Polis Evo telah pun ditayangkan pada 22 November lalu, namun belum pun filem ini ditayangkan sudah ada kontroversi yang melanda filem ini. Ada sesetengah pihak yang sudah mengajak rakyat Malaysia secara berjemaah boikot filem ini. Betul ke filem ini seperti yang diperkatakan? Jom reviu filem Polis Evo 2 ini.
Polis Evo 2 masih mengekalkan isu yang sama seperti Polis Evo yang lalu iaitu menbanteras sindiket dadah yang ada di dalam negara, Inspektor Sani dan Inspektor Khai kembali dalam satu pasukan yang mana ingin menumpaskan kumpulan penganas Al-Minas yang mana merupakan pengamal ajaran sesat serta memproses dadah jenis syabu diketuai Hafsyam/Saif (Hasnul Rahmat). Pada pendapat penulis cerita ini hampir tiada ruang kosong yang ditinggalkan kerana telah diisi dengan aksi yang memukau serta mendebarkan jantung penonton. Plot filem sangat berat kerana menyentuh isu ekstremis ajaran sesat, susah untuk sesetengah pihak yang sensitif isu ini akan terima. Susunan sangat kemas, penonton takkan penat berfikir kerana cerita ini lebih kepada 'straight to the point'.
Untuk aksi filem ini tidak mengecewakan, aksi bermula dari seawal minit pertama filem ini bermula. Aksi seperti baling bom, tembak menembak seperti 'real' ini kerana pelakon seperti Shaheizy Sam mengatakan keseluruhan lagak aksi dilakukan sendiri oleh pelakon yang terlibat dalam filem, jadi tidak hairan la ianya seperti nampak 'neutral' begitu. Lakonan pelakon Indonesia Raline Shah juga tidak kurang hebatnya nampak dia seperti tidak kekok berbahasa Malaysia, jadi ia nampak meyakinkan di dalam filem ini. Filem ini juga pertama kali kita akan dapat menyaksikan aktor Zizan Razak menangis kesedihan atas kegagalan pelan yang dirancangnya. Ayat ayat dialog Hafsyam/Saif dalam cerita ini agak berani dan boleh buat penonton tergamam. APA YANG KURANG DALAM FILEM INI? Bagi pendapat, penulis rasakan jika bahasa yang digunakan di dalam filem ini lebih santai penonton mungkin lebih menarik, penulis terganggu dengan perkataan yang jarang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ada satu scene di mana lakonan Hasnul Rahmat dan Shaheizhy Sam berbual menggunakan walkie talkie seperti tak nampak macam pengganas kerana panggilan 'kamu'. Penulis merasakan ianya seperti tidak kasar seperti watak seorang pengganas. Selain itu, ini merupakan filem pertama penulis saksikan yang Sofi Jikan tiada satu patah perkataan keluar dari mulutnya, adalah sesuatu menarik jika Sofi Jikan mengeluarkan perkataan perkataan yang mungkin akan menjadi 'viral' kerana semua tahu kemampuan pelokan hebat ini. Di samping itu, penonton akan penat menunggu pasukan penyelamat yang tidak muncul mungkin kerana lebih nak tonjolkan watak watak hero. Secara keseluruhan penulis merasakan filem ini amatlah puas hati untuk ditonton, tak perlu untuk boikot kerana karakter pengganas berserban dibawa oleh Hasnul Rahmat sebenarnya memberikan mesej bahawa orang sebeginilah yang buat orang Islam disalah tafsir sebagai pengganas, padahal orang sebegini sudah terpesong akidahnya dari ajaran Islam yang sebenar. Apa pun penulis ingin mengatakan filem ini telah mengatasi dari filem Polis Evo yang lepas dari semua aspek. Jadi kepada yang belum menonton jangan ketinggalan untuk menonton filem tempatan yang hebat seperti Polis Evo 2 ini. Rating penulis: 4/5 - CARI |
20
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
21
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn replied at 6-12-2018 12:38 AM
org tak boikot sbab watak hasnul tapi org boikot tgok si peghak buih pun ade berlakon skali..
cc ...
Kangkung1M replied at 6-12-2018 01:47 PM
Maaf penulis aka wartawan CARI, filem dah hampir sebulan tayang kat pawagam, 'kamu' baru bukak thr ...
Kangkung1M replied at 6-12-2018 01:47 PM
Maaf penulis aka wartawan CARI, filem dah hampir sebulan tayang kat pawagam, 'kamu' baru bukak thr ...
chicozinn replied at 6-12-2018 12:38 PM
org tak boikot sbab watak hasnul tapi org boikot tgok si peghak buih pun ade berlakon skali..
cc ...
mawibotak replied at 6-12-2018 04:25 PM
siapakah gerangan yg dimaksudkan? mesti kekrul kan..kikiki
ADVERTISEMENT