Siasatan polis mendapati bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia.
Memetik BH Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, ugutan bunuh dalam bentuk panggilan telefon itu dilakukan saudara terdekatnya. “Kita sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu (ancaman) namun ia tidak termasuk dalam siasatan kes bunuh yang dijalankan pada masa ini. “Dia (Allahyarham Nazrin) juga sudah menarik balik laporan polis berkenaan,” katanya. Menurut Mazlan, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat kedua ke atas Nazrin yang dibuat pada 8 Oktober lalu.
“Laporan berkenaan berkemungkinan mengambil masa agak panjang untuk disiapkan dan kita (polis) tidak mahu mendesak atau mengganggu pasukan perubatan melengkapkan laporan mereka. “Biarlah mereka, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)perhalusi laporan itu dan dibuat dengan sempurna sehingga kita dapat pastikan laporan berkenaan adalah satu laporan dan kajian yang mantap,” katanya. Pada 14 Jun lalu, Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kota Damansara akibat letupan telefon bimbit yang dicaj dalam bilik tidurnya, namun polis kemudian mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh selepas menemui kesan petrol di bilik tidurnya. Jenazah Allahyarham digali dan dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di PPUM pada 8 Oktober lalu bagi membantu siasatan berhubung kes atas permintaan adiknya, Dr Malek Hassan. - CARI
|
18
Bagus |
24
Marah |
21
Terkejut |
25
Sedih |
18
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 16-11-2018 10:13 AM
Kan dah ada pasal ni kat thread arwah yg sedia ada
Buka thread byk2 buat pe
riyadhK replied at 16-11-2018 06:23 PM
Nak link thread sebelum ni uols
sukacactus replied at 16-11-2018 09:26 PM
Smlm ada lg threadnya, aku siap komen pasal perkembangan terbaru ni kat situ lg
Tp arini selak bl ...
CiliPadiSedap replied at 16-11-2018 11:05 AM
kalau tengok csi miami, 2 episod je polis dah dapat cari pembunuhnya. hakikat sebenar csi post morte ...
ADVERTISEMENT