Sebuah pekan di Alaska tidak akan disinari matahari selama 65 hari! Pekan Utqiagvik yang dahulunya dikenali sebagai Barrow akan menerima sinaran matahari terakhirnya Ahad ini, 25 November sebelum satu fenomena cuaca yang dipanggil ‘malam kutub’ akan berlaku secara rasminya di mana kegelapan akan menyelubungi pekan itu selama lebih dua bulan. Menurut ahli matereologi, penduduk pekan itu perlu menunggu sehingga 23 Januari 2019, jam 1.04 p.m waktu tempatan untuk sekali lagi melihat sinaran cahaya matahari, seperti yang dilaporkan dalam saluran TV, The Weather Channel. Pekan itu mempunyai 4,400 penduduk. Di media sosial, warga pekan itu beramai-ramai mengucapkan selamat tinggal kepada sinaran matahari buat kali terakhir untuk tahun ini. Fenomena ‘malam kutub’ turut berlaku di beberapa tempat di Alaska, Kanada, Finland, Russia dan Sweden. Oleh kerana pekan Utqiagvik adalah pekan yang terletak paling utara di Amerika Syarikat - di utara bulatan Artik,, tidak hairanlah matahari akan kelihatan menghilang untuk satu tempoh masa yang singkat pada musim sejuk, kerana masa ini matahari tidak akan kelihatan terbit di atas kaki langit. Pakar materiologi CNN, Judson Jones berkata, ini bukanlah perkara yang luar biasa. ‘Ini berlaku hampir setiap tahun, cuma tempoh masanya sedikit berbeza’ tambahnya. Walaupun fenomena ini turut berlaku di beberapa tempat, pekan Utqiagvikini dijangka akan mengalaminya lebih awal berbanding tempat lain kerana kedudukannya di utara. Bagaimana agaknya pengalaman mengalami waktu malam selama 65 hari? Pasti bil elektrik naik mendadak. -CARI
|
12
Bagus |
11
Marah |
24
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ladyone replied at 7-12-2018 01:13 PM
macam mana diorang adjust body nature diorang dengan masa tido??
shernazz replied at 7-12-2018 11:44 AM
9 bulan lepas tu sesi bersalin beramai ramai...
11
RatuDunia94 replied at 7-12-2018 07:51 PM
Ish kalo puasa mcm mana nk kira tu??
Sang_Pencinta replied at 7-12-2018 08:26 PM
Kan? Tak tahu masa masuk/buka
RatuDunia94 replied at 7-12-2018 08:36 PM
Solat pon.. Zuhurnya bila Asar? maghrib?
Sang_Pencinta replied at 7-12-2018 08:25 PM
Kalau honymoon kat sini memang sesuai kan?
Berkelubung bawah selimut je hari2
ADVERTISEMENT