CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Keputusan Zayn Malik Keluar Islam Dikecam Peminat

19-11-2018 10:42 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9885| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyanyi Zayn Malik, 25, mengesahkan beliau tidak lagi menganut ajaran Islam dalam satu temubual terkininya. Pengumuman Zayn itu dikecam oleh peminatnya, terutamanya yang beragama Islam.


 

Kredit foto: PopBuzz


Dalam temubual dengan British Vogue, bekas penyanyi One Direction itu berkata beliau tidak lagi mengamalkan ajaran Islam dan kini tidak percaya kepada mana-mana agama. Beliau memberitahu Vogue walaupun beliau mempunyai kepercayaan rohani tentang wujudnya Tuhan, beliau tidak melihat keperluan untuk sembahyang setiap hari atau memakan hanya makanan halal.


Kredit foto: Daily Mail

Pengumuman Zayn itu dikecam oleh peminatnya di media sosial yang berkata mereka malu dengan tindakan Zayn itu dan mengkritiknya kerana mempersendakan agama. Zayn berkata ‘beliau tidak percaya keperluan hanya memakan sesetengah daging, atau berdoa dalam bahasa khas semasa sembahyang lima kali sehari tetapi beliau percaya kalau seseorang manusia berbuat baik, semua orang akan melayannya dengan baik dan semuanya akan berakhir dengan baik ’.



Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
 
Bintang itu berkata keluarganya tidak mempersoalkan keputusannya, walaupun sebelum ini Zayn pernah mempelajari Islam dan bersembahyang di masjid sejak masih kecil lagi. Zayn memberitahu keluarganya memberikan kebebasan kepadanya dan adik-beradiknya untuk memilih haluan masing-masing. Bapa Zayn berketurunan British-Pakistan manakala ibunya Trisha, seorang warga British yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan ayahnya. Adik beradik Zayn juga dibesarkan dalam keluarga Islam sejak kecil.


Kredit foto: Dunya News


Kenyataan Zayn mencetuskan kontroversi di internet dengan pelbagai kecaman walaupun ada juga yang berkata Zayn berhak memilih sendiri tanpa dihakimi dan ini adalah antara Zayn dengan Tuhan.


Kredit foto: Twitter


Sebelum ini Zayn pernah menyatakan rasa bangganya menganut Islam dan memuatnaik gambar-gambarnya merayakan Qurban dan Hari Raya bersama keluarganya dan teman wanitanya, Gigi Hadid, 23. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • edmorita79

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 19-11-2018 11:02 AM
Entahlah zayn, tak pernah minat kau
Quote RatuDunia94 19-11-2018 11:11 AM
Selama ni pon heols praktik ke?
Quote makbedah 19-11-2018 11:50 AM
Entah lah, selama ni pun bukannya praktik sgt pun, n people realise that cuma tak perlu buat statement macam ni just . Diam2 sudah bukannya orang tak tahu kau macam mana pun. I mean dia tahu kan religion sensitivities issue lagi2 sebab keturunan dia.

Awek kau pun sama nanti sibuk lah hadid clan ni claim I am a proud muslim.   But then again , Kat britain tu memang common Muslims keluar agama Secara terang2an. my lecture pernah buat lawak pasal dia ni and ayat dia  “nasib kau tak Lahir Kat Pakistan , kalau tak....”

I prefer harry sebab  Lagu dia lagi sedap!
Quote umbut 19-11-2018 12:17 PM
Yg lahir islam x amalkan islam... lagi dia dok europe... kepercayaan masing2..
Quote kisahkeaku 19-11-2018 01:21 PM
akak suka zayn.tp rasanyaxyah mention laa ko keluar islam.diam2 sudah.bodo tu simpan sikit.
Quote buragazz 19-11-2018 01:25 PM
Elok le.. dari ko mengaku ko Islam tapi apa yang ko portray tidak melambang kan lansung so is a bad example pada Muslim yang lain sebab kat negara aku ni ramai Muslim yang hadap sangat dengan retis kokesen.. tapi klu movie lakunan dan terbitan anak tempatan yang belumpun di tonton yang menggambarkan kononnya "Islam is terrorist" terus band..

Eh tiba2 lagi..
Quote buapakperut 19-11-2018 01:41 PM
sama la ex nya gigi tu .. nak wat camna dah islam minority kat situ. kita yang kat malaysia ni pun negara islam vanyak hanyut
Quote borrow 19-11-2018 02:07 PM
kat IG adik beradik Zayn pun deyols meroyan

Quote riantika 19-11-2018 03:20 PM
tak pernah minat dia pun!!
Quote Ketypurry 19-11-2018 06:02 PM
Both dia dengan gf dia tu tak nampak praktik islam pun
But whatever not really issues to me
Quote besarkecik 19-11-2018 06:11 PM
Kelempok kelempok aku, sangat tak berani nak keluar agama.
Quote kroit92 20-11-2018 01:31 PM
kat Malaysia pun ramai je macam ni, murtad. keluar Islam. lepas tu bangga, canang kat media social
bangga mengejar dan hidup dalam gaya hedonism, berseronok di dunia. nak buat macam mana, tu pilihan mereka kan. kita mampu beri nasihat je la, doakan dari jauh

diorang murtad tang ibadat je, tanak puasa, tanak keluar duit bayar zakat, paling liat tanak solat.
tapi sambut raya, diorang ok je. 10 pasang baju no hal
open house? semua pergi. Syawal sebulan, dia sambut dua bulan, post-Eid celebration katanya
kenapa mereka sambut? cultural celebration, walaupun bukan Islam lagi

  
Quote nadie90 20-11-2018 03:28 PM
Klu dah terjebak dalm bidg hiburan...tmbh2 di Hollywood tu....mmg la dah terikut2 lifestyle sna....bidg hiburan kt Malaysia pun nk ikut ala2 Hollywood....ad ja yg artis Hollywood yg beragama islam....praktis ataupun x Allah saja yg thu...

Moga 1 hr nt dik Zayn Malik kembali kepd fitrah yg asl...
Quote monreyes 20-11-2018 06:23 PM
kena lah announce supaya senang nak mkn babi
Quote lolipopi 21-11-2018 10:08 AM
betul dia nak keluar islam itu hak dia  lebih2 lagi dia tak praktiikan pun ajaran dan amalam Islam yg sepatutnya...

tapi orang Islam  terutama pemimpin Islam wajib menegur atau menasihati  beliau supaya  tak ditanya di akhirat kelak ..
Quote Adeakukesah11 21-11-2018 10:48 AM
Alahh mmg selama ni hidup dh tk rupa islam dah dia ni
Quote gerbera.memopad 21-11-2018 12:54 PM
Islam tak Islam, tak ada beza pun dengan cara hidup dia selama ni. So tak terkejut pon.
Quote mieymiey 21-11-2018 02:50 PM
Semoga Allah kurniakan hidayah buatmu Zayn.
Quote gideoncross 2-1-2019 07:17 PM
gerbera.memopad replied at 21-11-2018 12:54 PM
Islam tak Islam, tak ada beza pun dengan cara hidup dia selama ni. So tak terkejut pon.

Yep, dgn bnyk tatts & plihara anjing. Nmpak sngt dh x pduli pun.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.127767 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top