Menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat pastinya menjadi impian ramai orang terutamanya kepada mereka yang suka melancong. Pengalaman penulis yang pernah menjejakkan kaki sebanyak dua kali ke negara Uncle Sam itu, sama ada secara solo dan berkumpulan, telah membuahkan kenangan yang sangat manis kepada diri ini.
Berikut merupakan di antara pengalaman dan tips-tips dari penulis untuk mereka yang ingin melancong ke negara kuasa besar itu.
"Visa" (Foto: Koleksi Peribadi) Untuk memiliki visa ke negara tersebut, tidaklah semudah yang anda sangkakan. Apatah lagi sekarang di mana Amerika Syarikat berada di bawah pemerintahan Donald Trump. Mengenakan caj sebanyak USD160, sekiranya gagal, duit anda akan lesap begitu sahaja, Tetapi itu bukanlah alasan untuk anda mengkuburkan impian untuk ke sana. Penulis amat bernasib baik apabila "lulus" untuk memiliki visa ke sana setelah ditemu duga oleh pegawai di kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di Jalan Tun Razak, Amerika Syarikat. Sedikit tips untuk mereka yang bakal atau mahu untuk memiliki visa ke sana, tenang sahaja dan buatlah yang terbaik apabila berhadapan dengan pegawai yang bertugas!
"Imigresen" (Foto: Koleksi Peribadi) Penulis masih teringat peristiwa "lucu" sewaktu penulis berada di San Francisco International Airport. Pegawai imigresen yang bertugas ketika itu bertanyakan apakah itu "bin" yang terdapat pada nama di dalam pasport penulis. Penulis secara spontan menjawab "I'm a Muslim". Jawapan yang sangat berani mati. Apatah lagi pegawai tersebut tidak bertanyakan soal agama ketika itu. Sebaik sahaja perkataan tersebut keluar dari mulut penulis, pegawai itu lantas menyuruh penulis untuk ke tepi dan melakukan pemeriksaan lanjut sehingga menyuruh penulis menanggalkan baju dan memeriksa segala-galanya. Tetapi tidaklah pula mereka berkasar, masih mesra, cuma mereka menjelaskan itu adalah prosedur semata-mata. Tidak dapat penulis pastikan sama ada jawapan itu adalah penyebab kepada kejadian tersebut tetapi, fikirlah ayat yang sebaik mungkin untuk menjawab soalan tersebut sekiranya anda ke sana! "Sangat Mesra" (Foto: Koleksi Peribadi) Anda tidak perlu gusar atau bimbang sekiranya anda menjejakkan kaki ke sana. Rakyat Amerika Syarikat terutamanya di kota-kota besar seperti Las Vegas dan San Francisco, amat peramah dan sangat mesra. Ketika penulis melancong seorang diri ke sana, membawa diri ke mana-mana dirasakan amat mudah. Bayangkan berjalan seorang diri di bandar besar ke sana sini, dan hampir kebanyakan mereka bertegur sapa dengan anda - mungkin sahaja anda tidak dapat merasakan pengalaman itu di mana-mana, malah mungkin sahaja di negara sendiri. Malah penulis berani mengatakan antara negara-negara yang pernah penulis lawati, rakyat Amerika adalah di antara yang paling mesra pernah penulis jumpa! Seperti Di Dalam Filem (Foto: Koleksi Peribadi) Pengalaman penulis melihat sendiri "hutan" batu ciptaan mereka, yang pernah penulis lihat di dalam filem-filem Hollywood sememangnya membuatkan penulis berasa teruja. Malah, sehinggalah sekarang, sekiranya penulis menonton filem yang melewati latar tempat yang penulis pernah pergi, pasti membuatkan hati penulis berasa bangga apabila pernah menjejakkan kaki ke sana. Siapa sangka, tempat yang sebegitu cantik yang selalu penulis lihat dari zaman kanak-kanak di dalam filem, penulis telah pun berada di sana! Ah, rindunya nak pergi lagi ke Amerika Syarikat! Jadi, marilah kita mengumpul duit dari sekarang! - CARI |
16
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
22
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ayjay: Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim
Orgkgdukobesi: Sangat setuju. Walaopun {:cryrunai Muslim tapi mempunyai paspot dari negara bukan Muslim., bukan jaminan dapat visa. In my case, dapatkan visa dulu sebelum ...
ayjay replied at 3-12-2018 05:53 PM
Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim
Orgkgdukobesi replied at 3-12-2018 06:43 PM
Sangat setuju. Walaopun ai Muslim tapi mempunyai paspot dari negara bukan Muslim., bukan jaminan da ...
nafham replied at 3-12-2018 06:51 PM
Iols biasa bgtau Bin is part of my middle name. X perlu nk canang kau muslim ke idok.
Orix replied at 3-12-2018 10:24 PM
Ko saje je kan nak bugil depan imegresen tu semua feeling2 deyols nak harass chuols khuensss ? Menta ...
EvieWanKenobi replied at 3-12-2018 08:20 PM
rindunyaaaa nak jalan US lagi..{:yameteh
ayjay replied at 3-12-2018 05:53 PM
Bahlolnya jawapan bin sebab Muslim
ADVERTISEMENT