CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Patung Barbie Berharga Mencecah Ribuan Ringgit, Dah Boleh Beli Sebuah Kereta

16-11-2018 12:25 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5799| Komen: 26|Original author: Oleh: bawangkecik

Ketika anda kecil, adakah anda mempunyai patung kegemaran seperti Barbie atau patung beruang dan sebagainya? Jika ya, barangkali barang permainan tersebut sudah reput ditelan zaman ataupun sudah hilang. Tetapi bagi pengumpul atau 'collector' barang antik, anda mungkin akan tertarik dengan koleksi patung Barbie yang hampir mencecah puluhan ribu ringgit ini.

Jom kita lihat senarai patung Barbie yang 'super' mahal ini!

1. The Original Barbie
Patung barbie pertama kali dikeluarkan pada tahun 1959. Ianya mula dijual hanya pada $3 ketika mula pengeluaran. Kalau anda nak tahu, Barbie itu sebenarnya adalah nama kepada pemilih patung ini. Patung original Barbie ini mempunyai kaki yang boleh dibengkok dan mata yang boleh berkelip-kelip.
Kini harga patung ini dibida pada jumlah $27,000. Kalau anda peminat tegar dan tak mampu, anda boleh cari di ebay dengan harga $6,000.


 

The original Barbie
2. The Pink Splendor Barbie
Dikeluarkan pada tahun 1996, patung ini dijual pada harga $900. Antara patung Barbie termahal pernah dikeluarkan oleh Mattel. Hanya 10,000 model patung ini dikeluarkan dan mempunyai nombor siri yang tersendiri. The Pink Splendor didatangkan dengan gaun sutera panjang, seluar dalam sutera, rambut didandan secara menegak dan pakaiannya dihias terperincin dengan butiran 'rhinestone'. Patung ini boleh didapati di ebay dengan harga kira - kira $250 - $ 500.

The Pink Splendour Barbie
3. Stefano Canturi Barbie
Model ini merupakan patung Barbie yang paling berharga pernah dihasilkan. Dijual dengan harga kira kira $300,000, ianya sangat berharga kerna Stefano Canturi iaitu pereka barang kemas dari Australia mengambil masa 6 bulan untuk mereka bentuk patung yang memakai barang kemas sebenar bernilai $300,000. Patung ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan dijual dengan harga $302,500.

Stefano Canturi Barbie
4. Pink Jubilee Barbie Doll
Model Barbie ini boleh diklasifikasikan sebagai esklusif kerana hanya dikeluarkan sebanyak 1,200 model dan dikeluarkan hanya untuk tetamu yang hadir sempena Majlis meraikan ulang tahun yang ke-35  penghasilan patung Barbie. Patung ini boleh dijual dengan harga sekitar $1,200 hinga $3,000.
Pink Jubilee Barbie Doll
5. The Carol Spencer Holiday Barbie
Carol Spencer merupakan pereka bentuk patung Barbie yang telah berkhidmat sejak tahun 1960. Beliau mereka bentuk patung Barbie hampir 30 tahun. Patung ini dijual dengan harga $30,000.

The Carol Spencer Holiday Barbie
6. The Calvin Klein Barbie
Model Calvin Klein in dihasilkan pada tahun 1996, dengan harga $500 hinggan $1,000. Model ini bercirikan tahun 90-an dan didatangkan dengan beg silang dan windbreaker. Patung ini juga memakai seluar dalam Calvin Klein!

The Calvin Klein Barbie
7. NASCAR #94 Barbie
NASCAR #94 ini diinspirasikan daripada pemandu kereta NASCAR Bill Elliot. Dijual dengan harga $2,200, ianya dikeluarkan pada tahun 1999. Model ini juga telah disponsor oleh Mc Donalds.

NASCAR #94 Barbie
8. American Girl Barbie
Pada mulanya , Mattel menamakan patung ini sebagai Bendable Leg Barbie, namun namanya ditukar oleh pengumpul sebagai American Girl Barbie pada tahun 1965. Kakinya boleh dibengkok-kan dan didatangkan dengan dua rupa solekan yang berbeza. Harga? $1,300 setiap satu.
American Girl Barbie
9. Medusa Barbie
Medusa Barbie ini menurut Mattel disasarkan untuk pengumpul anak patung dewasa. Yalah, pastinya anda tidak mahu mebazir $1,500 dan biarkan anak anda musnahkan patung ini kan? lihat sajalah perincian yang dihasilkan, sungguh menarik. Patung Medusa Barbie ini dikeluarkan pada tahun 2008 dan hanya 6,500 model dikeluarkan.

Medusa Barbie
10. The City Smart Silkstone Barbie
Model ini dikeluarkan pada tahun 2003, dan dijual dengan harga $3,000. Keunikan patung Barbie ini ianya hanya dikeluarkan sebanyak 6,000 unit dan sempena Barbie Fashion Model Collection, baju yang dipakai oleh patung ini hanya khas untuk bodel ini sahaja. Wow, fancy.

The City Smart Silkstone Barbie
11. Marie Antoinette Barbie

Model ini dijual dengan harga $2,000 dan dikeluarkan pada tahun 2002. Kepalanya boleh ditanggalkan juga. 

