CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kalau Tiba-Tiba Mati, Apa Nasib Kami Nanti?"-Ustazah Buntu Cari Pemilik Sebenar Wang RM300

16-11-2018 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6090| Komen: 55|Original author: Oleh: Myra Rozi

Usaha seorang ustazah yang buntu untuk menjejaki seorang lelaki yang tersilap memasukkan wang ke dalam akaun syarikat suaminya memaksanya untuk memohon bantuan dari netizen.

Menurutnya pada Pada 6 September, pemilik akaun bank bernama Mohd Redha Mohd dikatakan telah memasukkan wang dipercayai untuk ibunya berjumlah RM300 ke akaun syarikat suami ustazah tersebut yang dikenali sebagai Fatimah Salma Mohammed.

Suami Fatimah hanya menyedari tentang perkara tersebut selepas menerima penyata akaun baru-baru ini.


Foto: mStar Online
"Suami saya pergi bank bertanya tetapi bank tak dapat bagi maklumat kerana menurut kakitangan di sana transaksi dibuat di mesin ATM.

"Kata pihak bank, kena tunggu individu itu menuntut wang tersebut kerana pihak bank tidak boleh berikan butiran pelanggan, tapi kami hairan macam mana dia (Mohd Redha) nak cari kami?," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Suaminya juga telah bertanya dengan banyak pihak untuk memulangkannya kerana menganggap wang berkenaan bukanlah milik mereka.

Fatimah Salma Mohammed dan suami, Foto: mStar Online
"Wang ini bukan milik kami, apa lagi tertera perkataan ‘duit mak’.

"Sedih kami membayangkan duit itu untuk ibu sendiri yang mungkin sangat memerlukan.

"Bagaimana jika kami tiba-tiba dijemput Allah, apa nasib kami nanti?"

"Saya harap orang ramai yang mengenalinya atau dia sendiri yang membaca tentang perkara ini dapat menghubungi kami.

"Wang ini menjadi satu bebanan untuk kami, semoga Allah permudahkan."

Jika usaha mencari pemilik sebenar menemui jalan buntu, Fatima berniat untuk menyedekahkannya kepada golongan memerlukan namun akan tetap mengembalikan wang itu seandainya lelaki berkenaan tampil untuk menuntut wang tersebut. -CARI
21

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
24

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote justchu 16-11-2018 04:46 PM
kat ATM bole ke letak recepient reference? bukan tu pakai online tt ke?
pemalas bank ni
Quote ana_una 16-11-2018 04:48 PM
Mulianya hatimu kak..
Quote krustykrab 16-11-2018 04:50 PM
takkan la bank tak blh cari...dah nama ada kat situ sure la ada akaun no dia
Quote sukacactus 16-11-2018 04:56 PM
Orang jujur kan....
Resah gelisah xleh duduk pegang barang orang
Kalau jenis jahat tu, bukan dia pya pun buat mcm reta sendiri
Quote saviour_09 16-11-2018 05:02 PM
bagus jujur couple ni
tambah2 lagi stated kat situ duit mak
Quote munchkin 16-11-2018 06:04 PM
Mana ada atm machine boleh tulis duit mak. Remark pun atm cash transfer. Pegawai bank mana yg ckp tu?

Quote munchkin 16-11-2018 06:15 PM
Dah viral kes harap manager bank tu ambil tindakan pada staf yg bahalol ckp duit tu dari atm transfer. Ada keyboard ke kat atm tu boleh tulis duit mak bagai.

Atm tu bukan ke numeric pada aja. Dasar pemalas

Pergi jumpa straight manager or assistant manager or current akaun officer lah utk tolong dari ko bercakap ngan teller je.
Quote nolya 16-11-2018 06:17 PM
Ustazah telah pun buat hebahan supaya yg empunya duit dpt temui beliau bagi menerima semula wang yg sudah tersalah transfer.  Ustazah sudah lakukan apa yg sepatutnya dn jumah wang trs boleh ke dikesampingkan..  Boleh je  diwakafkan untuk  yg memerlukan.
Quote pokaibanktokyo 16-11-2018 06:50 PM
Apa bangang tanya apa nasib kalau mati. Ingat malaikat semua bodo tak tau kira ka ?
Quote giyomi 16-11-2018 06:56 PM
justchu replied at 16-11-2018 04:46 PM
kat ATM bole ke letak recepient reference? bukan tu pakai online tt ke?
pemalas bank ni

