Seorang wanita ditemui mati di sebuah gerai makan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. harian Metro melaporkan, mangsa yang lengkap berpakain ditemui dengan kecederaan di muka.
Mangsa dipercayai dibunuh dan kemungkinan besar adalah gelandangan tempatan berusia 40an, memandangkan dia mempunyai tanda suntikan BCG pada lengannya. Mayat ditemui oleh pemilik gerai yang hendak membuka gerainya pada jam 1.45 tengah hari. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, “Pada mulanya, pemilik gerai menyangkakan wanita terbabit tertidur.
“Namun, dia terkejut apabila menemui kesan kecederaan pada bahagian hidung, mata dan mulut mangsa sebelum bmenghubungi polis." Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan yang mangsa dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di belakang gerai terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
|
17
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
23
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT