Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan memakaikan barang kemas seperti rantai, gelang dan subang sejak anak-anak diusia bayi lagi. Perhiasan daripada emas ini dipakaikan sebagai tanda yang bayi itu bayi perempuan dan juga tanda kasih sayang serta kebanggaan. Ia berbeza dengan anak lelaki kerana tidak boleh dipakaikan perhiasan emas.
Bagaimanapun, pemakaian barang kemas pada bayi dan kanak-kanak boleh mengundang pelbagai risiko bahaya. Biasanya ia melibatkan kejadian ragut atau tertelan loceng emas pada gelang tangan terutamanya bayi yang suka menggigit dan memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook ini boleh dijadikan pengajaran buat para ibu yang begitu ghairah memakaikan perhiasan emas kepada anak-anak mereka. Mungkin ramai yang tidak menyangka, gelang emas yang dipakai oleh anak-anak boleh menyebabkan tumbesaran tangan mereka terbantut. Tetapi, itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda ini yang begitu menyesal dan sudah fobia untuk memakaikan gelang emas kepada anaknya ketika masih kecil.
Tunggu anak besar baru pakaikan emas Rata-rata netizen mempunyai keinginan untuk memakaikan gelang emas kepada bayi perempuan mereka. Ialah, siapa yang tidak suka melihat anak mereka kelihatan lebih cantik dengan adanya perhiasan emas di badan mereka. Tetapi setelah membaca dan mengetahui tentang risiko bahaya bagi tumbesaran anak-anak, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut seketika dan akan menunggu sehingga anak-anak mereka besar untuk dipakaikan perhiasan emas. Netizen ini pula serik untuk memakaikan perhiasan emas kepada anaknya setelah perhiasan emas anaknya diragut oleh perompak dan mendatangkan kecederaan. Bahaya memakai perhiasan emas kepada kanak-kanak bukan sahaja boleh berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi ketika bermain bersama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang mereka ketika di rumah. Tidak pasal-pasal rantai leher yang dipakai boleh menjerut leher anak akibat gurauan kasar. Tidak salah untuk berhias dan memakaikan barang kemas kepada anak-anak semasa kecil tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ia membantutkan tumbesaran anak-anak dan juga membahayakan nyawa mereka. Jadi, berhati-hatilah ya! - CARI |
14
Bagus |
15
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala replied at 21-11-2018 01:44 PM
bahaya la pakai gelang kat baby..tak kira la emas ke bukan..dibuatkan baby tu tergigit pastu masuk m ...
eyansss replied at 21-11-2018 03:03 PM
kan dah ada kes mak dia pakaikan cincin pastu anak tercekik... sebaek dapat diselamatkan...
eyansss replied at 21-11-2018 03:03 PM
satu je acik nak cakap, rambut ko lawa dek... jeles weih... dah, pasni takyah dah pakai gelang... ...
gummygummy replied at 21-11-2018 04:09 PM
Rambut pelesu la acikk. Acik ni pon ingt rmbut betul. Tapi kilat semacam hahaha. Gigih laaaa
meklalala replied at 21-11-2018 03:10 PM
haa tu yang tak nak dengar..nasib baik selamat..harap harap makpak fikir fikirkan benda ni kan..ta ...
eyansss replied at 21-11-2018 08:44 PM
ramai sangat yang meriak dalam diam... suka sangat guna tiket nak share kebahagiaan tapi nak tunju ...
gummygummy replied at 21-11-2018 04:09 PM
Rambut pelesu la acikk. Acik ni pon ingt rmbut betul. Tapi kilat semacam hahaha. Gigih laaaa
makita replied at 21-11-2018 09:00 PM
Hahaha biasa la eyanss, kt fb deko umah, nk tunjuk bunga, duk tanya mana yg suai tp sebenarnya nak ...
ADVERTISEMENT