Rencam kerja memang bermacam-macam, apatah lagi berada dalam dunia siber yang boleh dimanipulasi sebenarnya membuatkan ramai mahu putus asa. Kerja yang tidak menepati kelayakan, gaji rendah, bos kejam, suasana tidak membantu dan 1001 masalah lagi membuatkan anak muda terasa bagaikan layang-layang putus tali. Namun dengan bantuan dan sokongan mereka yang berpengalaman dalam dunia pekerjaan sebenarnya membantu serta menguatkan lagi mental anak muda ini. Jarang ada Penganalisis Sosiopolitik dan Usahawan berjaya yang begitu dekat dengan anak muda di media sosial. Namun Norizan Sharif membuktikan sebaliknya. Dengan pengalaman kerja selama 36 tahun, beliau banyak memberi tip kerja di Twitter. Malah rajin pula melayan kebanyakkan soalan dari golongan BBNU ini. Menurut Norizan, adalah normal kita tidak dapat semua apa yang dikehendaki kerana itulah lumrah kehidupan. Tweet tersebut mendapat banyak sokongan dan ramai anak muda yang bertanya pelbagai soalan serta menjadikan beliau sebagai ikon. Malahan gaya jawapan juga memberi kelegaan kepada anak muda yang mahukan kepastian. MOTIVASI PERTAMA MOTIVASI KE 2 MOTIVASI KE 3 Bagi pertanyaan mengenai pekerjaan yang teruk, gaji tidak seberapa, bos terlalu mendesak tetapi tempat kerja dekat dengan rumah pula, Norizan menjawab bahawa kita tidak akan dapat kesemua perkara yang kita ingini dan itu adalah normal. Malahan bagi mereka yang terlalu lama berada disebuah syarikat dan merasakan sudah tepu, maka ia adalah satu petanda bahawa perlu mencari persekitaran baru yang lebih mencabar. Menurut Norizan, beliau sendiri bekerja di sebuah syarikat paling lama adalah tujuh tahun. Selain pengalamannya bekerja, Norizan juga turut mengadaptasi gaya kerja masakini dan ia dimuat naik di laman Twitter membuatkan ramai anak muda mendapat banyak manfaat. Antaraya ialah bagaimana membuat 'resume' yang bagus, cara bersosial di media sosial, keperluan berbahasa Inggeris serta masalah ketika temuduga. Jika anda orang yang tidak bermotivasi untuk bekerja mungkin boleh menimbangkan untuk melihat daripada perspektif orang lain pula dan pastinya pandangan anda akan berubah selepas itu. - CARI |
14
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
8
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT