Pernah tak suatu hari anda mungkin sudah bosan untuk menjamah makanan ruji kita iaitu nasi, mi dan sebagainya. Rasa macam nak makan roti - roti pula tapi sedikit berlauk. Sandwich? mungkin anda bosan juga dengan resipi sandwich telur, jadi anda patut cuba buat roti sardin.
Namun untuk menyedapkan lagi resipi roti sardin ini, ada 'trick'nya juga tau! Jom kita tengok cara membuat roti sardin 'confirm' ketagih ini. Bahan - bahan: 1. sardin 1 tin 2. cili padi 3. bawang merah untuk menumis 4. serbuk lada hitam 5. susu full cream 6. mentega
7. roti buku Cara-Cara: A. Buat inti sardin Pertama sekali, buat inti sardin. Tumis bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan sardin dalam kuali. Untuk menambahkan kuah, boleh letak sos tomato sedikit. Sambil kacau, hancurkan isi ikan. Masukkan garam dan lada hitam sebagai perisa. Ketepikan. B. Lenyek Roti Sementara tunggu inti sardin sejuk, ambil sebuku roti dan lenyekkan satu persatu. Boleh pakai cawan. Mudah kan? Tujuannya adalah untuk roti jadi lebih padat, tak mudah terlerai dan tak serap minyak. C. Letak Inti Kemudian masukkan inti yang dimasak tadi ke dalam roti. Kelim roti tu di tepinya supaya inti tak terkeluar. Pakai garfu je tau. D. Celup Telur dan Goreng. Siap! Pecah telur dan tambah susu full cream dan mentega sedikit. Lemak dan sedap tau! Celur roti ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak. Sedia dihidang. Siap! boleh dijamah sebagai minum petang, kanak kanak pasti suka. Memang 'terangkat' dibuatnya! -CARI Kredit Resipi : Sirap Limau
|
22
Bagus |
24
Marah |
25
Terkejut |
20
Sedih |
25
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT