Gara-gara semakin ramai golongan mak nyah yang berpenampilan menarik, ramai wanita tulen yang dipersoalkan tentang jantina mereka. Itulah yang terjadi kepada kakak kepada aktres popular Emma Maembong yang dikenali sebagai Beby Maembong. Memetik Harian Metro, Beby berkata masalah ini sudah bermula dari dulu lagi bila ramai netizen tidak percayakan jantinanya sebagai seorang wanita. “Entahlah saya pun tak faham apa masalah netizen ini. Dari dulu lagi mereka tidak percayakan yang saya ini seorang wanita. “Bukan sekadar wanita tapi isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Anak kandung ya bukan anak angkat! “Tak tahulah tang mana yang dikatakan pondan? Nak kata ada halkum, sila periksa memang tak ada!" ujarnya kepada portal berita tersebut. Jika dilihat disalah satu posting terbaru di Instagram Beby juga, masih ada yang mempersoalkan tentang jantinanya. Perempuan 'ori' ke pondan? Golongan mak nyah tidak boleh melahirkan anak.. Mungkin kerana penampilan Beby yang menarik dan kerap memuat naik gambar dengan solekan tebal membuatkan netizen menuduhnya sebagai golongan mak nyah.Kasihan! Ada juga yang cuba mempertahankan Beby dan menyatakan perasaan hairan mereka apabila ada yang mempersoalkan jantina Beby. Bagi yang tidak tahu, Beby sekiranya tidak ada sesi fotografi atau penggambaran, dia lebih selesa berpenampilan ringkas dan tidak keterlaluan. Bagaimanapun, Beby enggan terlalu memikirkan tentang perkara tersebut kerana baginya orang tetap akan berkata-kata walaupun dia sudah banyak kali menjelaskan tentang perkara itu. “Saya maafkan mereka (netizen) semua. Biar sejuta kali pun saya membuat penafian bahawa saya bukan pondan, tapi kalau negativity sudah tertanam di minda mereka, begitulah tanggapan mereka selamanya. Jadi biarkanlah!,” ujarnya. Bersabarlah ya, Beby. Bak kata pepatah mulut tempayan kita boleh tutup, mulut manusia siapa yang dapat menutupnya. -CARI
|
16
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
24
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akuMNdia replied at 30-11-2018 05:23 PM
aku kalau confuse pondan ke pempuan, aku tgk leher..pastu tgk tangan.
nasib baik la minah ni tak ...
alesandra replied at 30-11-2018 07:04 PM
dia neh retis ke?who arr yuss.asal nama bapak maembong je kan
ADVERTISEMENT