Musim cuti sekolah sudah bermula menandakan setiap hujung minggu akan adanya majlis perkahwinan. Majlis Raja Sehari ini akan diraikan penuh gilang gemilang, maklumlah ramai yang berkata kahwin hanya sekali, jadi apa salahnya berhabisan untuk majlis tersebut. Namun, masalah berlaku apabila makanan yang dijamu tidak mencukupi buat tetamu terutamanya yang hadir beberapa jam sebelum majlis berakhir. Ini mungkin kerana tuan rumah yang tersalah bajet atau tetamu terlalu ramai melebihi jangkauan. Bagaimanapun ada satu lagi masalah utama iaitu tragedi pembaziran dalam kalangan tetamu. Itulah yang dialami oleh Muharrik Daie ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Menurut Muharrik, dia sampai pada jam 9 malam
sedangkan majlis bermula jam 8 malam. Tidak terlalu lewat namun makanan
yang tinggal hanyalah sedikit nasi putih, kuah dalca, tengkok ayam
merah, beberapa hirisan ayam cincang dan kuih muih. Berkali-kali
rakannya meminta maaf kerana lauk habis menyebabkan ramai tetamu tidak
dapat makan. Namun Muharrik menyatakan ia tiada masalah kerana yang
lebih penting ialah meraikan pengantin. Namun
apabila Muharrik melihat sendiri nasi yang tidak habis, lauk pun
mengalami nasib yang sama, malahan ada yang tidak berusik langsung
mengundang rasa kecewa dengan sikap orang Melayu kita. Pembaziran
berlaku sekaligus menyusahkan tuan rumah dan tetamu lain. Muharrik juga sempat berpesan kepada tetamu yang datang supaya tidak terlalu tamak haloba hingga menyusahkan orang lain. Malahan adalah berdosa apabila tidak menghabiskan makanan tersebut. "Baru lepas makan kenduri. Memang pemandangan biasa makanan penuh pinggan tetapi makan tak habis. Kita yang sampai kemudian ni dapat kuah ja." Ramai netizen menyokong pendapat Muharrik kerana ia seakan panorama biasa di mana-mana majlis kenduri. Banyak faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku kerana tetamu merasakan lauk banyak, jadi apa salahnya mengambil banyak atau sudah memberikan 'duit kaut' jadi perlu memaksimunkan makanan serta pelbagai lagi alasan. Namun golongan ini juga terlupa bahawa mereka tidak dapat menghabiskan makan tersebut kerana sudah kenyang. Jadi kenapa ambil banyak sebelumnya? Oleh sebab itu, ada yang bersetuju dengan cadangan supaya meletakkan 'penjaga' untuk mencedokkan nasi dan lauk pauk kepada tetamu. Tetapi ramai yang tidak tergamak melakukannya kerana akan ada suara-suara sumbang mengatakan tuan rumah kedekut. Hal ini turut dipersetujui oleh pihak katering yang mengalami masalah yang sama hingga mengakibatkan ada tuan rumah yang tidak membayar penuh harga katering dengan alasan katering masak sedikit. |
30
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
23
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 30-11-2018 04:59 PM
kalau amal kan makan suku2 separuh msti x ada yg membazir, amik cikit2 jew (diet katakan) heheh...
...
nishikido replied at 30-11-2018 02:32 PM
Bab tamak ni satu hal,satu hal lagi makcik2 yg suka tapau makanan balik tu..kenduri tak habis lagi,d ...
missDollie replied at 30-11-2018 10:47 PM
Haa teringat bebaru ni aku pegi kenduri..siap tapau ais kacang kau pakcik tu sekeluarga..anak iste ...
ninnakarinna replied at 30-11-2018 10:15 PM
Pernah kena perli "lapar betul sampai bersih pinggan"
kalau dpn org tua mesti dia ingat kita tak ...
ADVERTISEMENT