CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Belajar Lagi, Boleh Bayar Ansur Tak iPhone 7 Ni?" - Bila Penuntut Nak Nampak Gah...

28-11-2018 01:33 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6924| Komen: 15|Original author: Oleh: Ain

Sejak kebelakangan ini, banyak isu berkaitan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) disajikan kepada masyarakat.

Banyak reaksi berbeza ditunjukkan pelbagai pihak terutama daripada golongan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Persoalannya, adakah tindakan mereka membuat tuntutan janji daripada kerajaan berhubung bayaran pinjaman dilihat sebagai menegakkan keadilan dan kebajikan atau alasan untuk melepaskan diri dari belenggu hutang semata-mata?



Malah, sering kita lihat dan dengar mengenai segelintir pelajar yang menyalahgunakan pinjaman untuk menampung yuran dan perbelanjaan itu dengan membeli benda yang tidak sepatutnya terutama barangan berjenama.


Terbaru, pengasas perisa rokok elektronik (vape) jenama Mr Loops, Muhammad Syazwan Othman mendakwa seorang penuntut menghubunginya untuk membeli iPhone 7 terpakai daripadanya.


Sabar dik, kawal nafsumu nak nampak hebat



Bagaimanapun, individu berkenaan merayu untuk membuat pembayaran secara ansuran memandangkan dia masih belajar.

Bimbang pelajar terbabit menjadi hamba gajet hingga menyeksa diri sendiri dengan mengikat perut hanya untuk memiliki barangan mewah, Syazwan bertindak menolak untuk menjual iPhone berkenaan kepadanya.

Malah, dia sempat menawarkan diri untuk membawa individu berkenaan ke kedai telefon bimbit bagi mencari telefon yang sesuai dengan bajetnya.



Rata-rata netizen kecewa dengan sikap anak muda hari ini yang gemar menghabiskan wang terutama milik ibu bapa demi kelihatan gah di kalangan sahabat handai.


Depa tak tahu susahnya mencari duit



Sementara itu, segelintir pihak menempelak golongan pelajar yang menyalahkan kerajaan kerana gagal menepati janji sedangkan mereka menggunakan pinjaman itu untuk membeli peranti yang terlalu mahal, tidak sesuai dengan bajet dimiliki.


Tak boleh hadam pelajar beli telefon mahal guna PTPTN


Kredit foto: FB Syazwan/My Media Hub

Tak salah menuntut janji, tetapi sudahkah anda menunaikan janji sendiri? Ukur baju di badan sendiri, jangan mementingkan gaya tetapi kelak merana hingga menyusahkan ibu bapa dan orang sekeliling. - CARI
7

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 28-11-2018 01:56 PM
Iols zaman 2002 dlu dpt ptptn sedebuk utk 2 sem pun beli nokia 3310 rega rm350 jah.. Tu pun dah feeling kaya hokeh..
Quote prettyuglybabe 28-11-2018 02:03 PM
hasanah versi ipong pulak..
Quote kikuri 28-11-2018 02:09 PM
bang jangan kata student... yang keje pun ade beli henpong ansuran walopon cap honor jah... guna apps akulaku... jangan kata henpong skincare ubat sinus pun boleh bayar ansur taw kat sini... dah serupo kod memot dah... ni junior opis iols la bagitaw... iols tak kuad nak donlod apps tu...
Quote saviour_09 28-11-2018 02:09 PM
yes hassanah
hujung2 ajak join buat duit 5 angka sebulan kata nyaaa
tapi b4 join kena bayar fee la sis
Quote buapakperut 28-11-2018 03:18 PM
besok abis blajar ko buat reformasi mansuhkn ptptn.. senang hidup ko dek. hakak dulu ada duit lebih cari nasi kerabu ..ermmm sedap. henpon pun x kisah. laptop kan ada
Quote EvieWanKenobi 28-11-2018 03:22 PM
budak2 sekarang..
bukan pelajaran yang dipentingkan..
Quote meow_tompok 28-11-2018 03:23 PM
org lain pakai handphone rm500 je dik..  hari2 bole buat duit dgn handphone.
ko bole buat berapa beli iphone harga 1k.
kalau aku jadik mak bapak budak ni. aku lempang je
Quote syadq 28-11-2018 03:25 PM
Tapi budak tu ada buat part time job. Ada jugak lah usaha dia nak cari duit lebih.
Quote kucingitam 28-11-2018 03:59 PM
nak promote MLM ke bro? satgi keluar pulak ayat bila nak hantar mak ayah gi haji..kah kah
Quote disneyrecess 28-11-2018 04:30 PM
dah tahu meskin xpayah pakai ipong, tak paham otak bebudak now berfikir caner
Quote batmana 28-11-2018 11:21 PM
cite rekaan aja ni..nk pomot biz dia
Quote Thuglife 30-11-2018 09:37 AM
adik laki aku umi 18.. ms form 5 dia bli hp 2nd d sepupu. ipohone 4.. rm 300++. so ms tggu result spm tgh smyang jumaat hp hilang dpn mata..kene curi.. jd, ms tu dia keje kedai mkn.. dia keje catering.. dpt gaji dia bli iphone 6plus 2nd.. rm1k jugk kot.

Gila aku x marah? tp dia kene tadah telinga.. lg 1 aku x kisah sngt sbb tu rezeki dia cari. tp bg aku bodohla dia sbb bazir duit.. hahhahaa
Quote paiayam 30-11-2018 11:54 AM
Taktahu la kalau ni marketing stunt je tp mmg wujud student nk pakai iphone tp tak mampu. Pakai Samsung siri J pn ok dah adik2 oi, walaupn pic xdela cun sgt tp bolehla, ada gak whatsapp apa bagai{:run
Quote lonso 30-11-2018 07:20 PM
menang membeli menang memakai
Quote vee_zara 6-1-2019 06:26 PM
Meluat la dgn golongan yg jenis kak hsanah pastu promote bisnes tak guna. Org bodoh je prcaya cite ko

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056382 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top