Marie Antoinette Barbie

12. Chataine Barbie
Chataine Barbie dihasilkan pada tahun 2002, ianya dijual dengan harga $1,150. Model ini juga mempunyai perhiasan bulu binatang aslinya yang tersendiri!

Chataine Barbie
13. The Christie Doll
The Christie Doll merupakan patung Barbie pertama yang berulit hitam. Dikeluarkan pada tahun 1968, kotaknya juga boleh mengeluarkan suara yang berbunyi "You never know what she'll say next". Patung original model ini boleh didapati dengan harga $100 hingga $900. Namun,kalau yang betul betul berharga, rambut Christie haruslah berwarna hitam berbanding merah kerana tindak balas kimia.

The Christie Doll
 Banyak lagi koleksi Barbie yang menarik dan mencecah ribuan ringgit seperti Original Ken iaitu teman lelaki Barbie yang mencecah $500 dan banyak lagi. Amacam? Boleh simpan dah koleksi Barbie anda, mana tahu boleh mencecah ribuan ringgit di kemudian hari. -CARI
17

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 16-11-2018 12:34 PM
cantiknya.. manusia pun obses nak
jadi Barbie..
Quote dua_chzy 16-11-2018 12:41 PM
Edited by dua_chzy at 16-11-2018 12:44 PM

Nigga habis rupa first black Barbie berbanding patung versi sekarang.

61zBMfm0d-L.jpg
Quote Artemesiaa 16-11-2018 12:42 PM
Sesetengah orang suka beli koleksi terhad sebegini sebab mereka tahu harganya akan meningkat tinggi bila dijual semula dikemudian hari
Quote pearl.silver 16-11-2018 12:49 PM
Kakak umi nazira mesti ada semua collection ni
Quote judicata 16-11-2018 01:17 PM
medusa barbie is gorgeous!! tp harga nya mak aih.
Quote Foxey 16-11-2018 01:24 PM
my mum tak penah belikan barbie masa kecik,  my parents bought me lots of books instead. so tak penah merasa main dengan patung barbie nih

kalau dah limited edition, mesti harga mahal kan?
Quote shernazz 16-11-2018 01:40 PM
judicata replied at 16-11-2018 01:17 PM
medusa barbie is gorgeous!! tp harga nya mak aih.

Iols pon suka medusa tu
Mekapndia stunning sgt
Quote buapakperut 16-11-2018 01:44 PM
Edited by buapakperut at 16-11-2018 08:25 AM

kakak2 iols semua keje kilang mattel zaman 90'an. balik kg dorang bawakkan patung barbie dan kete hot wheel special edition. iols ingat barbie kesayangan iols satu pakai dress putih halter neck penuh batu dan glitter. satu lg rambut blonde  pakai dress sweetheart buat dari guni plastik hitam, siap ada sarung tangan mcm audrey hepburn. barbie ken dgn barbie budak pun ada
0fd361417ddfb0de28f6928109eb1a1f.jpg 311a5ea853f3998650989f5738b7368a--barbie-doll-vintage-vintage-barbie-clothes.jpg
Quote ctaz 16-11-2018 02:33 PM
barbie ni kalau tak silap....mahal bukan sebab patung nyer....
tapi sebab rekaan pakaian dan jenis kain yg digunakan....
Quote dani-rox 16-11-2018 03:10 PM
yg Medusa tuh cantek.
Chataine pun gojes... sekali tengok mcm pakai kebaya inspirasi utk Raya Spring/Summer Haute Couture 2019/2020 hahaha
Quote mieymiey 16-11-2018 03:28 PM
Ramping naw pinggang memasing
Quote puanbintang 16-11-2018 04:13 PM
canteknya, teguk air liur nak membelinya
Quote manjalara_01 16-11-2018 09:50 PM
teringat ni



Quote salmon-suki 16-11-2018 10:18 PM
dua_chzy replied at 16-11-2018 12:41 PM
Nigga habis rupa first black Barbie berbanding patung versi sekarang.

Y ni lawa lerrrr...ape nama barbie ni?
Quote salmon-suki 16-11-2018 10:19 PM
Dlm byk2 barbie ni medusa barbie je y nampak lawa gitu..y lain2 biasa je
Quote nurul_akmar 16-11-2018 10:23 PM
Stefano Canturi Barbie - superb betul
Quote dua_chzy 16-11-2018 10:24 PM
salmon-suki replied at 16-11-2018 10:18 PM
Y ni lawa lerrrr...ape nama barbie ni?

Tatau uol. Ai google jah.
Quote dua_chzy 16-11-2018 10:24 PM
buapakperut replied at 16-11-2018 01:44 PM
kakak2 iols semua keje kilang mattel zaman 90'an. balik kg dorang bawakkan patung barbie dan kete ho ...

UNTUNGNYA!
Quote clarizsa 16-11-2018 10:24 PM
Itulah collectors items

i pun ada koleksi yg i minag wpun x mahal
Kumpul byk2, mati nnti xtau apa jadi

Kalau boleh bawa masuk kubur best gak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.106800 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top