Pasar raya Sainsbury’s bakal menjadi pasar raya pertama menjual serangga boleh dimakan di United Kingdom secara langsung di rak jualan. Menurut laporan Sky News, serangga seperti belalang dan cengkerik berperisa BBQ akan mula dijual di lebih 250 buah pasaraya itu seluruh negara. Menu itu dipromosikan dengan tag ‘makanan yang rangup dengan rasa yang sedap’ dan dikeluarkan oleh Syarikat Eat Grub.
Satu paket kecil serangga bakal dijual dengan harga 1.50 pound sterlings (RM8). Sebelum ini pasar raya Ocado sudah pernah menjual makanan tersebut secara online sejak lima bulan lalu dengan sambutan yang berbelah bagi. Seorang pembeli memberikan 1/5 bintang dengan berkata ‘tiada rasa BBQ, hanya seperti sos ikan, harga terlalu mahal’. Manakala seorang lagi pembeli online yang memberi rating 5/5 berkata ‘sangat suka! Lebih sedap daripada kerepek kentang, tanpa kalori, saya makan tak henti-henti’. Pasar raya Sainsbury’s mencadangkan serangga itu dimakan sebagai makanan ringan atau dicampurkan ke dalam makanan seperti taco, mee sup atau salad. Menurut Eat Grub, mereka akan terus memasarkan produk makanan yang biasa di seluruh negara lain tetapi tidak didapati di negara-negara barat. ‘Menu serangga popular kepada 2 billion penduduk seluruh dunia’ kata jurucakapnya, Shami Radia.
Pasar raya Sainsbury’s dan Eat Grub sudah membuat kajian dan mendapati 10% rakyat Britain pernah mencuba menu serangga dan lebih separuh menyukainya. Kajian mendapati serangga mempunyai lebih kandungan protein berbanding daging tenusu , ayam atau khinzir. Serangga juga diiktraf lebih lestari berbanding daging lain kerana pemeliharaannya lebih ringkas.
Nampaknya makanan yang popular sebagai ‘street food’ di Asia bakal naik taraf di pasaraya Barat, dan orang-orang UK tak perlu lagi ke Thailand dan Cambodia untuk mencubanya. - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mbhcsf replied at 4-12-2018 07:18 PM
eat grub? where are those maggots?
dubuk replied at 4-12-2018 10:15 PM
apa je yang bergoreng semua sedap.. cuba rebus/kukus/
ADVERTISEMENT