CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Klien Tanya Melalui Emel Tak Dibalas, Tetapi MUA Terkenal Ini Mengamuk Di Instagram!

19-11-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 19571| Komen: 139|Original author: Oleh: Whitney

Setiap bakal pengantin mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna tidak kiralah ia sekadar majlis yang sederhana mahupun secara besar-besaran. Jadi, persiapan yang rapi perlu dilakukan agar majlis berlangsung dengar lancar. 


Kredit foto: Google (Sekadar gambar hiasan)
Antara persiapan penting ialah mendapatkan MUA atau juru mekap yang sesuai dan kena dengan bajet yang diperuntukkan. Jika MUA yang dikehendaki itu antara individu yang terkenal, kenalah menempah slot seawal yang mungkin. Maklumlah, MUA ini laku seperti pisang goreng panas kerana begitu tinggi permintaan.

Tetapi, ada kisah yang tidak sedap didengar apabila seorang MUA ini dikatakan tidak begitu profesional berurusan dengan seorang kliennya. Oleh sebab itu, seorang pengguna twitter yang juga klien kepada seorang MUA terkenal ini telah memuat naik satu status tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dia terkilan kerana emel yang dihantar kepada MUA tersebut tidak dibalas tetapi MUA tersebut mengamuk di laman instagramnya. 



MUA ini membalas jawapan kepada emel wanita tersebut distatus Instagramnya
Wanita ini tidak tahu dimana silapnya kerana bertanyakan soalan sama ada bolehkah dia menggantikan slot mekap yang telah ditempah itu kepada pengapit pengantin pada hari yang telah ditetapkan itu. Sebagai klien, dia berhak untuk bertanyakan apa jua soalan kepada MUA tersebut kerana telah pun membayar 50% deposit  iaitu sebanyak RM900 bagi mendapatkan perkhidmatannya.  

Bukan nak batalkan tempahan atau menukar tarikh, tetapi nak tukar supaya mekapkan pengapit pengantin


MUA boleh menukar waktu mekap atas budi bicara klien tetapi klien
tidak dibenarkan menukar tempahan mekap pengantin kepada pengapit pengantin.

Kalau tak nak duit deposit 'burn' kenalah gantikan servis mekap tu dengan pengantin lain pada waktu dan hari yang sama.  

Tanya pun tak boleh ke?
Netizen juga berpendapat tidak salah jika sekadar ingin bertanya dan inginkan kepastian sama ada dia boleh menggantikan dengan pengapit pengantin walaupun pada awalnya telah bersetuju untuk menyolek wajah pengantin. Jika tidak boleh, MUA tersebut boleh menjelaskan alasannya dengan sebaik mungkin dengan cara membalas emel wanita ini. 

Boleh diselesaikan dengan cara elok
Ramai netizen bersetuju perkara ini boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu ditularkan di laman sosial. MUA tersebut perlulah professional dalam kerjayanya walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai karenah kliennya. Janganlah sentap dan mengamuk di Instagram hanya kerana tidak bersetuju dengan tindakan klien kerana ia boleh menjatuhkan reputasi dan imej dirinya.  


Netizen pun tawar hati
Kan betul? Ada netizen yang begitu mengagumi MUA ini dan bercadang untuk menggunakan perkhidmatannya tetapi sudah tawar hati apabila mendapat tahu MUA tersebut tidak begitu professional. Jadi, ramai netizen mencadangkan nama-nama MUA yang bagus dan mampu memberikan perkhidmatan yang setanding dengannya. 


Sebagai MUA yang selalu berurusan dengan ramai pelanggan, kenalah sabar melayan pertanyaan dan karenah klien yang bermacam-macam. Maklumlah, klien yang membayar setiap hasil kerja yang diberikan. Apa-apa pun, jika ada perkara yang menyalahi perjanjian, berbincanglah dengan sebaiknya agar kedua-dua belah pihak berpuas hati. Setuju tak? - CARI 

