CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meghan Markle Disuruh Ubah Penampilan Supaya Nampak Seperti Kerabat Diraja

19-11-2018 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9596| Komen: 61

Meghan Markle dilaporkan menerima arahan untuk mengubah penampilannya supaya kelihatan seperti seorang ahli keluarga diraja.

Memetik Mirror, ia ekoran penampilan Duchess of Sussex berusia 37 tahun itu yang sering tampil di khalayak seperti seorang bintang Hollywood.



Foto: PA/Mirror

Menurut sumber diraja, pemilihan pakaian isteri kepada Putera Harry itu dilaporkan menjadi isu sejak majlis pernikahannya lagi.

Walaupun hubungannya dengan Ratu Elizabeth dikatakan baik, namun penampilannya sering tidak mendapat persetujuan.


Foto: PA/Mirror


Mail Online pada Ahad melaporkan, Ratu Elizabeth tidak bersetuju dengan pemilihan gaun pada hari perkahwinannya Mei lalu hingga berlaku ketegangan di antara Ratu dan pasangan diraja itu.

Malah, Meghan juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia tidak mengikut protokol di mana dia menyertai lawatan bersama Ratu di Cheshire pada Jun lalu tanpa mengenakan perhiasan kepala.


Foto: PA/Mirror

Difahamkan, insiden itu menimbulkan ketegangan di antara Meghan dan Ratu yang dikatakan tegas dalam protokol dan peraturan.

Sumber fesyen diraja berkata, Meghan diarahkan untuk tidak memilih pakaian seperti bintang Hollywood, sebaliknya dia perlu tampil lebih seperti seorang kerabat diraja.

Dalam pembabitan tugas diraja pertamanya selepas berkahwin, gaya Meghan dilihat disesuaikan dengan gaya keluarga diraja itu.

Namun, beberapa bulan kemudian dia kembali kepada 'gayanya sendiri' iaitu dengan memakai busana singkat yang menunjukkan sebahagian kakinya tanpa stoking, sekali gus menunjukkan dia tidak sepenuhnya mengikut protol diraja.


Foto: PA/Mirror

Meghan juga gemar memakai pakaian berwarna hitam yang mana hanya dipakai keluarga diraja ketika berkabung.

Pada Ogos lalu, Duchess itu tampil dengan skirt di atas lutut ketika menghadiri pertunjukan muzikal Hamilton. - CARI
28

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
29

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 19-11-2018 03:27 PM
Adakah dia bakalan berakhir dengan tragedi?
Quote GegarVaganja 19-11-2018 03:34 PM
besarkecik replied at 19-11-2018 03:27 PM
Adakah dia bakalan berakhir dengan tragedi?

Kalau berakhir dengan tragedi, adakah beliau akan kembali ke set Suit disamping Patrick J Adams?
Haha
Quote minguk 19-11-2018 03:36 PM
tak habis2 issue dia ni
Quote grouper 19-11-2018 03:39 PM
Wtf.. klau news pasal rosmah disuruh ubah penampilan relevan la gak masuk ci
Quote miemiecha 19-11-2018 03:46 PM
kesian kdg tgk nye/..
mkn slh
pakai salah..
udahnya gile kejap..
Quote redbullax 19-11-2018 04:05 PM
Edited by winamp05 at 19-11-2018 05:20 PM

the dress is simple

spam link
Quote krustykrab 19-11-2018 04:07 PM
dari duk tegur meghan tu baik dia tegur harry boy...nmpk busuk sentiasa
Quote bawangkecik 19-11-2018 04:10 PM
nanti finished dekat terowong mana pulekk
Quote Zaien 19-11-2018 04:18 PM
nk kwen ngn diraja kan.. ikutlah protokol..
Quote armin 19-11-2018 04:29 PM
Tak lama la dia ni. Boleh dah packing baju siap2 meghan. Kau ingat kau siapa nak langgar protokol? Queen pun ikut protokol
Quote besarkecik 19-11-2018 04:38 PM
GegarVaganja replied at 19-11-2018 03:34 PM
Kalau berakhir dengan tragedi, adakah beliau akan kembali ke set Suit disamping Patrick J Adams?
...

atau jadi kejadian second diana??
Quote azwanaliori 19-11-2018 05:16 PM
Rasa mcm makin byk personal attack kat meghan ni..  Ada yg komplot nk memburukkan dia kat media ke
Quote xpdckelate 19-11-2018 05:20 PM
mat salleh pun sibuk berprotokol bagai...ummah kat sini main belasah pi mana2 pakai seluar mcm cawat bagai,puiiiiii
Quote meisapoya 19-11-2018 06:08 PM
I knew you were trouble when you walked in~~
Quote famri7 19-11-2018 06:17 PM
I give her 2 years.. once the cash register is out, she will be ready for cranshaw.
Quote pearlady 19-11-2018 07:58 PM
Dapat cicit harry, sejuk laa queen e..bertambah anak cucu cicit dia
Quote annehuda 19-11-2018 08:07 PM
Harry tu sepanjang masa nampak busuk. Takde plak yg nk tegur
Quote alesandra 19-11-2018 10:26 PM
bawangkecik replied at 19-11-2018 04:10 PM
nanti finished dekat terowong mana pulekk

dia ni tak susah pun utk difinishkan
Quote fazamania 19-11-2018 11:39 PM
Sepadan lah dua org ni..  Nampak busuk.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.084238 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top