
yesss iols setuju kalau hakaq zila bwk watak kak mah!
perfectly ada gaya seiras uols!
Quote budakshinchan 14-11-2018 01:47 PM
cite pasal Norizan pon menarik..  mcm mana dari seorang Permaisuri Perak boleh tinggalkan Istana utk merebut cinta seorang pelakon/penyanyi bernama P.Ramlee.. perkahwinan gagal.. Norizan di abaikan P.Ramlee ketika nama beliau  dan karier melonjak naik.. di tambah plak ngan kehadiran Saloma dlm hidup P.Ramlee menambah derita Norizan..  

Tajuk Filem  : Tidurlah Permaisuri
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 01:52 PM
budakshinchan replied at 14-11-2018 01:47 PM
cite pasal Norizan pon menarik..  mcm mana dari seorang Permaisuri Perak boleh tinggalkan Istana utk ...

Kisah hidup pengarah Yasmin Ahmad pun best


Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 - 25 Julai 2009) merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.


Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.


Beliau yang satu ketika dilabel sebagai pencemar budaya seringkali dilanda kontroversi. Beliau sering dikritik di dalam negara kerana memaparkan adegan yang dikatakan menyimpang dari hadis dan budaya Islam di Malaysia, seperti mencukur kepala wanita[11][12], sedangkan perbuatan itu bagi wanita dilarang walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji.


Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika mengadakan pertemuannya dengan penyanyi Siti Nurhaliza dan suami, Khalid Muhammad Jiwa bagi membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3. [4]Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum.[5]

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.[6] Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.[7]
Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009,[8] pukul 11.25 malam.[9]



Quote teen_angelJB 14-11-2018 01:52 PM
Teruja nk tgk cite rosmah..
Tp kite x mcm holiwood..
Xde spe yg berani amik.risiko buat cite dia..kang naya je jin peliharaan kak mah dtg menganggu..hehehe..
#gurauje
Quote Temenung 14-11-2018 01:56 PM
DS Anwar abam Faizal hussein boleh
Quote mieymiey 14-11-2018 02:04 PM
Kalau ada cerita pasal Rosnah Mat Aris, bolehlah ambil blogger Nisha Ezzati tu jadi Rosnah masa muda.
Quote putehkundor 14-11-2018 02:09 PM
remy sesuai berlakon jadi mama juwie, wartawan hiburan paling tersohor
Quote tikusmontok 14-11-2018 02:12 PM
lasagna replied at 14-11-2018 01:44 PM
yesss iols setuju kalau hakaq zila bwk watak kak mah!
perfectly ada gaya seiras uols!

Me setuju juga

Lihat semua komen(364)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062323 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top