12

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 19-11-2018 03:04 PM
boikot je la mua tu..
ramai lagi mua lain yang mekap cantik..
dan bersikap professional..
Quote Artemesiaa 19-11-2018 03:23 PM
Sesetengah orang kadang tak faham jadi sebagai yang memberi khidmat tak salah kalau jawab apa yang dia ingin tahu tu.  Walau rasa annoying kadang2 dengan pertanyaan yang ditanyakan tapi tak salah pun bagi penjelasan semula sebab kena faham sesetengah manusia ni kadang lambat nak faham apa yang dah diterangkan sebelum ni.  
Quote alaa 19-11-2018 03:27 PM
Eksennyaa...
Quote CrowneGlory 19-11-2018 03:27 PM
income MUA tu make up bride 1800, maid of honor  500...ko rasa2 la kan untung ke rugi MUA tu, slot tu mungkin ada bride lain ke...so kalau dia mekapkan bride dia boleh dpt 1800 instead of 500...cuma bodohnya dia tak jawap bride bengap tu la
Quote idakamaruddin 19-11-2018 03:29 PM
alaaa nvdsm nape u buat mcmni.
i admire gila mekap looks u ok

Quote miemiecha 19-11-2018 03:37 PM
MAHALNYA MEKAP 900, KAMPUNG MEK MSH 250..
oh.. baidewai..
klau dia up muka n nama org tu, blh saman kan..
ke goner?
Quote Victorioussss 19-11-2018 03:53 PM
900 (50% = 1800 total) for makeup? Jgn basuh supaya boleh membawak ke malam pertama
Cas mahal tp lagak mcm duit tu kau punya. Public shaming je dia reti, reply email client elok2 xreti plaks
Client tu punya beradap kot request..mostly mua mmg cam cibai ek pr dorg

Mua y sopan santun i penah kenal kat segamat. Cantik dan manners jek tu on xde la cas smpai 900 for depo
Quote tri-max 19-11-2018 03:57 PM
sapa MUA ni?
Quote nisako 19-11-2018 03:58 PM
wow mahalnye make up...……………..
Quote kucingitam 19-11-2018 04:18 PM
mahal gila mekap..sorrylah utk aku yang kedeks ni..
Quote bakingsoda 19-11-2018 04:19 PM
terkejut tgk rega service mua sanggup eh org berhabis ribu riban utk sekali makeup
Quote armin 19-11-2018 04:24 PM
miemiecha: MAHALNYA MEKAP 900, KAMPUNG MEK MSH 250..oh.. baidewai..klau dia up muka n nama org tu, blh saman kan..ke goner?
dia mahal sbb selalu mekap artis kan. Sesuai la harga tu
Quote ffbeauties 19-11-2018 04:25 PM
Aku kurang setuju la konsep deposit burn dikalangan peniaga peniaga islam. Tak rasa makan duit haram ke caj atas servis atau barang yang tak diberi?
Quote miszclassique 19-11-2018 04:30 PM
Tapi dekat insta masih membongak taknak minta maaf..mohon duduk je senyap2 kalo nak berhenti mekapkan orang..nanti jgn meroyan takde income pulak
Quote miszclassique 19-11-2018 04:32 PM
"This is the main reason i dont want to do make up anymore". So what u waiting for? Senyap je sudehh monopos ke ape
Quote Peaches113 19-11-2018 04:50 PM
Mahal nya mekap rm900. I amik masa 6 bulan hokey muka hari2 naik jerawat lepas mekap kawin. Husband i kata hodohnya muka i mekap tebal ya amat kikiki
Quote paz 19-11-2018 04:55 PM
Banyak ruang boleh discuss tapi... jalan tak best juga dipilih.

Antara MUA yang make-up cantik tapi... kenapa begini cara handle situation? Sayang betul.
Quote nazzse 19-11-2018 05:09 PM
miszclassique replied at 19-11-2018 08:30 AM
Tapi dekat insta masih membongak taknak minta maaf..mohon duduk je senyap2 kalo nak berhenti mekapka ...

Tapi she mmg bongkak pun kan sejak famous makeup retis-retus tersohor.. Never like her pun, especially attitude dia negatif vibe sikit
Quote xyhxxy 19-11-2018 05:15 PM
mmg certain mua ade pangai mcmni sbb iols penah kena!
rude & unprofessional. macamlah xboleh reply balik elok2, lainlaa kalau client ko tu direct rude dgn kau.

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052033 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top