a ah...takan kat atm leh taip bagai...bank nak berlagak sesuci di embun pagi kot. Bukan kah masa transfer duit kat atm dah ada dinyatakan bank berhak beri info pemindah, so apa isu bank ni sebenarnya...apa2pon mulia sgh hati sipenerima, klu yg krg beriman wat dunno jer
Quote onexox97 16-11-2018 06:59 PM
cari kat fb x jumpa ke
Quote Victorioussss 16-11-2018 07:05 PM
pokaibanktokyo replied at 16-11-2018 06:50 PM
Apa bangang tanya apa nasib kalau mati. Ingat malaikat semua bodo tak tau kira ka ?

Dia xbangang. Dia baik ada iman. Tau bezakan ape hak milik dia, apa y bukan. Even kalau harta sndiri pn Allah soal smpai sen yang terakhir, ni kan plak harta orang y ada pada simpanan kita. Mestila takut kene soal, ape usaha kamu untuk kembalikan harta yang bukan milik kamu pada org itu?

Again, aku xrasa aku mahupun kau akan buat benda y sama mcm dia buat
Again, kita y bangang. Bukan dia
Quote komkom_2 16-11-2018 07:07 PM
Ni internet banking ni.... Siap bole remark bagai
Quote axl_bach 16-11-2018 07:13 PM
Victorioussss replied at 16-11-2018 07:05 PM
Dia xbangang. Dia baik ada iman. Tau bezakan ape hak milik dia, apa y bukan. Even kalau harta sndi ...

Maksud Puan Botak tu apa ke bangang merintih acah2 mengenang nasib mungkin malaikat tersilap faham kata dorg ni sengaja nk makan duit tu, sedangkan Allah maha adil,
Quote Victorioussss 16-11-2018 07:18 PM
axl_bach replied at 16-11-2018 07:13 PM
Maksud Puan Botak tu apa ke bangang merintih acah2 mengenang nasib mungkin malaikat tersilap faham ...


Come on..sdangkan Rasulullah dgn Jibril pn nangis kaw2 bile fikirkn nasib sendiri pasal kes azazil si imam segala mailaikat pn last2 terpedaya dgn Allah dn jadi iblis. Sedangkan org yang makan buah epal hanyut dari sungai pn rasa beban amanah dan benda bukan hak dia smpai kene kerja dgn tuan ladang berbelas tahun

Kenapa dorg xfikir je "eleh..malaikat tau sendiri nnt tu. Benda kecik tarakhal la bole nego"

Tu beza org y jaga iman dia dgn kita ni
Pegang duit bukan hak dia pn dia tau haram, dia rs gelisah ape lagi nk togak arak

Allah maha adil. Tp kite konpom ke xkn ditanya "ape usaha kau nk trace mamat y tu?"
Quote axl_bach 16-11-2018 07:49 PM
Victorioussss replied at 16-11-2018 07:18 PM
Come on..sdangkan Rasulullah dgn Jibril pn nangis kaw2 bile fikirkn nasib sendiri pasal kes azaz ...

Usaha tu x dipertikai pun, cuma aku faham si Puan Botakchin tu kata part merintih di socmed tu
Quote R2D2 16-11-2018 07:59 PM
bank nk lepas tangan sebab tu dia ckp transaksi kat CDM
sedangkan CDM mana boleh letak desc
Quote Victorioussss 16-11-2018 08:12 PM
axl_bach replied at 16-11-2018 07:49 PM
Usaha tu x dipertikai pun, cuma aku faham si Puan Botakchin tu kata part merintih di socmed tu

Ye iols faham ape missbotakchin cuba smpaikan cuma iols xrasa pun dia meratap nk sedih consider nasib dia kt akhirat tu sbg bangang
Quote pokaibanktokyo 16-11-2018 08:13 PM
Victorioussss replied at 16-11-2018 11:05 AM
Dia xbangang. Dia baik ada iman. Tau bezakan ape hak milik dia, apa y bukan. Even kalau harta sndi ...

Yang bangang tu engkau dengan dia la. Anggap tuhan, malaikat semua bodo

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.134235 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top