CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Budak Baru Jangan Poyo Dengan Budak Lama" - Waris Tak Sindir Ben Ladin

16-11-2018 03:20 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 11289| Komen: 69|Original author: Oleh: Ain

"Ingin saya jelaskan maksud lagu tersebut bukan untuk penyanyi remaja itu."

Lagu terbaru Waris berjudul Artifisial sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila liriknya dikatakan kurang senang didengari.


Terbaru, timbul pula desas-desus kononnya lagu itu ditujukan kepada Ben Ladin.


Kredit foto: IG Ben Ladin

Waris, 28, bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Dia sebaliknya menyatakan lagu itu bersifat umum. 

"Ada yang komen di YouTube kata saya sindir Ben Ladin. Saya dah kenal Ben sejak tujuh tahun lalu.


"Dia banyak belajar dengan saya dan kami dah kenal hati budi, jadi lagu itu dicipta bukan untuk menyerang dia.

"Lagu ini merupakan sindiran terbuka untuk rapper wanna be yang tak ada bakat tapi cuba-cuba nak terjun dalam muzik ini, siapa orangnya? Biarlah pendengar terus meneka!" katanya kepada mStar Online.



Dalam masa sama, Waris mengingatkan bakat baru dalam muzik hiphop supaya menghormati artis senior yang telah lama memperjuangkan genre itu.

"Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat.

"Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.

"Kita dulu buat muzik susah, bukan naik cara senang. Kena lalu dari bawah, tak boleh main belasah dan mengaku diri rapper," katanya.


Kredit foto: IG Waris

Bercerita mengenai lirik lagunya, Waris mengakui ia kedengaran agak kasar dan lucah.

"Sebelum video muzik dimainkan kita dah maklumkan bahawa ia untuk pendengar dengan bimbangan ibu bapa kerana kita sedar ada sesetengah lirik bunyinya kasar.

"Tapi ia bukan berunsur lucah, sebaliknya memiliki maksud mendalam sebagai kiasan dan tidak menghina mana-mana golongan.

"Lirik berbentuk sindiran itu perkara biasa dalam muzik rap, cuma tengoklah siapa terasa. Buat masa ni belum ada yang balas lagi," katanya.

Katanya, Waris akan muncul dengan lagu baru berjudul Balik Kampung. Mungkingkah liriknya juga bakal mengandungi sindiran kepada mana-mana pihak? - CARI


24

Bagus
34

Marah
32

Terkejut
37

Sedih
22

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (184 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 16-11-2018 03:32 PM
Buat masa ni belum ada yang balas lagi


Memang tujuan dia nak buat orang tu terasa kemudian orang tu balas balik dengan lagu?
Kesian ko, terpaksa mencari publisiti dengan cara murahan cenggini.
Iols tak pernah minat Waris ni.
Quote kucingitam 16-11-2018 03:46 PM
lagu utk rapper wanna be yang takde bakat? lagu kau pun tah pape..
eh so yesterday la rapping ni...tu zaman2 4u2c blh la..
Quote Nonones 16-11-2018 03:55 PM
eh helooo helooo helooo waris, kau ingat kau je org nak kena respect. sama2 cari rezeki makan ikut jalan yg sama, sama2 la share sorg sikit. duhhh! kau lah yg poyo!
Quote SuriNate 16-11-2018 04:00 PM
Quoting Remy Ishak... celah mane tah ko punya bakat tu Warisannnn
Quote AbukRokok 16-11-2018 04:21 PM
ko budak darjah 3 hormat skit budak darjah 5
Quote chikumanis 16-11-2018 05:00 PM
"Budak-budak baru jangan nak poyo dengan budak lama. Jumpa orang lama tolong hormat.

"Kita dah lama perjuangkan muzik ini supaya orang tak salah faham. Ada benda boleh buat, ada benda tak boleh.


bro, joe flizzow, nico, 4u2c, kru n so on so on rappers dolu kala pun takde nak cakap mcm ni bro...

ekau osahla lolobih bonar...duk dendiam situ dahla..
Quote myakayina 16-11-2018 05:05 PM
chikumanis replied at 16-11-2018 05:00 PM
bro, joe flizzow, nico, 4u2c, kru n so on so on rappers dolu kala pun takde nak cakap mcm ni bro ...

kann..otai2 lain elok je ..takde nak poyo bonar..
Quote fixit 16-11-2018 05:06 PM
rapper wannabe yg takde bakat? who dat?
Quote cHimo 16-11-2018 05:27 PM
Boring gila kekunun orang lama nak minta kena hormat... orang nak jadi rapper pun hak dia laa... bukan ada kacau hidup siapa2 pun... nampak sangat siapa yang poyo kat sini..
Quote besarkecik 16-11-2018 05:58 PM
Kau pun belum sampai tahap kumpulan Nico lagi.
Quote kroit92 16-11-2018 09:03 PM
biasa la ni adat diorang rapper

yang ni gaduh dengan tu, lepas tu balas-balas gaduh melalui lagu

kami orang biasa tengok dari tepi minum teh cicah biskut jee
Quote nipskacang 16-11-2018 09:09 PM
Waris &  altimet ni same poyo.  Same2 rappers,  chill2 dah la
Quote aammyy 16-11-2018 09:28 PM
fixit replied at 16-11-2018 05:06 PM
rapper wannabe yg takde bakat? who dat?

Takkan ameliath kot?
Quote tagas 16-11-2018 09:48 PM
ekaw pon budok baru la wareh

colah mano ekaw nih org lamo

acah2 otai konon

4u2c kru nico tu baru bleh

di kato kan otai org lamo hokeyy

sodar diri ekaw tu skek
Quote gerbera.memopad 16-11-2018 11:18 PM
Kira lagu diss la ni eh?

Diss track ni memang biasa di kalangan rappers barat. Saling balas-membalas, hina-menghina gitu. Luar dalam kena caci. Tp rappers tempatan kalau nak buat tak payah la, cringe jer.
Quote gerbera.memopad 16-11-2018 11:18 PM
Apa pun, meski tak sokong Waris ni, tetap la aku menyampah dgn budak Ben Ladin tak tahu bendara Malaysia ni yach.
Quote fixit 16-11-2018 11:49 PM
aammyy replied at 16-11-2018 09:28 PM
Takkan ameliath kot?

Aku syak kalau bukan benladin, zynakal lagu terbang.
Quote aammyy 16-11-2018 11:52 PM
gerbera.memopad replied at 16-11-2018 11:18 PM
Kira lagu diss la ni eh?

Diss track ni memang biasa di kalangan rappers barat. Saling balas-memba ...

Rappers tempatan kalau buat pun bila interview, deny. Err
Quote Remyda 17-11-2018 12:11 AM
Oic
Waris Begitu berbakat.  Celah mana berbakat???
Otai lama pun x de nak membangga diri mcm ko.
Chill sudah. Masing2 cari makan bidang sama. Ko dah kenapa

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.375987 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top