CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mustahil Dapatkan 100K Itu Tapi Saya Berjanji Akan Bayar"

16-11-2018 01:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5223| Komen: 30|Original author: Oleh: Azza




Lelaki yang dibuktikan bersalah menyebarkan filem Munafik 2 di media sosial ketika ia masih di tayangkan di pawagam, Muhammad Izwan Shah atau dikenali dengan nama Sasuke Sun akhirnya meminta maaf secara terbuka di Facebook. Kenyataannya dibuat kerana telah menyesal akibat tidak mendengar nasihat daripada pihak Skop Production serta berdegil membiarkan filem tersebut ditonton percuma oleh ramai netizen.

Biarpun terpaksa bekerja keras sepanjang hayat untuk membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 sebagai ganti rugi, namun Izwan tetap bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara. Dalam masa sama, Izwan turut menasihatkan netizen lain mengambil iktibar yang terjadi kepada dirinya akibat tidak menghormati hak cipta intelektual.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Carian Internet

Menyorot kembali kisah bagaimana Sasuke akhirnya disiasat kerana dia berdegil untuk terus mempertahankan haknya bagi menayangkan filem tersebut di beberapa grup media sosial. Malahan lelaki ini juga sempat bersoal jawab dengan Syamsul Yusof sendiri bahawa dia tidak gentar untuk dikenakan sebarang tindakan.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Setelah beberapa kali siri amaran dikeluarkan namun tidak diendahkan oleh Sasuke ini, pihak Skop Production akhirnya mengambil tindakan ke muka pengadilan dan dengan bukti kukuh, Sasuke akhirnya berjaya dibuktikan bersalah.

Hal ini membuatkan netizen berasa ia adil kerana perlu supaya memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana bahawa adalah salah untuk menyebarkan hak intelek. Namun, apa yang mengejutkan ialah betapa berbezanya penampilan pesalah sebenar dengan kata-kata ganas yang ditaip di media sosial. Ini menunjukkan bahawa ramai 'keyboard warrior' hanya berani di alam maya sahaja berbanding di dunia realiti.



"Nilai 100K itu teramatlah besar bagi orang biasa macam saya. Mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun."

Kerana keangkuhan dan kedegilan untuk meminta maaf, seorang lelaki terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal. Jadi netizen di luar sana diharapkan beringat dan tidak membuat kesilapan seperti ini. Jika tidak bersedialah menghadapi akibatnya. - CARI
9

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 16-11-2018 01:57 PM
nasi dah jadi bubur bro..dah dibagi amaran pun degil bonar..langsi lagi..
bayarlah ansuran kat Dato Yusof dan anaknya Sol..
Quote Orgkgdukobesi 16-11-2018 02:05 PM
Biasalah manusia....selagi boleh menongkat langit,  penuh dengan egonya.... bila dah jatuh terduduk dan sedar betapa kerdilnya  kita ini.jangan sombong tak bertempat.

Ingat, iblis dihalau dari syurga kerana kesombongannya. Manusia di dunia ni pulak,  belum apa apa dah sombong giler,  jadi  macamana nak cium bau syurga .  Peringatan kepada diri sendiri jugak nih.
Quote zuuu 16-11-2018 03:09 PM
Dah diberi warning 2 nape la ko x ikut je ckp dyorg ni xpasal2 kena bayar rm 100 k...saja cari masalah
Quote mieymiey 16-11-2018 03:11 PM
Ini la balasan akibat degil.
Orang dah tegur, tetap takmo dengar.
Last-last mendapatlah.
Quote besarkecik 16-11-2018 03:13 PM
Handsome samsol ni
Quote mdhelmi 16-11-2018 03:40 PM
deposit 1k usd pastu growkan sampai 25K usd
dah setel RM100,000

opss.....
Quote ufc214 16-11-2018 04:56 PM
Buat loan dgn bank rakyat je rm100k dlm tempoh 10 tahun settle la.. tu la.. jgn mengambil hak org
Quote missinpiece 16-11-2018 05:20 PM
Yg hari tu dia ketegaq sgt ti kenape? Kan dah mendapat
Quote shernazz 16-11-2018 05:39 PM
Mesti dia x sangka syamsul boleh bawa sampai ke court...
Padan muka
Mula la buat ayat kesian..muka mintakmaki
Quote makita 16-11-2018 05:43 PM
Time ni la nk igt mak ayah. Bila org tu nasihat elok2 ....duk poyo len mcm. Rasakan!
Quote moocoww 16-11-2018 05:51 PM
Keras kepala lagi.kan dah mendapat..100k tu boleh buat byk benda bro oiii
Quote batmana 16-11-2018 06:45 PM
aku rasa sasuke ni berlakon ngn samsul ler

byk lagi website download munafiq ni
free download aja, takde sorg pn kene

takat fb, apala sgt.

cm pencuri movie tu, aman2 aja bagi donlod
Quote 234126 16-11-2018 09:07 PM
Edited by 234126 at 16-11-2018 09:10 PM

Betul la tu. Muka dengan cara reply tak sepadan. Dah elok syamsul cakap, dia gelak2 pulak mengejek. Lagi la sakit hati. Now cari la 100k tu. Rasakannnnnn.

Now baru budak2 muda nak bukak mata yang isu hak cipta ni memang boleh menang di court bukan boleh dibuat main2. Belajar bagi tinggi sikit hal ehwal negara apa yg salah apa yg tak sebelum nak menjawap/bodohkan diri in public
Quote kroit92 16-11-2018 09:12 PM
macam mana tengok movie kat facebook ni?
dah lama delete facebook, tak ingat dah nak guna nye camane
Quote armin 17-11-2018 12:06 AM
Padan muka. Berlagak lagi
Quote RatuDunia94 17-11-2018 12:38 AM
Bodohnya.. once tuan punya filem yg komen surhh padam tu maknanya mmg serius lah permintaan tu.. tetap berdegil.. mmg CASHHHH la..
Quote RatuDunia94 17-11-2018 12:40 AM
Oh btw MOSTLY yg berani n acah2 gangster or cool n funny kaf media social ni, bila jumpa jat luar mmg 360 sgt dgn apa yg dipaparkan dlm media social.. ramai dh yg iols jumpa gini. Kat luar pendiam n skema. Tp kat fb kemain lagi geletis.m
Quote faraway1 17-11-2018 04:32 AM
bodoh sombongnya dia..
Quote NamaKuMawar 17-11-2018 08:45 AM
Tula..org dah tegur elok2..berlagak sgt kan..kan dah kena..pastu nk buat ayat2 kesian plk..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081998 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top